Sahabat, Saya Pasti Rindukan Kamu… [Updated with video]

Jika kamu ingin mengenali seseorang, maka bermusafirlah bersamanya.

Sejak mula merancang, berjalan, hinggalah tiba di destinasi dan berpisah, segala tentang diri seseorang boleh kita kenali hanya dengan sebuah permusafiran.

Kembara kita bersama cuma 24jam, tapi cukup untuk saya mengenali kebaikan kamu. Kembara kita bersama tidak sampai 2 hari, tapi saya merasakan telah mendedahkan semua kelemahan diri. Mungkin juga saya telah menghancurkan expectation kamu terhadap diri saya yang banyak kekurangan. Tapi kamu telah melangkaui expectation saya terhadap diri kamu yang banyak kebaikan.

Kesusahan dan keperitan kamu melayan tetamu tidak diundang dari Terengganu ini, amat saya hargai. Maaf kerana tiada sesuatu untuk dijadikan kenangan, sedangkan kamu memberi saya banyak kenangan. Maaf juga atas segala kesukaran yang telah saya timbulkan.

Saya tahu saya lelaki dan kamu perempuan, menyukarkan dan membataskan banyak perkara. Dari pengangkutan, hinggalah kepada penginapan, saya tahu saya telah menyusahkan kamu.

Tapi disebabkan itulah, saya merasakan kamu sahabat yang terbaik. Bukan awak, bukan dia, bukan mereka. Tapi kamu, kamu semua yang sudi menemani saya sepanjang saya di Shah Alam.

Ini adalah pertemuan kita yang pertama dan mungkin juga yang terakhir. Saya sendiri tidak pasti. Kamu juga tidak pasti.

Tapi sahabat, yang pasti; saya akan rindukan kamu.

Here’s the so-called epic video~


End Note:
Sekalung tahniah buat insan-insan berikut; Selamat Pengantin Baru.
Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

5 thoughts on “Sahabat, Saya Pasti Rindukan Kamu… [Updated with video]

  1. Huhu~ terkedu akak baca post Hafiz kali nie.. Aah, walaupun tak sampai sehari kita kenal tapi kenangan di I City & Bukit Cerakah takkan akak lupakan.. Maaf tak sempat say ‘bye-bye’ kat Hafiz sebab akak mengejar train masa tu.. Tapi, akak perasan Kak As menangis kerana berpisah dengan kita semua sampaikan berjangkit ‘tangisan’ itu kat akak.. Baru akak tahu maksud ukhwwah sebenarnya.. Btw, nice to meet you bro! InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi=)

  2. well, im sorry for everything. kalau akak sudah berkahwin n mempunyai penginapan sendiri mesti akak akan melayan kamu dengan lebih baik lagi dan bukan sekadar memasak cincai2 begitu.
    semoga akan ada lagi pertemuan selepas ini, dengan cara yang lebih sempurna, insya Allah..

  3. macam nak terharu bila lelaki yang keluarkan taipan ni. Alhamdulillah… disebalik ketegasan ada kelembutan,he ^___^