Anugerah Tiada Kualiti

Hari ini saya menerima Anugerah Khas Biro Penerbitan & Penerangan sempena Hari Kualiti PERUBATAN 2010/2011. Pertama kali diadakan kalau tidak silap.

Tapi, adakah anda tahu apa itu kualiti?

Diambil dari sini:

n., pl., -ties.
1.

  • An inherent or distinguishing characteristic; a property.
  • A personal trait, especially a character trait: “The most vital quality a soldier can possess is self-confidence” (George S. Patton).

2. Essential character; nature: “The quality of mercy is not strain’d” (Shakespeare).
3.

  • Superiority of kind: an intellect of unquestioned quality.
  • Degree or grade of excellence: yard goods of low quality.

4.

  • High social position.
  • Those in a high social position.

5. Music. Timbre, as determined by harmonics: a voice with a distinctive metallic quality.
6. Linguistics. The character of a vowel sound determined by the size and shape of the oral cavity and the amount of resonance with which the sound is produced.
7. Logic. The positive or negative character of a proposition.

Saya rasa macam tidak memenuhi langsung salah satu ciri di atas untuk melayakkan saya menerima anugerah ini.

Distinguishing character tiada; saya cuma manusia normal. Superiority pun tiada; saya cuma anak buah Damak, serta tiada anak buah di bawah. High social position apatah lagi; dah la miskin, tak hensem, bodoh, mengulang tahun. Comel je la kot. Grade of excellence memang sudah terkeluar awal-awal. Semua kerja saya merosakkan. Sila tanya timbalan saya sewaktu JPP tahun lepas, timbalan saya sewaktu Seminar Ketiga, dan sila lihat website PERUBATAN yang buruk nak mampus.

Kalau Anugerah Kuantiti, mungkin layak. XD

Maka soalannya, berkualitikah anugerah ini? Atau hanya tangkap muat?

Last minute kot, saya cuma tahu 5 minit sebelum nama dipanggil. Orang lain seperti Pemenang sudah tahu seminggu sebelum. Malangnya berlaku kesilapan teknikal. Beliau bukan penerima Anugerah, malah digantikan dengan junior yang baru setahun jagung. Saya gagal menahan sebak melihat wajah sebal dan kecewa Pemenang kerana tewas kepada budak hingusan. Mungkin beliau memang bukan pemenang yang sebenar. Sabarlah, kamu tetap legenda Jabatan Berita di hati adik kesayangan kamu.

Apa pun, terima kasih. Gelas saya sudah ada dulang baru.

Sudah 4 tahun. Should we celebrate? =P Sudah tidak semangat.

Soalan bonus 1: Sijil ini laku tak kalau saya nak apply mana-mana hospital kerajaan atau swasta? Adakah tandatangan Sunny berkeramat?

Soalan bonus 2: Ayat “…moga menjadi inspirasi kepada ahli…” itu supaya saya terus berkhidmat eh?

p/s: Sedang layan Jejungwon. Cerita biasa, tapi awesome. Han Hye-jin sungguh comel. Macam saya.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

9 thoughts on “Anugerah Tiada Kualiti

  1. argh jahat gile buat tray air kopi! kak chep letak elok je dia punya, contohi la akhowat mulia.

    tahun depan kak iman pulak, yay!

    1. rasenye BPP sume orang layak kot. payah nak pilih.
      kategori berita, kamu atau Fathiyyah.
      Chip pun power; Bapa Revolusi Tibbians.
      Grafik Nash ngn Umar pun mantap.

  2. haha.. din mat
    aku tengok muka ko mcm terharu jer time trima anugrah tu…
    berkaca2 mata ko.. xD

Komen di sini, bukan di tempat lain