Bukan Cerita Tentang Makanan

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama. Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

Apakah kelemahan (flaw) dalam hujah Ustaz muda di atas?

Ya, “Perempuan ibarat emas permata”.

Beza emas asli dengan tiruan cuma pada tempat mereka diletakkan. Emas asli berkualiti dan berharga diletakkan di kedai emas manakala emas tiruan dijual di tepi jalan. Emas asli harganya mahal manakala emas tiruan harganya murah.

Hakikatnya, kedua-duanya dipamerkan, boleh dibelek-belek, dicuba-cuba sesuai atau tidak, kalau berkenan boleh dirembat, tak berkenan boleh ditukar dengan yang lain. Bezanya emas berharga dipamerkan dalam kotak kaca, tempatnya high-class, tidak semua orang boleh beli, manakala emas tiruan dipamerkan di tepi jalan, orang lalu lalang, semua orang boleh tengok dan cuba.

Perempuan ibarat emas permata samalah seperti perempuan murahan zaman sekarang. Bezanya di tempat mana mereka menjual diri mereka. Pelacur murahan di tepi jalan, atau model berharga di atas pentas. Mungkin kerana emas itu dianggap berharga maka perempuan sekarang ramai yang seperti ini.

Perbincangan ini di Wall Facebook walaupun kosong, tetapi tiba-tiba menjadi sesuatu yang menarik.

Bagi saya, perempuan itu ibarat makanan.

Ada yang jenis tertutup, seperti nasi lemak di kedai yang selalu kita beli pada waktu pagi. Walaupun tidak melihat kandungan di dalam, kita tahu nasi lemak ini lauk ikan, yang ini lauk bilis. Walaupun kedai di sana lebih sedap daripada yang di sini, kita tetap beli di kedai yang di sini sebab kita yakin takkan keracunan makanan.

Kalau di pasar malam, kuih muih memang dibiarkan terbuka. Ataupun diletak plastik jernih di atasnya. Cuma sesekali makcik penjual menghalau lalat yang cuba menyentuh kuih jualan. Bila kita nak beli, mesti dibungkus rapi. Yang menariknya, walaupun terdedah kita tetap beli, sebab kita tahu kuih itu sedap.

Kalau kita pergi ke kedai kek, memang terpamer dalam kotak kaca. Kadang-kadang tak beli pun, cuma sekadar menjamu mata melihat keindahan kek-kek buatan manusia. Yang ini coraknya menarik, yang itu warnanya menarik. Kalau beli, takkan nak beli semua. Maka dipilih mengikut cita rasa kita. Risikonya, makan kek ni cepat muak. Kelebihannya pula, orang lain jeles kalau kek kita unik.

Zaman sekarang, nak mengekalkan kualiti sesuatu makanan, kita letak perisa tambahan, pewarna yang dibenarkan, serta pengawet. Tetapi makanan yang diletakkan bahan-bahan tiruan inilah yang kadang-kadang berbahaya. Makan banyak-banyak lama-lama hati sakit, jantung pun stress, kepala pun botak.

Paling penting, kalau kita nak jual makanan kepada orang, kita mesti bungkus elok-elok. Jangan bagi lalat hinggap sentuh. Kalau letak harga mahal, memang nampak macam berkualiti sangat, tapi takut-takut orang rasa terbeban, terus taknak beli. Ada banyak lagi makanan lain yang sama kualiti, tapi harganya lebih murah. Nak letak harga murah, takut-takut tak balik modal. Kesimpulan; harga mesti yang berpatutan sesuai dengan rupa, rasa dan bahan yang digunakan.

Variasi makanan itu sendiri menjadikan perumpamaan “Perempuan ibarat makanan” itu menarik. Kan?

Cuma satu je yang tak menarik. Makanan itu sangat sedap kalau dikongsi ramai-ramai.

Apa pula perempuan bagi anda?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

7 thoughts on “Bukan Cerita Tentang Makanan

  1. huhu..aku ni mknn ke?x sangka..tp,bg akulah,wanita solehah ni ibarat pokok semalu..jika disentuh,ia kuncup..dan ade duri pd btgnye..lbih kurg cmtulah…ni aku ambk dr novel tautan hati..hehe..

  2. hahahahahahaha, akak nak gelak terbahak2 dulu.

    perempuan ibarat makanan. nak sihat kena cari makanan berkhasiat. jangan main makan je. kena tgk kandungan gula garam lemak semua.

    kadang2 makanan tu sedap, tapi tak berkhasiat, jd sedap di mulut sajalah. nak sihat kena ambil supplement. seperti suami yg kawen dengan perempuan cantik tapi menyakitkan hati dan kena tambah bini.hahaha

    kdg2 makanan tu nampak je cam bodoh tapi sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan.

    orang sekarang pun suka makan makanan segera juga, senang. tapi pastu banyak mudaratnya. heheheh

    tapi makanan yg paling best dan terjamin adalah makanan yang dimasak di rumah, bukan yang dibeli di tepi jalan.

    makanan yang bagus bukan sekadar halal, tapi halalan thoyyiban,
    n noted,

    u are what u eat.

    haha,
    ke guane dik hafiz?

  3. laki kan lebih kepada visual dalam melihat wanita

    perempuan lebih kepada sentuhan atau pendengaran

    mmg laki dan perempuan ada dua2 kecenderungan visual dan sentuhan dan pendengaran namun lebih cenderung ke arah mana

    mane bley nak samakan laki ngan pompuan

    ni kalau nak dikira sudut rasional la

    tapi kite org islam mmg kene ikut arahan tak kesah la nampak cam plek ke x plek ke

    —- x kan nak suruh laki pakai tudung kot….kah4

  4. dan pasikan anda x allergi dgn makanan tu… so kene jalankan test betul2… yaakni takruf… kan kene anapilastik chok….

Leave a Reply to azimCancel reply