Kasih Medik Gagal Berdenyut

Denyut Kasih Medik karya Dr Farhan Hadi ini menceritakan kisah seorang doktor muda yang memperjuangkan syariat Islam di hospital sepanjang masa beliau bertugas sebagai Houseman. Cabaran demi cabaran beliau tempuhi dengan sabar, malah cuba untuk membawa ruh Islami ke dalam suasana hospital.

Ia juga merupakan best-seller bukan hanya di kalangan pelajar perubatan, juga di kalangan orang awam. Mungkin disebabkan:

  • Penulisnya adalah suami Fatimah Syarha, seorang penulis yang ternama.
  • Menampilkan tema kehidupan doktor dan fiqh perubatan yang jarang diketengahkan.

Namun begitu, bagi saya novel ini adalah novel paling membosankan pernah dibaca. Mungkin juga tidak layak untuk digelar novel.

Format penceritaan setiap bab sangat cliche; masalah kemudian hukum. Konflik yang diketengahkan penulis juga samar-samar, ada macam tidak ada. Tiada kesinambungan antara bab, menyebabkan anda boleh baca sebarang bab secara lompat-lompat, tanpa menimbulkan rasa ingin tahu untuk menghabiskan semua bab. Saya juga tidak nampak di mana klimaks, membuatkan saya sedikit sebanyak sangat kecewa dengan novel ini.

Tema yang diketengahkan sudah mantap. Tapi gagal diolah dengan baik, menyebabkan saya lebih suka mengkategorikan novel ini sebagai buku rujukan. Mungkin juga lebih baik anda membeli buku rujukan fiqh perubatan secara khusus yang terdapat di pasaran. Saya juga tidak tahu kenapa dinamakan Kasih Medik. Mungkin kerana watak utama seorang yang sayangkan bidang perubatan?

Berbaloikah RM23 dengan novel ini setebal 390 mukasurat?

Sekiranya anda seorang yang boleh merasa bangga dengan ilmu yang ada dalam novel ini, insyaAllah berbaloi. Fakta yang diketengahkan merupakan sesuatu yang perlu diketahui para doktor Muslim dalam menjalani rutin seharian dengan cara Islam. Terdapat juga tips-tips perubatan yang mungkin berguna sebagai panduan kepada orang awam.

Sekiranya anda merupakan seorang peminat novel yang sudah membaca beratus-ratus karya best-seller, anda mungkin akan merasa kecewa. Mungkin juga anda akan menghentak-hentak novel ini lalu membakarnya seperti penyokong Kelantan yang kecewa dengan negeri mereka.

Apa pun, terpulang kepada pembaca. Rating saya? 2 bintang. Gagal berdenyut.

p/s: Novel ini saya dapat sebagai hadiah. Maka Aibee, jangan kecewa, saya tetap menghargai hadiah kamu. =)

Sila LIKE post ini sebab saya tahu ramai yang akan bengang. Haha~

IKLAN!
Can you taste the ummph in your tea?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

11 thoughts on “Kasih Medik Gagal Berdenyut

  1. hmmmmm…..

    bagus ulasan anda, saya suka. sy juga belum baca. selain daripada saya bukan medical student, sy juga belum jatuh cinta dengan kedua2nya.

    =)

  2. ye.. setuju sangat bosan. bagi ulat buku ni mungkin yg paling bosan kot. tapi xpela, dia kan doktor bukannya penulis. dye mana ade pengalaman. sbb tula cam x berapa best.

    hafizadam beruntuntung sbb tu hadiah… sape yg guna duit dye sendiri mesti kecewa sbb mahal, x best.. hrmm..

    1. yep yep, kadang-kadang personal taste setiap org berbeza. mungkin juga best-seller kerana ramai org beli nak tahu camne kandungan novel. =)

  3. Terima-kasih adik Saffana kerana send pada akak link ini.
    Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kita menghormatinya. Berkata Imam Malik, setiap pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali pendapat makam ini (Rasulullah).
    Yang penting, kita positif dgn sebarang usaha untuk memartabatkan Islam yang sahih dan jernih tak kira dengan jalan dakwah apapun. Kalau sesuatu usaha itu tidak memberi manfaat pada kita, ia mungkin memberi manfaat kepada ribuan orang yang lain. berlapang dadalah. menjadi tanggung jawab bersama mendekatkan masyarakat kepada Islam termasuklah menyerap masuk mesej islami ke dalam novel, kartun, filem dsb.
    Akak selalu berpesan dengan penulis-penulis pemula, jangan risau sangat tentng jalan cerita, risaulah kalau2 novel itu tak bawa mesej Islam. Matlamat kita sbg penulis islami bukan saja nak hasilkan novel yg menarik, tapi jauh lbh penting menjelaskan Islam yang sahih.

  4. Teringat saya pernah memberi komen bahawa novel ini tidak best, dan membosankan. Pengakhiran cerita, anda tidak akan merasa apa-apa. Sepertinya tergantung. Oh, mungkin ada kesinambungan?

    Tapi alhamdulillah. Bagi pelajar medik, baguslah buku ini menunjukkan seorang doktor yang berjuang melalui kerjanya dan tidak meninggalkan Islam itu sendiri. Semoga dicontohi.

    Dan saya percaya, Dr. Farhan Hadi boleh melangkah dengan lebih jauh lagi. Tidak mustahil dapat hasilkan novel yang lebih mantap lagi. Semoga berjaya.

    Dan, oh ya. Saya tidak menyesal membeli novel ini dengan harga RM23. :)

  5. “Jangan risau sangat tentang jalan cerita, risaulah kalau-kalau novel itu tak bawa mesej Islam”.

    100% sokong dengan kenyataan ini.
    Namun, saya sedikit kecewa. Secara jujurnya, saya tidak membaca keseluruhan novel ini (sebab-sebabnya telah diceritakan dalam post di atas).

    Selain risau novel tidak membawa mesej Islam, kita juga perlu risau jika novel-novel Islamik akan di’cop’ sebagai ‘kaku’.

    Kerana itu para pendakwah sedang berusaha meng’evolusi’kan usaha dan kreativiti dakwah mereka dalam bidang masing-masing samada bidang nasyid, penulisan malah ceramah supaya tidak kelihatan lesu dan kaku.

    ~sekadar pandangan! PEACE!

    1. setuju dgn pendapat ni..

      mmg yg plg penting ialah msj dakwah..tp jln cerita pun harus diambil kira..sllunye bhn2 islam ni menjadi bhn plg bosan utk dibaca khalayak krn pertamanye skli ialah teknik penceritaan yg nmpk kaku..x mmpu nk menambat hati pembaca dr awl..dr situ kita sbg pendakwah dan penulis kena pndai seimbang..message islam smpai and at the same time, jln cerita menarik..

      sy jns yg suka igt jln cerita sesebuah novel yg sy bce..bila sy igt jln cerita, lg mudah sy nk fhm dan ingat message yg cuba dismpaikan

      wallahualam

  6. sewajarnya pandangan da kritikan semua perlu diterima dengan hati yang lapang.Memanglah,untuk menjadi penulis,yang penting adalah mesej yang hendak di sampaikan sampai.
    Pada saya,tidak cukup itu,kalau sudah nama hendak menjadi penulis,perlulah ada skill dan gaya penulisananya yang tersendiri.memang novel ada banyak kategori,namun sesebuah novel itu akan tampak segar kalau di alas dengan gaya sastera..tidak kisahlah novel Islami atau novel sastera budaya dsb,ianya perlu seiring..

    saya juga telah membacanya..Bab kata author,tidak ada debaran untuk membaca ke halaman seterusnya..namun,sya ucapkan tahniah kepada kak fatimah dan dr hadi kerana berani untuk mengenetengahkan satu konsep baru dalam dunia penulisan..pada saya,gaya penulisan dan jalan cerita perlu digarap agar tampak lebih menarik..

  7. OK je bagi saya. Saya dah beli.. sayang nak bagi orang pinjam.. kalau nak baca, belilah sendiri. Baru hargai ilmu yang ada di dalam tu….. buku itu tentang pengalaman seorang doktor siswazah… Kita pun tak berapa tahu sangat pun tentang kedoktoran ni. Apa yang ditulis sebenarnya lebih kepada panduan adik-adik yang meminati bidang perubatan… Wajar buku ini ada di rak perpustakaan sekolah! Doktor tak banyak masa nak cerita kat pelajar satu-satu pengalaman di wad.. Jadi, bacalah buku ni. Ia memberi gambaran buat adik-adik… Beli tau.. jangan nak pinjam je.. Bila beli, baru kita tahu ada nilai di dalamnya.. Assalamualaikum…

Leave a Reply to Tanpa NamaCancel reply