Sesungguhnya Saya Telah Tewas


Dunia ni sangat luas.

Lihat individu-individu berikut. Saya sangat jeles dengan mereka.

Movie pendek terbaik. Membariskan pelakon yang mantap. Mesej sampai dan jelas. Shot yang diambil juga kreatif. Cuma ada komen tentang beberapa scene yang draggy. Overall 8.5 star.


Persembahan video yang mantap. Temuramah yang saya rasa tidak membosankan penonton. Malah boleh ditonton berulang kali. Overall saya bagi 8 star.


The best iklan saya pernah jumpa. Ringkas, padat. Maaf, video ini sedikit tua, tapi saya tetap kagum. Orang kata transition terlalu laju. Tapi bagi saya memadai untuk sebuah iklan. Overall 8 star.


Pemenang pertandingan Gema Aidilfitri tahun 2009. Video yang sangat kreatif. Shot pelbagai. Dari rumah sampailah ke kuliah, tiba-tiba termasuk pakcik tepi jalan. Cuma perlu dibaiki dari segi sharpness dan contrast video supaya mesej pada board/kertas/dinding menjadi lebih jelas. Overall 7.5 star.


Kesemua persembahan mereka ada potensi untuk diperbaiki. Dengan sedikit kajian, kelengkapan dan ilmu yang cukup, kesemuanya boleh mempertingkatkan mutu dan kualiti persembahan.

Saya pula cuma sekadar video bodoh begini yang mampu dihasilkan.

Pemilihan lagu yang entah apa-apa. Shot tiada kaitan dengan mesej yang cuba disampaikan. Overall 1.5 star.


Dulu saya rasa saya yang paling hebat. Tapi sekarang saya rasa sangat inferior. Kadang-kadang juga saya rasa ingin berhenti menghasilkan video. Tewas. Owned.

Manusia sekeliling selalu compare saya dengan mereka. Kadang-kadang mereka cabar saya buat seperti mereka. Tapi sungguh, saya memang tidak mampu. Tewas. Owned.

Apa guna Anugerah Kualiti yang saya terima? Saya rasa memang betul-betul tersilap bagi. Siapa saya dibandingkan dengan individu di atas? Tewas. Owned.

Sesungguhnya saya telah tewas. All-kill.

“Two men are running. Naturally, one leads and the other follows. But the one who is following can’t catch up no matter how hard he tries. He really wants to beat the one who’s leading. What should he do?”

“I feel bad for the one who’s behind.”

“Should he try to trip him? Then he’ll win for sure.”

“Of course not. That’s cheating.”

“It’s cheating…?”

“Yes, others may think that he won the race, but he’ll know the truth.

A man with knowledge is not as good as a man with love.
And a man with love cannot defeat a man with passion.

If he truly enjoys running, he wouldn’t care who was in the lead or who was behind. Who cares about that when he’s enjoying the run?”

Semua itu saya abaikan, kerana saya rasa gembira menghasilkan video.
Saya juga gembira belajar medicine.

I dont care about winning or losing, as long as I am enjoying myself. =)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

8 thoughts on “Sesungguhnya Saya Telah Tewas

    1. buat pe la kagum ngan aku. skill aku scattered sangat. tak fokus. pengomen kat bawah ni yang buat video mantap Class of 2010 tu. hebat gile sampai aku rasa inferior. kagum la dengan beliau dan berilah Anugerah Kualiti kepada beliau tahun depan. =)

Leave a Reply to haruCancel reply