Saya Bukan Siapa-siapa.

Ini ada satu kisah menarik sewaktu Hari Pengundian untuk dikongsi.

Saya seperti biasa mencapab di depan dewan, memegang HDR-XR550E dan memerhati ahli PERUBATAN yang turun mengundi. Sangat menakjubkan kerana ahli Cawangan turut ada yang turun mengundi, walaupun muka-muka mereka sebenarnya adalah muka kuat PERUBATAN; Maro, Rahim, Azizi, Muaz, Bukhari dll. Keganasan bukan? Sayang mereka pada PERUBATAN kadang-kadang mengharukan.

Lembaga Penasihat pada tahun ini menyeksa Cawangan dan mengukuhkan desas-desus ke-Kaherah-an PERUBATAN Induk dengan memaksa semua undian dilakukan hanya di Kaherah. Apa pun, tiada yang mustahil. Berbanding manusia yang hanya komen di sana-sini, mereka sebenarnya datang dan mengundi. Kesusahan mereka itulah yang menjadikan undi mereka lebih bermakna dan bererti buat semua Calon, melebihi undi ahli Kaherah yang sesetengahnya tidak datang pun mengundi; menganggap undian mereka cuma sesuatu yang remeh.

Ambillah iktibar daripada Cawangan, kemudian sila tonton video nasihat daripada SNSD ini:
(Sila tukar perkataan Republic of Korea dengan perkataan PERUBATAN)


Dan ini adalah kisah yang saya ingin ceritakan:

Satu ketika tiba-tiba ada seorang ahli menegur saya selepas membuang undi.

Beliau meminta AJK mediaPERUBATAN untuk membantu dalam PWtC, dan memaklumkan saya kerana saya Ketua mediaPERUBATAN.

Formulanya:

(1) mediaPERUBATAN = Biro Penerbitan dan Penerangan
(2) Ketua BPP = Exco BPP

maka (3) Ketua mediaPERUBATAN = Exco BPP

Kalau saya ketua mediaPERUBATAN, maka saya adalah Exco BPP? Sejak bila saya bertanding? :P

Dik, saya bukan Exco. Saya cuma ketua Jabatan Pentadbiran PERUBATANonline (salah satu jabatan di bawah mediaPERUBATAN) yang saban hari merasakan diri saya semakin tua dan tidak berguna kerana banyak projek tahun 2010 belum siap walaupun tahun baru 2011 semakin hampir. Lebih tidak berguna lagi kerana saya sebenarnya mengulang 2 tahun.

Saya bukan siapa-siapa. Hakikatnya saya cuma ahli biasa yang tidak pernah duduk di atas kerusi AJKt. :)

Kisah ini adalah muhasabah bahawa saya gagal menyampaikan maklumat tentang PERUBATAN dalam laman web yang saya bina menyebabkan mereka tidak tahu siapa sebenarnya yang perlu dihubungi.

Tahniah kepada semua Calon AJKt yang menang dalam Pemilihan. Mari bekerjasama untuk sesi seterusnya (kalau saya masih berselera duduk di atas kerusi yang telah lunyai ini) =)

p/s: Nantikan Behind the Scene JPP2010 dengan video NG Calon, dan sekitar suasana Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2010.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

7 thoughts on “Saya Bukan Siapa-siapa.

  1. klu anda bukan siapa-siapa, masakan post “di-manakah-semangat-kesatuan-itu” menjadi HOT.

    Klu Ketua mediaPERUBATAN bukan siapa-siapa, mediaPERUBATAN bukanlah apa-apa.

    1. apa yang dinmat kata betul.. ketua mP sebenarnya exco BPP… mP ini adalah BPP n UPP PERUBATAN seluruh Mesir..

      ketua mP bakal naik presiden~.. tahniah2.. upp bpp cwgn n induk berjaya disatukan menjadi mP sewaktu sesi beliau (tentunya dgn kerjasama semua), inshaAllah akan menambahkan keyakinan biro-biro induk,cwgn-induk PERUBATAN, AzU-ASU-CU boleh lebih bersatu!

  2. meraih simpati je tu.

    hakikat bahawa boss jabatan saya busy menyebabkan kalian semua menjadi tempat rujukan saya, terima kasih kerana meng-guide dengan baik.

    juga tahniah pada diri saya kerana berjaya menjadi normal berbanding awak yey!

    1. kesengalan yg len tenggelam…

      lau dinmat bukan sape2..
      jgn berangan la kitorang nk jd someone.. huhu

      1. sy xtau la kenapa mP ni memang ada badi ke’famili’an eh?

        cayalah!

        ke sebab biro len ni thiqoh2 jd drg x show up keakraban msing2 XD

Leave a Reply to c'sCancel reply