Sokong atau Bantah, Bukan Suka-suka


Entry ini masih lagi tentang politik PERUBATAN. Jauhkan diri anda sekiranya tidak berkaitan. =)

Semalam Mesyuarat Tahunan Kaherah. Pertama kali saya mendaftar sebagai perwakilan. Sebab saya ingin rekod keseluruhan sesi mesyuarat. Pengalaman lalu mengajar bahawa saya memerlukan makanan ataupun saya terpaksa berpuasa sepanjang mesyuarat. Menjadi perwakilan melayakkan anda mendapat makanan.

SESI PAGI

Tidak banyak komen, kecuali informasi tentang PERUBATAN yang sukar diperolehi. Saya akui ianya adalah kelemahan saya. Sesi sebelum ini (08/09/10) saya sempat siapkan info PERUBATAN, tapi sesi kali ini tidak sempat. Banyak perkara yang tertangguh.

Nantikan PO v3.11, bakal dilancarkan Januari ini dengan paparan baru yang lebih serabut dan menyilaukan mata =)

SESI PETANG

Walaupun saya memelikkan diri menjadi minoriti menyokong dan membantah dalam sesetengah usul, ia bukan suka-suka. Saya menjadi perwakilan dan mempunyai hak untuk menggunakan undi saya samada membantah atau menyokong.

Di bawah hanya ringkasan. Matan Usul yang dibawa boleh dibaca dengan lengkap di sini.

1. Memantapkan elemen tarbiah & profesionalisme.

Bantah kerana matan Usul adalah sangat panjang dan melibatkan semua point kecil di bawah. Usul sebelum ini pun tidak terjalan, inikan pula tambahan usul yang saya kira matan telah melibatkan teknikal. Mungkin juga sebenarnya Usul ini perlu dipecahkan kepada beberapa Usul berlainan.

Nota: Beberapa point juga saya lihat telah dilaksanakan oleh PERUBATAN; Smart Cirle, kelas tafaquh dan Medical Team. Unsur Profesionalisme dalam program juga telah dijelaskan Biro Kebajikan, mereka sedang merangka satu modul protokol untuk majlis. Kalau setakat bagi cadangan memperkasakan, baik tak payah.

Seumpama anda bekerja di syarikat aiskrim, kemudian bagi cadangan dalam mesyuarat: Menyedapkan rasa aiskrim. Kemudian diluluskan. WTF syarikat aiskrim sedia ada memang perlu wajib buat menyedapkan aiskrim mereka supaya ramai pelanggan beli. Buat apa dicadangkan lagi?

Ini cuma common sense. Jabatan Berita tak pernah ada usul membaiki kualiti berita, tapi mereka sering mencari idea baru dan meminta pandangan untuk membaiki kualiti berita yang mereka sampaikan. Sama juga dengan laman web PERUBATANonline, saya dan Damak sering berbincang bagaimana meningkatkan kualiti dan menarik lebih ramai ahli untuk membuka laman web. Itu bukan memperkasakah? Kenapa tidak pernah dijadikan usul? Kalau nak tunggu Usul diluluskan baru nak perkasa, baik tak payah buat in the first place.

Yang baru dan praktikal mungkin cuma Panel Penasihat Agama dan Perubatan.

2. Mewujudkan markaz PERUBATAN dengan bayaran LE 10 setahun bagi setiap ahli.

Bantah kerana Saya inginkan bayaran LE 20. LE 10 terlalu sedikit dan tidak berbaloi. Sekarang duit minyak naik, beras naik, harga barang perabot naik, sewa rumah naik.

3. Membaikpulih sistem musyrif.

Sokong kerana Sistem sukarela amat bagus. Saya boleh menolak semua permintaan menjadi musyrif. =P

Nota: Usul ini dipinda dengan “menolak sistem musyrif sedia ada”. Saya kira ini adalah kesilapan pihak pengusul, Syaimaa Ahmad di akhir pembentangan, ditambah pula dengan kelam kabut menggesa masa perbahasan dipendekkan, maka Usul ini ditolak.

Pandangan peribadi saya, sistem sekarang perlu lagi dibaikpulih. Sebagai contoh: Hari Sabtu (Saya bertugas), terdapat kira-kira 40 orang akhawat keluar malam menyebabkan pihak musyrif kelam kabut dan terpaksa melakukan 5-6 round setiap seorang. Lebih menerukkan keadaan adalah setiap akhawat itu keluar berseorangan yang memerlukan 2 orang musyrif. Musyrif kecemasan pula tidak dilabel mengikut kawasan maka langsung tidak boleh diharap.

Antara cadangan Syaimaa yang dianggap praktikal adalah penukaran ketua musyrif kepada mengikut kawasan. Juga yang menarik adalah kefahaman tentang soal kemusyrifan kepada pihak ikhwah dan akhawat. Tapi kelam kabut mesyuarat menyebabkan cadangan yang lebih menonjol adalah sistem sukarela. WTF?

Baca lagi mengenai Usul beliau di sini.

4. Memperkasakan hubungan di kalangan ahli di universiti al-Azhar,Ain Shams, dan Kaherah.

Bantah kerana selepas koma perlu ada space (…al-Azhar,Ain Shams…)

Nota: Cadangan ini pun agak umum. Memperkasakan MKB? Sememangnya perlu pun. Saya telah jelaskan di atas. Pusat Sumber Tenaga (Human Resource Center)? Juga telah wujud dan sememangnya perlu diperkasa. Mengikut kefahaman saya, HRC adalah sistem sukarela di mana ahli memberikan nama sebagai sukarelawan kerja. Saya ingin lihat berapa ramai perwakilan MTK yang menyokong Usul ini bakal memberikan nama mereka. Sedangkan sewaktu Ehmad bertanya di awal sesi pun hanya 10 yang sukarela untuk membantu I-MAN.

Yang praktikal adalah mentaakhikan ahli. Tapi adakah seperti kaum Ansar dan Muhajirin? Najib perlu melepaskan isterinya kepada pelajar Ain Shams? XD

5. Mewajibkan ahli PERUBATAN Kaherah mengisi borang UBM PERUBATAN.

Sokong kerana Ini adalah langkah pertama ke arah memperkasakan UBM. Sejak 2008 lagi UBM cuba dipromosikan, tapi saya rasa tidak berjaya kerana kurang pasangan berkahwin dan sebagainya. Lagipun, cuma isi borang, apa salahnya?

Nota: Saya paling tidak suka kalau isi borang perlukan gambar. =P

6. Membentuk dan memperkasakan organisasi kecil PERUBATAN dalam setiap universiti di Kaherah.

Saya rasa saya no komen untuk cadangan ini.

7. Penubuhan PERUBATAN Cawangan Kaherah

Sokong kerana PCK adalah sangat perlu untuk pemfokusan kerja. Baca lagi di sini (telah ditutup). Rujuk sini.

Nota: Pengalaman dalam PERUBATAN sejak 2007 mengajar saya bahawa banyak pertindihan kerja yang kepeningan dalam PERUBATAN Induk. Seminar, Karnival, Raya, semuanya perlu dilakukan dengan mengambil kira kepentingan Cawangan. Exco pula terpaksa berhempas pulas menyelesaikan konflik di Kaherah (3 universiti) dan pada masa yang sama berfikir untuk Cawangan. Berapa banyak program yang sepatutnya boleh dibuat secara Mega, tapi dijadikan kecil-kecilan berpisah antara Cawangan kerana kurangnya fokus terhadap penyelarasan di peringkat Induk? Lifeline, Kempen Palestin, Sports Day, Liga, dsb.

Saya kira penubuhan PCK adalah sangat praktikal di mana PCK boleh fokus kepada Kaherah, dan Induk boleh fokus pada program Mega dan penyelarasan sistem.

Pada asalnya, PCK boleh ditubuhkan hanya dengan persetujuan Presiden dan AJKt, serta AJK terlibat. Tidak perlu dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan. Tapi memandangkan penubuhan PCK adalah bercanggah dengan Perlembagaan Fasal 30, ia terpaksa dibawa ke MAT-8. Jom teruskan perjuangan di MAT-8 nanti.

Namun begitu, suka untuk saya menarik perhatian terhadap Biro Penerbitan dan Penerangan sekiranya PCK menjadi kenyataan.

Satu perkara yang perlu diingat adalah kini PERUBATAN Induk tidak lagi eksklusif kepada Kaherah semata-mata. Ia perlu melibatkan seluruh Cawangan. Walaupun mungkin muhafazah Kaherah masih lagi dinobatkan sebagai muhafazah Induk berada.

PERUBATAN Cawangan mempunyai UPP sendiri. Maka mereka mempunyai blog dan majalah sendiri, fokus kepada Cawangan masing-masing. Sama juga dengan PCK. TIBBians dan I-MAN serta PO masih terletak di bawah bidang kuasa Induk. Di sinilah akan berlaku kekejian dan peningkatan kuasa.

TIBBians
Semestinya tidak lagi boleh fokus pada Kaherah semata. AJK pula perlu dicari dari seluruh Cawangan.

I-MAN
Pun sama. AJK mesti dicari dari seluruh Cawangan, kalau tidak, akan timbul lagi polemik. Projek I-MAN seterusnya adalah kolaborasi antarabangsa, tapi Ehmad Hamdi (Ketua Editor) masih lagi memikirkan mekanisme terbaik. Jika ada cadangan, komen di bawah.

Jabatan Berita
Soalan saya semalam kepada Atiqah Hanifah, nak duduk bawah Kaherah atau Induk?

Perlu diperhatikan bahawa berita Cawangan selama ini sangat berlainan daripada berita Induk. Induk lebih hebat. =P Maka kalau mereka ingin duduk di bawah Induk, Wartawan dari seluruh Cawangan bakal bernaung di bawah mereka. Masalah sekarang adalah biasanya wartawan Cawangan ingin fokus kepada Cawangan masing-masing. Maka, Jabatan Berita Induk melalui TIBBians dan PO mungkin boleh fokus kepada isu semasa, dengan mencari wartawan khas Induk di Cawangan, terpisah daripada UPP Cawangan. Apa akan jadi kalau wartawan khas Induk yang berada di Cawangan membuat berita? Ya, mereka tidak perlu merujuk kepada UPP Cawangan kerana mereka adalah di bawah bidang kuasa BPP Induk.

Keji kan? Mari manipulasikan isu hangat di muhafazah.

Jabatan PERUBATANonline
Saya perlu merangka semula rupa PO. Berita tidak lagi boleh hanya khas kepada Kaherah. Katalog BiKon pun sama. Artikel pun sama. Iklan? Pemusatan ini akan melibatkan banyak perkara. Mungkin juga cadangan menyatukan seluruh website PERUBATAN di bawah satu nama perlu diperhalusi kembali.

KESELURUHAN

Saya berpandangan bahawa sistem Usul adalah sangat memelikkan kerana ianya mencampur adukkan Perlembagaan dan Gerakerja.

Pertama, perlu diingat bahawa setiap Usul yang diluluskan wajib dilaksanakan oleh AJKt.
Kedua, Usul Gerakerja perlu diundi. Maka akan ada 2 keputusan: Setuju atau Tidak. Kalau setuju, wajib dilaksanakan. Kalau Tidak, ianya tidak akan dilaksanakan.

Polemiknya di sini:

1. Kalau sesuatu Usul dipersetujui dan AJKt gagal melaksanakannya, maka AJKt boleh didakwa dalam Mesyuarat akan datang.

2. Kalau sesuatu Usul ditolak, terdapat banyak situasi; Adakah Usul tersebut tidak ingin dilaksanakan atau tidak boleh dilaksanakan atau dilarang dilaksanakan atau tidak perlu dilaksanakan?

Lebih menarik lagi, sekiranya Usul tersebut ditolak dan tetap dilaksanakan, adakah AJKt telah melanggar suara perwakilan (suara ahli) yang tidak inginkan Usul tersebut? Perlu diingat bahawa Usul tersebut adalah Gerakerja, di mana ianya adalah fleksibel dan mungkin juga mencakupi makna sesuatu Usul. Setiap patah perkataan dalam Usul boleh dibahaskan.

Contoh: Sekiranya Usul Faeid (Tarbiah dalam program) ditolak, adakah bermakna AJKt tidak boleh melaksanakan tarbiah dalam setiap program? Usul Dahlia (Perkasa hubungan ahli) pula, sekiranya ditolak, adakah AJKt hanya perlu berdiam diri melihat perpecahan antara Universiti?

Sekiranya jawapan anda tidak, maka soalan saya kembali: Kenapa perkara tersebut perlu dibincang dalam mesyuarat kalau ianya tetap akan dilaksanakan tidak kira apa pun keputusan perwakilan? Bukankah cukup jika hanya sebagai cadangan? Adakah perwakilan itu anjing yang menyalak-nyalak tidak ingin mandi air panas, tapi anda sesuka hati memandikan mereka dengan air baru dimasak? Pelik kan?

Segalanya kembali kepada Penasihat. Apakah status Usul yang dibincangkan semalam?

Saranan saya; Usul Gerakerja tidak perlu diundi. Cukup dengan cadangan dan perbahasan untuk mematangkan Usul. Contohilah Mesyuarat Gen6.

PENUTUP

Saya tahu MTK ini adalah yang Pertama. Jadikan pengalaman sebagai muhasabah untuk melakukan yang lebih baik di MTK-2.

Tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati. Jom berkempen untuk Pemilihan pula, dan nantikan berita hangat daripada Jabatan Berita, hanya di PERUBATANonline!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

7 thoughts on “Sokong atau Bantah, Bukan Suka-suka

  1. nice, i really liked this post.

    if PCK goes, it’s gonna take effect in about two years. by then i would have retired already, no need to choose nak duduk induk or cawangan :)

    dalam cadangan bertulis pada AJKT, i included i want a fully-functioning archive, senang nak cari segala macam dokumentasi mengenai perubatan ie minit mesyuarat, laporan lengkap, perlembagaan, gerak kerja majlis, nama2 pelajar and contact info so senang nak buat berita ada direct reference.

    maybe this sort of thing ada level of security for access, meaning bukan accessible to certain orang, but i think it is relevant enough for media rasmi PERUBATAN.

    what do u think? ni cam cadangan pada penguasa BPP la jugak. penerangan kot namanya.

    1. certain perkara macam perlembagaan included in PO project. yg lain, yes I think it’s reasonable.

      haha kalau lulus MAT-8 (Feb 2011), saya tak fikir pindaan perlembagaan bermula MAT-9 (Feb 2012) baru nk dikuatkuasakan. for example: AJKT kekal.

      pilihanraya PCK should be by the end of 2011. kita sama-sama nak naik tahun 4 kot.

      OMG baru setahun jagung da nak retired? no no no. contohilah safwan. damak.

      it has been 4 years since (2007, 2008,2009,2010), and I’m still in this field. taktahu akan kekal untuk 2-3 tahun akan datang atau tidak.

      for sure, you’ll be at least Penasihat, just like Safwan. jom2 rekrut lebih ramai wartawan yang berkaliber seperti Saeed =)

  2. Oh. ade jugak org yg dengar dlm dewan tu.. ingatkan sume cadangan2 tu dah masuk longkang semuanya.. terimakasih kerana memberi perhatian.

    LIKE

Leave a Reply to remCancel reply