Video: BTS Jawatankuasa khas Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN 2010


*BTS stands for: Behind the Scene

Saya sedang bosan, maka ini adalah dokumentasi saya mengenai JPP2010. Agak lambat kerana kehangatan Pilihanraya dah tamat. Beberapa maklumat yang saya kira menarik:


# Unit Penerangan pada asalnya ditawarkan kepada Jackster, sebelum beliau menolak kepada saya.


# Semua borang telah siap sewaktu JPP2010 bermesyuarat kali pertama. Maka terdapat beberapa kesilapan dan kekurangan yang terpaksa dialternatifkan dengan cara lain.

  • Ada ruang Nombor Ahli –> tidak perlu diisi
  • Tiada ruang Gambar –> diambil gambar pada Hari Penamaan Calon
  • Tiada Pencapaian Kokurikulum –> asal rancangan – Calon ditemuramah, tapi gagal dilaksanakan kerana terlupa.

Sebelum ini JPP berkuasa penuh menentukan bentuk borang serta format Pemilihan berdasarkan arahan Lembaga Penasihat. Kali ini kami cuma AJK Pelaksana.


# Semua Calon tidak diberitahu mengenai rakaman video sewaktu Hari Penamaan Calon. Iklan cuma memberitahu tentang gambar. Maka anda dapat melihat calon yang pelbagai reaksi (Gugup, yakin, main-main, serius, biasa, debat dsb).


# Gambar tidak formal pada asalnya tidak tahu ingin dibuat apa, hanya diambil suka-suka; akhirnya dijadikan avatar Yahoo Messenger.


# Aizum Nadhirah merupakan Calon pertama tiba, maka beliau merupakan bahan eksperimen untuk penggambaran dan rakaman.
Trivia: Video beliau tiada prop bunga.


# Radin Rahmah merupakan Calon paling banyak NG dalam rakaman. Padahal paling ringkas (?).


# Hold My Hand – Maher Zain dijadikan lagu tema kerana liriknya boleh dikaitkan dengan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN;

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sounding sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind

Sekeliling kita banyak masalah, tapi kita tidak ambil cakna untuk bantu.

We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Hanya tahu komen dan komplen, serta menjadi sadist di Mesyuarat Agung Tahunan

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love

Sun dan Moon adalah logo PERUBATAN, Moon juga digunakan sebagai lambang perubatan (PBSM?)

And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Seperti biasa, Pilihanraya pastinya mengharapkan perubahan yang lebih baik

OK, agak lame. XD


# Dan sedikit unseen footage BTS JPP2010.

BGM: Maher Zain – Hold My Hand.

Captured by: Sony HDR-XR550E
Edited with: Sony Vegas Pro 10.0

Effects added: Duplicate Main Video Layer, Overlay (50% Levels)

Dimension: HD 1280×720 progressive
Codec used: AVC (2Mbps average) + AAC (128kbps)

Special thanks: All JPP2010 Crews.

Nota:

  • Bunyi asal di-mute kerana ada suara tidak sedap didengari (Mencarut, lucah, gedik, comel)
  • Beberapa footage yang dimasukkan nampak tidak berkaitan dengan JPP kerana tidak cukup bahan footage JPP yang lain disimpan untuk persembahan MAT-8. Namun begitu semuanya dirakam setelah JPP2010 dilantik maka bolehlah dianggap BTS JPP2010 :P
  • Video ini dibuat sikit-sikit apabila bosan, memakan masa 3 minggu yang sepatutnya boleh disiapkan dalam 24jam. XD
  • Ending (bermula minit 3:30) sangat gay, saya tahu :)

Tahniah dan Terima kasih. Semoga terhibur. Jangan lupa memberi maklumbalas tentang Pemilihan dan JPP2010 di sini.

p/s: Adeh banyak footage digunakan dalam video ni, saya rasa terpaksa digunakan semula untuk video MAT-8. Bosan.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Video: BTS Jawatankuasa khas Pemilihan jawatankuasa PERUBATAN 2010

Komen di sini, bukan di tempat lain