VegasPro: Crop Technique

Tips ketiga dalam tempoh 2 hari. Sesi ini saya akan berkongsi satu teknik yang simple, tapi banyak kegunaan. Antaranya:

  • Sekiranya anda merakam dengan FullHD 1920×1080 dan ingin menghasilkan video HD 1280×720 (yang berdimensi lebih kecil), anda boleh gunakan teknik ini untuk fokus pada bahagian tertentu sahaja dan membuang bahagian yang agak tidak penting.
  • Membuang Pillarbox yang terhasil akibat rakaman 4:3

Saya akan fokus pada 2 tujuan ini, walaupun sebenarnya teknik ini boleh digunakan untuk banyak lagi tujuan lain.


Teknik Asas

1. Setelah memasukkan footage ke dalam timeline, klik butang Event Pan/Crop.


2. Anda akan memperoleh paparan seperti ini.


3. Tukar dimension Width/Height mengikut dimension projek (1280×720) dan klik butang Lock Aspect Ratio supaya ON.


4. Kemudian Drag ruang di sebelah kanan ke tempat yang anda suka. Anda juga boleh Resize/Rotate sesuka hati kerana Aspect Ratio telah di-Lock tadi.


5. Ini adalah hasil terakhir. Nampak lebih fokus pada calon yang kalah. Wakaka.


Teknik Membuang Pillarbox

Pillarbox adalah lawan kepada Letterbox. Letterbox adalah ruang hitam atas bawah manakala Pillarbox ruang hitam kiri kanan. Biasanya terjadi apabila kita merakam dengan ratio 4:3 dan ingin edit dalam Widescreen. Sering terjadi apabila pihak perempuan yang rakam :P

Maaf tiada gambar dalam Wiki untuk rujukan tapi saya sertakan dalam gambar terakhir di bawah untuk lebih jelas.

1. Perhatikan perbezaan gambar di bawah.

Video ini direkod dengan kamera digital biasa, menggunakan ratio 4:3 malah dimension juga kecil (320×240). Maka bagaimana kita ingin crop supaya menjadi HD 1280×720 Widescreen?

Untuk situasi seperti ini, ikut langkah berikut:

  • Pastikan butang Lock Aspect Ratio OFF
  • Isi ruang Width/Height dengan dimension projek (1280×720).
  • Klik butang Lock Aspect Ratio supaya ON.
  • Tukar Width kepada Width asal video (320). Height akan turut bertukar kerana Aspect Ratio telah di-Lock.

2. Hasil yang telah siap. Tiada lagi Pillarbox. Nampak lebih kemas dan tidak mencacatkan rupa persembahan.

Nota: Video akan jadi pecah kerana kita sebenarnya membesarkan 320×240 kepada 1280×720 tapi kalau ditayangkan di skrin, manusia takkan prasan LOL


Tambahan:

Teknik crop ini juga sebenarnya boleh diaplikasikan kepada Image di saat kemalasan mengedit Image tersebut dalam Adobe Photoshop.

Selain itu, anda juga boleh menganimasikan video seolah-olah video tersebut dirakam bergerak dari kiri ke kanan. Sila try dan error. :)

Terima kasih dan nantikan sesi seterusnya yang entah bila kerana saya sudah tiada idea haha.

Nota juga; Semua Tips saya kadang-kadang bersambung/berkaitan/berkronologi secara tidak langsung, maka pastikan anda membaca dari Tips 1 hingga 3 terlebih dahulu.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “VegasPro: Crop Technique