Antara masalah yang dihadapi iLuvIslam setelah mengalami perubahan adalah di bahagian Komuniti. Suatu masa dahulu, forum iLuvIslam disekalikan dengan Laman Utama, tapi kini forum iLuvIslam memiliki subdomain yang tersendiri. Sudah tentu, perubahan yang dilakukan adalah bermatlamatkan kebaikan, tapi sudah tentu juga akan ada masalah yang lain timbul. Kami Moderator Forum, mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antaranya, kategori dalam Komuniti.

Sewaktu berbincang mengenai kategori yang sesuai, terdapat rungutan masalah yang bakal timbul akibat perubahan yang cuba kami buat terhadap kategori sedia ada; perlunya kami mengalih balik Topic yang ada mengikut kategori baru. Ia tidak sukar, tapi sangat melecehkan.

Seringkali manusia melihat sesuatu perubahan dari sudut negatif. Bukan tidak boleh, tapi kita perlu lihat dan pertimbangkan positif negatif setelah mengenalpasti mana satu DESTINASI, dan mana satu JALAN yang bakal dilalui.

Saya tinggal di Abbasiah. Saya ingin berpindah ke Giza kerana:

  • Giza lebih dekat dengan Universiti.
  • Cepat balik selepas kuliah maka boleh stadi lama sikit.
  • Giza ada nasi Yaman yang sedap.

Maka sudah tentu perubahan yang saya ingin lakukan ini memberi manfaat. Tapi, sepanjang proses perpindahan dari Abbasiah ke Giza terdapat banyak perkara lain yang perlu difikirkan:

  • Kena cari rumah di Giza.
  • Kena angkut barang ke Giza.
  • Kena sediakan duit lebih kerana sewa rumah di Giza sangat mahal.
  • Abbasiah ada restoran Cina dan Bangkok, sayang untuk ditinggalkan.

Berdasarkan situasi yang saya utarakan ini, adakah anda akan berpindah ke Giza?

Jawapannya, kenalpasti terlebih dahulu mana satu:

  • JALAN yang bakal dilalui
  • DESTINASI
  • perkara akan DATANG

DESTINASI sudah tentu Giza, inilah perubahan yang kita ingin buat.

Perkara-perkara yang sukar waktu berpindah sudah tentu termasuk dalam kategori JALAN yang bakal dilalui. Kategori ini cuma sementara, ia akan hilang seiring dengan masa.

Manfaat setelah berpindah ke Giza termasuk dalam kategori perkara akan DATANG. Masukkan juga nasi goreng Cina dan Tom Yam yang terpaksa ditinggalkan. Benda ini yang akan kita hadapi selepas membuat perubahan dan perlu kita pertimbangkan baik atau buruk.

Sewa rumah Giza sangat mahal, kategori mana akan anda masukkan perkara ini? ;)

Kenapa saya sarankan anda mengkategorikan 3 perkara tersebut? Supaya kita boleh fikirkan penyelesaian dari sudut pandang berbeza.

Kalau anda kategorikan sewa mahal sebagai JALAN yang bakal dilalui, maka anda akan selesaikan dengan cara mencari ahli beyt beramai-ramai 10 orang kongsi bayar sewa. Selagi belum jumpa 10 orang, selagi itu anda tidak akan pindah. Tidak cukup 10 orang bermakna JALAN yang dilalui belum selesai, bagaimana pula anda akan tiba di DESTINASI?

Kalau anda kategorikan sebagai perkara akan DATANG, anda mungkin mencari ahli beyt, tapi selepas berpindah. Maka, anda perlu berkorban mencari duit bekerja menjual VOIP untuk sementara waktu demi menanggung beban sewa. Anda cuma akan fikirkan masalah ini setelah tiba di DESTINASI.

Membuat sesuatu perubahan bukan senang. Sejak awal tahun lagi saya sebut saya ingin ke kelas tapi sampai sekarang belum tengok lab Mikrobiologi. Malas gila nak pergi kelas. Buku pun belum buka lagi. Entah di mana saya letak saya pun dah lupa.

Tapi, kalau awal-awal lagi kita tidak ingin melakukan perubahan, kekal dengan situasi lama, dengan cara lama, maka kita akan memperolehi manfaat yang sama, mengelakkan masalah yang sama, serta berada di tahap yang sama. Sedangkan ada benda lebih penting yang perlu kita capai dan laksanakan.

Entry ini sebagai peringatan ulangan supaya saya pergi ke kelas. Terima kasih. ;)

Jangan lupa ngefans Taeyeon hingga 17 April ini.


Kredit gambar: MotivationalTwist