Archives for May, 2011

!! WARNING - ENTRY INI PENUH DENGAN PERKATAAN !!
Selepas Nur Kasih dan Adamaya, saya rasa tidak ada satu pun drama Melayu lain yang membuatkan saya melekat untuk terus menonton. Asmara agak best walaupun nama hero sangat pelik tapi tidak berjaya membuatkan saya teruja untuk menonton musim kedua. Asmaradana yang penuh dengan kematian pun saya tonton sebab Tiz Zaqyah :P
Maka saya tidak menyangka adaptasi novel berjaya mempengaruhi saya untuk meninggalkan stadi dan marathon semua episod sekaligus. Hinggakan saya terpaksa spazzing dalam ...

Tuberculin Skin Test adalah ujian untuk menentukan samada kita dijangkiti Mycobacterium tuberculosis yang latent. Maknanya kita dah dijangkiti TB tapi tiada simptom yang kita boleh nampak secara luaran.
Ujian ini dilakukan dengan menyuntik protein bakteria tersebut dan memerhatikan jika terdapat induration (gelembung) yang menunjukkan keputusan ujian positif.
Tapi ujian ini ada kelemahan iaitu false positive. Hasil ujian positif tapi tak bermakna kita menghidap TB.
Antaranya kerana kita dijangkiti Mycobacterium spesies lain. Mesir kan endemik dengan pelbagai bakteria yang tidak akan dijumpai di ...

Blog baru ini belum ada entry pasal Hari Guru maka 'terpaksa'lah buat satu.
Lagu ini memang klasik epik, semua orang tahu kot. Cikgu akan naik ke pentas beramai-ramai menyanyikan lagu ini.
Tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya, tema Hari Guru adalah Guru Pembina Negara Bangsa.
Tahun 2011 pula, tema Hari Guru adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, tapi lagunya sangat bosan. Saya lebih suka lagu tahun lepas.
Tahun SPM dulu (2005), temanya Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Bercerita tentang sambutan Hari Guru, secara peribadi tak ...

Sorry-lah saya memang orang kampung yang tahu makan budu, ikan kering serta ulam sahaja, maka sedikit culture-shock apabila budak-budak ini membuat gaya pemakanan sebegini:
Benda ni namanya Sushi kan? Yang bintik-bintik hitam tu telur katak ke?
Ketam segar diimport dari Pasar Sayeda
Manusia ada enam orang ditemani seorang chef kibir dari Kuantan. Mantan Presiden tidak kelihatan kerana sibuk dengan tugasan negara.
Finishing touch daripada Amir Najmi:
Semuanya HOME-MADE. Best gila ada chef hebat dalam rumah ni :P
Jamuan sempena International Nurses Day - Closing The Gap: ...

Re-Publish balik karya tahun 2009 dulu.
Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat.
'Assalamualaikum, Si Anak dah balik ni...' Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya.
'Kenapa muka mak pucat macam tu?' Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut.
'Dah pukul berapa ni? Si ...

Alhamdulillah di saat kemelut nilai moral manusia pada zaman ini, Badminton World Federation (BWF) berjaya mengimplementasikan nilai peradaban manusia ke dalam peraturan permainan badminton wanita. Bermula 1 Jun 2011, semua pemain wanita di kejohanan peringkat 1-3 diwajibkan memakai skirt. Walaupun alasan yang diberikan agak kurang logik, namun BWF berjaya mempertimbangkan situasi dan melihat dari sudut semua golongan pemain seterusnya menerapkan unsur Islam secara senyap.
KENAPA ADA PIHAK MEMBANTAH PEMAKAIAN SKIRT?
GENERAL COMPETITION REGULATION - 19.2
'In order to ensure attractive presentation of ...

Waktu itu dunia sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, walaupun nilai dan akhlak semakin hilang nilai terpuji. Rompak rogol rasuah merata-riti, manakala teknologi sudah mencapai tahap mampu menentukan genetik bayi. Di tengah-tengah kemelut ini, muncul seorang manusia dengan misi yang suci; membersihkan manusia daripada terus mencemarkan dunia ini.
Rancangannya: Menghapuskan semua manusia dan melahirkan manusia yang baru dengan menentukan genetik tertentu supaya sesuai dengan matlamat manusia itu dilahirkan. Seorang bayi yang dilahirkan untuk menjadi guru diberikan genetik kemahiran mengajar, manakala ...