Tahniah BWF!


Alhamdulillah di saat kemelut nilai moral manusia pada zaman ini, Badminton World Federation (BWF) berjaya mengimplementasikan nilai peradaban manusia ke dalam peraturan permainan badminton wanita. Bermula 1 Jun 2011, semua pemain wanita di kejohanan peringkat 1-3 diwajibkan memakai skirt. Walaupun alasan yang diberikan agak kurang logik, namun BWF berjaya mempertimbangkan situasi dan melihat dari sudut semua golongan pemain seterusnya menerapkan unsur Islam secara senyap.

KENAPA ADA PIHAK MEMBANTAH PEMAKAIAN SKIRT?

GENERAL COMPETITION REGULATION – 19.2
“In order to ensure attractive presentation of Badminton at tournaments organised or sanctioned by the BWF, all clothing worn by players shall be acceptable Badminton sports clothing.”

Disebabkan kenyataan berbau racist serta mengeksploitasi wanita ini, terdapat ramai pihak yang menghentam sekeras-kerasnya keputusan BWF ini secara membuta tuli.

Namun begitu, bantahan mereka dianggap dangkal dan tiada kajian lanjut kerana sebenarnya, pemakaian skirt yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Sumber: BWF

Malah BWF sendiri telah menimbangkan budaya dan agama dalam peraturan ini!

“Trousers, stockings and leggings are acceptable Badminton Sports clothing where cultural or religious sensitivities require legs to be covered.”

Maka penjelasan yang terbaik adalah kerana mereka menganggap pemakaian skirt akan menyusahkan pergerakan dan menjejaskan mutu prestasi pemain. Namun begitu, ini juga satu alasan yang boleh ditolak kerana sebelum ini sudah terdapat pemain yang memakai skirt dan tidak menghadapi sebarang masalah. Lebih-lebih lagi skirt tersebut hanyalah sedikit tambahan di atas seluar.

KENAPA MESTI MEMAKAI SKIRT?

1. Ini pertandingan badminton wanita.
Terdapat beberapa rungutan daripada penonton mereka terasa seolah-olah sedang menonton perlawanan badminton lelaki disebabkan biceps dan six-pack yang dimiliki oleh pemain. Malah pemakaian seluar pendek dan betis yang tidak kurus seperti SNSD juga tambah merumitkan perasaan mereka. Maka untuk menampakkan ini adalah perlawanan antara wanita, pemakaian skirt diwujudkan untuk menimbulkan rasa “perlawanan wanita itu”.

2. Haram hukumnya menyerupai lelaki.
Maka dengan penguatkuasaan peraturan ini, pemain wanita akan nampak lebih feminin dan keluar daripada syubhah. Secara halus BWF telah berdakwah kepada para pemain di luar sana. Peluang ini harus dimanfaatkan oleh pemain wanita Islam untuk memakai pakaian yang menepati syariat.

KESIMPULAN

Tindakan sesetengah persatuan hak asasi wanita yang membantah peraturan ini juga jelas menampakkan kesekularan dan keliberalan mereka kerana walaupun alasan mereka membantah eksploitasi dan mengikut ajaran agama, hakikatnya wanita yang bermain badminton di tengah padang tetap juga memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan. Bantahan mereka lebih kepada mencari glamor dan mengikut arus di saat orang lain membuat bantahan.

Peraturan ini dilihat sangat wajar kerana telah menimbangkan keperluan dan kehendak akhawat, ustazah serta perempuan yang bermain badminton. Diharapkan pengenalan peraturan ini akan membawa kepada lebih banyak peraturan yang memberi kebebasan untuk mengikut syariat dan menyekat daripada melampaui batas.

Sokonglah untuk meneruskan peraturan ini. :)


Catatan kaki:
Dah lama tak main badminton sejak Tingkatan Satu kerana kecacatan mata menyebabkan tidak boleh menganggar jarak dengan betul – maka libasan saya selalu tersasar. Sedih kan? Isk3 :(

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Tahniah BWF!

    1. Sarcasm kah?

      Sarcasm
      A form of irony in which apparent praise conceals another, scornful meaning.

      erm, mungkin juga membawa pembaca melihat dari sudut lain?

      fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Komen di sini, bukan di tempat lain