Terima Kasih Cikgu

Blog baru ini belum ada entry pasal Hari Guru maka ‘terpaksa’lah buat satu.

Lagu ini memang klasik epik, semua orang tahu kot. Cikgu akan naik ke pentas beramai-ramai menyanyikan lagu ini.


Tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya, tema Hari Guru adalah Guru Pembina Negara Bangsa.


Tahun 2011 pula, tema Hari Guru adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, tapi lagunya sangat bosan. Saya lebih suka lagu tahun lepas.


Tahun SPM dulu (2005), temanya Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Bercerita tentang sambutan Hari Guru, secara peribadi tak pernah pun bagi hadiah istimewa untuk cikgu-cikgu. Cukuplah dengan sebatang pen Kilometrico berharga 70 sen dibungkus dengan suratkhabar. Kalau inginkan hadiah yang istimiewa, sudah tentulah hadiah kelas, ataupun berpakat ramai-ramai kenakan mana-mana cikgu dengan hadiah yang tidak masuk akal.

Tema Hari Guru semuanya mengangkat martabat guru sebagai seorang pendidik yang akan mencorak kejayaan dan hala tuju manusia pada masa akan datang. Betapa mulianya profesion perguruan walaupun kadang-kadang ia dianggap profesion murahan sekadar low-class pilihan terakhir. Bukankah Usman Awang pernah menukilkan sajak menusuk kalbu siapalah kita tanpa seorang guru?

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Namun begitu cerita-ceriti zaman sekarang sudah berlainan; guru raba pelajar, guru perkosa pelajar, guru bunuh pelajar, guru dera pelajar. Menunjukkan taraf guru yang diharapkan membentuk pelajar kini dicemari dengan masalah-masalah sosial. Ditambah pula cerita-ceriti lain; pelajar belasah guru, pelajar rosakkan kereta guru, pelajar dakwa guru, pelajar lempang guru. Pelajar sendiri kini tidak lagi menghormati guru. Salah siapa sebenarnya profesion perguruan kini bukan lagi dilihat satu profesion pembinaan modal insan manusia?

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, bukan lagi sekadar mengajar tapi juga mendidik. Tema ini bukan sahaja untuk mereka yang bergelar ‘guru’, tapi untuk semua manusia yang mempunyai ‘anak murid’.

Selamat Hari Guru, buat semua yang pernah saya panggil cikgu, teacher, sir, ustaz, mahupun ustazah. Terima kasih cikgu! :)


Lagu ini baru jumpa. Agak keanak-anakan ketadikaan, tapi best dan menarik.


Lagu Jepun ini pula saya pertama kali jumpa dalam Queen’s ClassroomAogeba Toutoshi (With an Eternally Grateful Heart), nangis-nangis kalau dengar versi dalam drama tu T_T


SIDE NEWS – SNSD’s First Japanese Full Album!
[blackbirdpie url=”https://twitter.com/#!/soshified/status/69872761174106113″]

OMG | OMG | OMG | OMG | OMG | OMG | OMG | OMG | OMG

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain