Tuberculin Skin Test


Tuberculin Skin Test adalah ujian untuk menentukan samada kita dijangkiti Mycobacterium tuberculosis yang latent. Maknanya kita dah dijangkiti TB tapi tiada simptom yang kita boleh nampak secara luaran.

Ujian ini dilakukan dengan menyuntik protein bakteria tersebut dan memerhatikan jika terdapat induration (gelembung) yang menunjukkan keputusan ujian positif.

Tapi ujian ini ada kelemahan iaitu false positive. Hasil ujian positif tapi tak bermakna kita menghidap TB.

Antaranya kerana kita dijangkiti Mycobacterium spesies lain. Mesir kan endemik dengan pelbagai bakteria yang tidak akan dijumpai di negara lain. Terdapat kira-kira 40,000 bakteria hanya terdapat di Mesir.

Lagipun kalau kita pernah menerima vaksin Bacille Calmette Guerin aka BCG, kita akan dapat keputusan false positive ini paling kurang 5 tahun.

Saya dah ajar banyak kali dah, tapi budak kecik ni degil.

Tambah-tambah semenjak naik Tahun 3 dah belajar Mikrobiologi tajuk Mycobacterium tuberculosis dalam buku teks Volume II ni, makin besar kepala budak kecik ni.

Ya lah, kalau tiap-tiap pagi buat Tuberculin Skin Test tak ke bengang? Mesir ni endemik tau tak? Keputusan dia mestilah false positive! Tak perlulah nak buat tetiap pagi! Grrr~

Nah balasan kedegilan engkau. Grrr >:(

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on “Tuberculin Skin Test

    1. antara simptom umum TB seperti demam, berpeluh waktu malam, tiba-tiba hilang berat badan.
      simptom yang biasa nampak dalam TV pula adalah batuk berdarah.
      namun begitu ujian paling tepat adalah melalui analisis bakteria – wujud Mycobacterium tuberculosis atau tidak.

Komen di sini, bukan di tempat lain