Curi-curi Wang Malaysia?

Lantaran marah dengan tindakan kerajaan membelanjakan RM 1.8M untuk kempen media sosial Cuti-cuti Malaysia, sebuah laman Facebook yang baru, Curi-curi Wang Malaysia telah dilancarkan dan berjaya mengumpul lebih 25k peminat dalam masa kurang 24 jam.

Tujuan penubuhan laman ini adalah untuk membuktikan bahawa tidak perlu menggunakan RM 1.8M untuk membina sebuah laman Facebook yang berjaya.

Namun begitu, selaku pembina laman Facebook yang berpengalaman, penubuhan laman ini dilihat tidak profesional dan menggambarkan kebodohan penentang kerajaan yang gagal bertindak secara rasional dan hanya mengikut emosi.

Kenapa?

1. Laman Cuti-cuti Malaysia adalah bersifat informasi, manakala Curi-curi Wang Malaysia bersifat penentangan. Adalah suatu kebiasaan laman informasi kurang diminati manakala laman penentangan yang mengutuk lebih laju mendapat peminat.

2. Pengisian dalam laman Cuti-cuti Malaysia penuh dengan informasi dan pautan ke laman web pelancongan Malaysia, manakala Curi-curi Wang Malaysia penuh dengan kutukan dan penghinaan yang tidak memberi manfaat.

3. Kos RM 1.8M yang didakwa digunakan Cuti-cuti Malaysia adalah untuk pembinaan laman Facebook, kempen, application, majlis pelancaran di luar negara, pertandingan dsb. Tapi laman Facebook Curi-curi Wang Malaysia apa yang ada? Kosong. Sampah.

Membandingkan Cuti-cuti Malaysia dengan Curi-curi Wang Malaysia adalah seperti membandingkan laman web Effy Saiful dengan laman web YouTube. Sesuaikah?

Maka tujuan membuktikan kepada kerajaan itu adalah tidak relevan sama sekali dan perlu dibuang serta digantikan dengan ayat lain yang lebih relevan.

Penyelesaian?

Untuk meletakkan bukti yang ingin dibuktikan itu setanding atau lebih hebat daripada apa yang dilaksanakan kerajaan, laman Facebook Curi-curi Wang Malaysia perlu melaksanakan perkara berikut:

1. Membina laman Facebook dengan pengisian yang lebih ilmiah dan mempromosikan Malaysia dengan lebih berkesan hingga pengguna Facebook luar negara turut sama Like. Dalam masa 6 bulan perlu mencapai sekurang-kurangnya 100k Like dengan separuh daripadanya adalah pengguna luar negara.

2. Membuat pertandingan dengan hadiah lumayan, sekurang-kurangnya iPad 2. Lebih elok lagi hadiah tersebut berupa petrol RON97.

3. Membina satu application di Facebook dengan grafik 3D dan sound yang hebat, mengalahkan Farmville. Dalam masa yang sama application tersebut turut mempromosikan Malaysia, bukan sekadar game bodoh bunuh-bunuh tembak-tembak.

4. Melanggan Google Ads untuk kempen pelancongan ke Malaysia. Pastikan iklan tersebut muncul di Google Search setiap masa.

5. Mengadakan majlis pelancaran di luar negara seperti Mesir dengan menjemput artis terkemuka seperti Girls’ Generation.

6. Paling penting, 5 langkah di atas perlu dilaksanakan dengan kos kurang daripada RM 1.8M dalam masa 6 bulan.

Sekiranya langkah-langkah di atas gagal dilaksanakan, maka tiada bukti yang boleh ditunjukkan kepada kerajaan. Sekaligus membuktikan bahawa kerajaan berada di pihak yang benar; tanpa RM 1.8M, kempen pelancongan Malaysia tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan di media sosial.

Akhir kalam, jom join perbincangan ilmiah di Saff Muslim mengenai hal ini. Rapat-rapatkan saf ;)

Sekian terima kasih.

p/s: bosan stadi tulis blog. esok plak exam :P

IKLAN!
Untuk langkah yang pertama, mari kita LIKE page informasi dunia PERUBATAN ini terlebih dahulu! :)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

18 thoughts on “Curi-curi Wang Malaysia?

  1. Haha. Like2. Ni baru terpelajar kalau nak menghentam kerajaan pon. Haihla.

    Bagus la idea ko denmat nak tarik viewer. Kah3x. Ko pegi la page FB tu, pastu post mende ni. Sehari boleh sampai 23K kot blog kau. Hehe

  2. Hek elleh…
    Biar lah diaorang nak buat FB bodo2 pn. Bukan pakai duit rakyat pun. Saya sebagai rakyat tak kisah pun, asal jangan pakai duit saya XD

    p/s: hadiah iPad Vs Ron97, zaman inflasi neh agak2 org pilih yg mana…

    1. inilah masalah rakyat Malaysia.
      BODOH
      buat pape mesti bodo-bodo.
      tapi nak minyak turun.
      nak biasiswa.
      nak subsidi.
      kalau dah BODOH tu, pegi mampus je la.

  3. Seriously? You trying to pull off a heroic stunt or some shit? Retard much?

    The fan page was up to proved that you do not need a single cent to start off a fan site. We do not need to justify to the likes of you, the government needs to justify their spending of 300,000 to us. Unlike you, there are many others out there who aren’t retarded and could actually break down the cost for you of building a single fansite.

    To even compare the POS on the government’s site you call a game to the standards of farmville? I honestly think you were sucking on some spoilt milk when you were born.

  4. apa ke bodoh nya kalo promosi malaysia cm tu sedangkan 1 dunia dah kenali malaysia dengan f1 dan moto gp, siap di tayangkan pada dunia acara yg berlangsung kat sepang tu pada setiap tahun …baik 1.8 juta tu bagi kat aku ag ada maknanya….ingat la ni abad 21 bukan zaman baru merdeka….x payah nak cabar mencabar mutu kehidupan rakyaat patut di utamakan 1.8 juta lebih berguna kepada golongan miskin tegar…..ngertik

    1. bezakan ini kalo kerajaan bagi 1.8 juta tu pada orang kaya pasti 1.8 tu di simpan atau buat enjoy xp cuba bagi kat golongan miskin pasti mereka akan kembangkan 1.8 juta tu menjadi lebih…..dah jual tanah kat singapore apa lagi kerajaan pon enjoy la contoh kat atas dah ada…..wkakakakakakakakakaka

  5. cadangan di atas kurang releven. mana nak dapat modal?

    Okayla tu dengan kapasiti sedia ada untuk buat sesuatu. dari takde apa-apa?

    anyway, they recently come up with petition. I know it sounds very typical, but now, world listen to the power of many.

    1. abes tu kate tak logik kerajaan gune 1.8 juta utk kempen. try la buat boleh ke tak. hik3

      it’s not that simple. FB free = sepatutnya tiada kos. no, not that simple.

      berapa ribu kita habiskan untuk kempen promosi PERUBATAN? ribuan IF kita bayar all that video effort, designs, gaji tukang update status Facebook, pelukis komik, yada yada.

      sepatutnya bendahari paling tahu apa yang kita boleh cut cost, kerajaan or mana-mana syarikat persendirian tak mungkin boleh buat.

      1. Haih ni nak kecam saya plak ke?

        Ya, sangat costy. Kalau libatkan PERUBATAN, pendekatannya berbeza. Penilaian situasi berbeza dalam main timbal balik motivasi, mana nak kena main toleransi atau apresiasi. Yang penting kemudahan (asset) ada untuk buat. Ini orang dah pesan sampai dah pencen siap~ asset semasa ada tambah?

        Bendahari tahu cut cost.
        Akauntan/juruadit pun sama.
        Tapi kalau orang tinggi tak nak dengar, nak buat macam mana? (err, ini konteks negara, PERUBATAN takde masalah bab duit. Pernah tinggal berapa ratus genih je, tapi alhamdulillah rezeki berkat, asyik beranak selalu)

        =D

        1. hik3 mane ade. entry ni nk bagitau pemikiran simple penentang kerajaan yang menganggap kerajaan itu jahat dan suka membazirkan duit rakyat.

          rm1.8 juta untuk kempen mungkin tak logik, ditambah pula dgn korupsi, rasuah, kronisme, kos sebenar mungkin separuh.

          tapi utk mendakwa kempen yang berjaya tidak memerlukan duit adalah satu pernyataan yang buduh.

          lebih buduh lagi apabila usaha membuktikan “tidak memerlukan duit” itu dilakukan dengan buduh. padanlah kerajaan buduh, rakyat same2 buduh.

          utk lebih intelektual, lakukanlah sepertimana dalam cadangan tersebut, baru boleh mendabik dada mengatakan kerajaan buduh. baru dikatakan golongan terpelajar.

          hik3

          1. yep, difahami.
            Cuma nak bagitahu juga,
            rakyat takpe kalau kurang intelek sikit.

            rakyat boleh diterima lagi kalau kurang cerdik.

            tapi kalau pemimpin cam gitu, sape boleh terime?
            Boleh la, just simply ask an apology and intention to improve will be nice n ppl will cool down. but nowadays leaders could be said as a bit arrogant and ego to accept theirs.

            indeed kalau dr yen yen minta maaf and recheck things all back.. i think it’ll be very great slap kepada kementerian2 lain yang memang suka joli tapi tak kantoi
            Weiner bagus dia mengaku silap, dia mintak maaf

            n letak jawatan =D

      2. Yep. Its true. Kalau sape ceburi bidang media akan tahu, gaji utk mereka ni bukan cikai-cikai. Buat satu video paling simple pun boleh dapat RM500. Wow @.@

  6. Pertama sekali, bila dah namanya media kita takkan terlepas daripada bias.

    Memanglah belanja RM1.8 juta untuk Facebook sahaja tak logik, tapi kalau membabitkan kempen sana-sini perkara tu memang kena belanja besar.

    Berkata-kata lebih senang dari yang melaksanakan.