Archives for July, 2011

Haha cant think of a suitable title :P
This is an entry regarding TWO saeguk (historical) Korean dramas ;)
Dong Yi is a story about the life of Choi Dong Yi, later on become Choi Suk-bin (Consort Choi), who enter the palace to find the truth about her father's killer, while at the same time entangled in the political strife of the government.
Yi San is a story about a king, his journey to find the truth behind his father's death, and his ...
Oh rupanya bulan Julai ini tidak banyak menulis. Ini entry terakhir sebelum puasa, mungkin.
Malaysia tewas kepada Singapura. Orang kata Singapura menang dengan tidak bermaruah. Banyak drama. Buang masa. Tapi sebenarnya, yang penting Singapura tetap menang. Kita yang kalah hanya mampu bising-bising dalam Facebook dan blog.
Dulu-dulu apabila keputusan peperiksaan keluar, adalah yang dapat B 78 markah, C 59 markah. (Sistem pemarkahan ini sudah tidak digunakan lagi kot). Kemudian mulalah kami semua yang pada ketika itu masih kanak-kanak membuat muka comel merayu ...

'terlalu cair melihat vid ni. tak sesuai untuk tayangan umum.' -Anon01
'bahaya jugak kalo ikhwah tengok ni' -Anon02
'chup yang kiri tak pakai purdah' -Anon03
'comel kan? comel kan?' -Anon03
'ala..nape xnk ltak name2 yg terlibat... kan da payah nak takdim' -Anon04
'subhanallah, cantiknya akhawat ni.' -Anon03
Komen di atas adalah rentetan daripada penyiaran video promosi terbaru sempena program ADINDA 2011 - program mega pertama saya rasa, hanya melibatkan akhawat. Ditambah pula dengan suasana Mesir yang sedikit konservatif, video ini pastinya mengundang sedikit kontroversi.
Kebanyakan komen tersebut ...

Tengah bosan-bosan menilik HDR-XR550E, baru perasan dah lama tak guna. Kali terakhir sewaktu Medicophilic Month April lalu. Ditambah pula dengan ketidak-ada-kerjaan sekarang, maka saya bermain kembali dengan Sony Vegas.
Video ini walaupun promo untuk mediaPERUBATAN tapi lebih berkonsepkan iklan Jabatan Berita, maka dengan itu saya mengajak mereka yang berada di luar sana untuk bersama-sama membantu si budak kecik Atiqah meneruskan legasi kegemilangan Safwan Pemenang dan Puan Fathiyyah dengan menulis berita yang mantap. Kalau malu menulis berita event besar-besaran, tulislah berita tentang ...

Sekiranya anda peminat novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta Warkah Cinta Berbau Syurga yang berlatar belakangkan negara Arab, juga meminati karya thriller Ramlee Awang Murshid, juga meminati genre shounen-ai atau yaoi atau bahasa bakunya gay, dalam masa yang sama memiliki kesedaran agama yang tinggi, novel ini pastinya untuk anda.
Sinergi, karya Hilal Asyraf merupakan hadiah daripada kak Siti Khairunnisa sewaktu pulang evakuasi dahulu. Mulanya saya sengaja memilih item yang mahal supaya beliau teragak-agak dan membatalkan hasrat untuk memberi saya ...