Archives for September, 2011

Tahun ini kurang melibatkan diri dalam Program Sambutan Pelajar Baru (AHLAN '11)), sebab jadual harian agak penuh dan terasa agak padat. 10-13 September, ada program di Universiti Kaherah - Challenge the Habits. Ditambah dengan editing video JAKSI, tontonan cerita Melayu menjelang jam 3 petang, cerita Cina setiap jam 6 petang dan cerita Korea pukul 9 malam, menambah kesempitan waktu haha.
Maklumlah saya sudah tua, tiada stamina seperti dulu; boleh berlari ke sana ke mari 24 jam tanpa henti kemudian bersengkang mata ...

Alhamdulillah setelah sebulan akhirnya Video Pengenalan JAKSI selamat diselesaikan. Walaupun penggambaran tamat sebulan yang lalu, tapi baru berkesempatan merajinkan diri untuk menyelesaikan proses editing.
PENGENALAN
Program Sambutan Mahasiswa Baru biasanya mempunyai satu slot untuk JAKSI, dan sebelum ini pengenalan tentang JAKSI didahului dengan tayangan video Hisbah the Movie yang diterbitkan PERUBATAN Cawangan Mansurah kira-kira 2-3 tahun yang lalu (sekitar 2008-2009).
Disebabkan PERUBATAN memiliki jawatankuasa yang dinaiktaraf iaitu Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) maka menjadi satu keperluan kepada satu video baru supaya kekal ...