Kuiz dan Fakta

Sesi ini saya bercadang nak jadi pemerhati dan sedaya-upaya menjadi pengkritik tegar dengan perkara di sekeliling. Maka mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Jabatan PERUBATANonline perlu bersedia untuk mendengarmembaca bebelan saya kepada mereka.

Saya buka sesi kali ini dengan kritikan terhadap kuiz secara online sebagai satu muhasabah yang boleh dipertimbangkan oleh mereka yang ingin mengadakan kuiz berbentuk fakta pada masa akan datang. Kritikan ini bukannya timbul setelah Kempen Simbolik Cinta anjuran Mentor Council, tapi telah lama saya pendamkan kerana menganggap ia bukan suatu perkara yang besar.

1. Klik sini untuk Kuiz Simbolik Cinta Edisi 1.
2. Klik sini untuk post-post berkaitan Kempen Simbolik Cinta.

Apabila sesuatu kuiz diadakan, saya melihat kuiz tersebut agak rendah kualitinya kerana jawapan-jawapan semuanya boleh diperolehi melalui Google. Lainlah kalau kuiz tersebut bersifat tempatan seperti “Berapakah bilangan anak kucing Safwan?

Kalau saya utarakan kritikan ini kepada pihak terbabit selalunya akan dibalas dengan ayat, “Sekurang-kurangnya peserta dapat ilmu tersebut. Hadiah tidak penting, hanya sebuah notepad murah.” maka lebih baik saya kongsikan di blog supaya orang lain mendapat manfaat :P

Bagi saya, adalah lebih elok sekiranya kuiz tersebut disertakan dengan soalan KBKK seperti yang kita selalu lihat dalam pertandingan di majalah-majalah. Ini bertujuan untuk:
1. Kuiz tidak hanya bersifat mendedahkan pengetahuan baru tapi turut menggalakkan peserta berfikir.
2. Memberi alternatif kepada pihak penganjur untuk membuat pilihan pemenang tanpa bergantung kepada sistem cabutan bertuah sekiranya semua peserta menjawab dengan betul 100%.

Antara contoh soalan KBKK adalah:
1. Slogan tidak melebihi 15 patah perkataan.
2. Melengkapkan pantun yang sudah diberi pembayangnya.

Harapan saya agar kualiti kuiz anjuran BERUBATAN selepas ini lebih berkualiti dan tidak sekadar hanya mahu mengadakan kuiz. Bukankah dalam Mesyuarat Agung Tahunan ada orang muhasabah tentang kualiti program BERUBATAN?

Sebagai penutup, saya hadiahkan Teka Silangkata Jabatan PO ini kepada anda untuk diselesaikan. Tiada hadiah disediakan tapi kalau anda rajin, cubalah jawab dan screenshot, upload ke TinyPic dan komen di bawah :P

IKLAN!
Tonton gambar awek anda dalam iPhone sepuas-puasnya dalam Metro tanpa risau kantoi dengan orang lain di sebelah ;)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain