Kadang-kadang pelik juga budak-budak ini. Tajuk program seperti Sambutan Raya Aidilfitri. Pengisian seperti program Unit Bait Muslim. Tapi ini adalah Perkumpulan Generasi Lapan Universiti Kaherah.

Itulah Generasi Enam sudah tiada Perkumpulan maka kami-kami warga KAMI (Kumpulan Anak-anak Mahu Imtiaz) yang merasa tersisih ini menumpang kasih dengan anak-anak Generasi Lapan XD

Tapi Generasi Lapan ini tiada ikhwah yang gila gambar agaknya. Kalau Perkumpulan Generasi Enam mesti ada makhluk-makhluk yang berkeliaran dengan DSLR menembak di sana sini (Rindu dengan tembakan Hamada Hamdi serta Anas Ghazali yang superb).


Generasi Enam, bila lagi mahu membuat Perkumpulan beramai-ramai? Mesti seronok dengan anak-anak kecil berlari-lari di sana sini dengan riang :)