Yang Buruk Juga Datang Dari ALLAH

Hujung minggu ini akan ada 2 program; Seminar Agenda Umat (ISMA) dan STEP (IKRAM).


Kita bukanlah ingin mempromosikan program tersebut kerana kita pun belum pasti akan pergi salah satu. Sebabnya; Pertama, kita memang jenis malas pergi program. Kalaulah bukan kerana kita minat merekod, kelas tafaquh setiap minggu itu belum tentu akan dihadiri. Kedua, tajuknya tidak menarik minat dan bukan bidang yang kita gemari. Ketiga, tempatnya entah di mana entah. XD

Cuma post kali ini akan membincangkan sesuatu kerana berlegar-legar ayat “IKRAM vs ISMA” yang membawa kepada persoalan “pertandingan merebut peserta” lalu diibaratkan “2 pihak sedang berperang”. Kata lainnya yang lebih popular – perpecahan.

Fakta pertama, hari tersebut adalah cuti umum. Maka tidak hairan kalau kedua-dua program diadakan pada hari yang sama.

Fakta kedua, adalah tidak logik apabila ISMA mengeluarkan iklan program 6 April, IKRAM dan Medik Mesir pun tergesa-gesa ingin buat program pada hari yang sama lalu berusaha menjemput doktor dari Malaysia datang. Kalau benar, memang hebat dapat merancang program dalam masa yang singkat.

Maka, semua perkara yang berlaku adalah kebetulan. Tiada istilah rancang merancang untuk menjatuhkan orang lain.

Tapi, anda juga pernah dengar bahawa dalam dunia ini tiada istilah kebetulan. Semuanya adalah dirancang oleh ALLAH.

Maka kalau benar wujud 2 program ini sebagai perpecahan, culprit sebenar adalah ALLAH. ALLAHlah yang ingin memecah belahkan manusia.

Bukan setakat 2 program ini sahaja, tapi juga program-program yang lalu. ALLAHlah penjenayah yang merancang segalanya untuk memecah belahkan manusia (Kalau anda berpandangan program tersebut memecahkan kesatuan).

Tambahan, manusia selalu guna ayat “They planned and Allah planned, and Allah is the best of planners.” Tapi tak ramai yang sedar bahawa perkataan “makara” (plan) dalam ayat tersebut membawa konotasi negatif, atau lebih tepat lagi, “conspiracy”.

Sebenarnya kita bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak, cuma kesimpulan akhir yang ingin kita buat adalah: Baik buruk yang terjadi dalam hidup semuanya datang dari ALLAH. Kalau anda tidak dapat menerima tajuk post ini, maka belum cukup lagi anda beriman dengan qada’ dan qadar.

Ramai orang suka sembang. Tapi tindakan tiada. Nampak akhawat freehair di Universiti, balik rumah tulis status Facebook kutuk mengutuk “semua ini kerana Biro Ekonomi kurang tarbiah”. Tapi kalau kita tanya apa yang beliau lakukan waktu nampak akhawat tersebut, seribu alasan diberi “ana tak pukul akhawat”.

Kita tahu kerana kita pun begitu, bercakap sembang memang sedap. Tak kira di Facebook, mesyuarat agung dsb, memang sedap dan berkobar-kobar. Tapi bertindak memang sukar.

Kesan, akibat, peristiwa yang terjadi semuanya ALLAH yang beri; Berpecah, bersatu, hidup, mati, beriman, kufur, bertudung, freehair. Tapi apa yang kita telah buat supaya ALLAH bagi hasil yang terbaik? Sama-sama kita fikir dan amalkan.

Mungkin contoh dalam post ini terlalu ekstrem, sila abaikan. Kita tiada modal untuk menulis sebenarnya. Merapu-rapu tiba-tiba kesimpulannya entah apa entah. Memang sah tidak pandai menulis.

Bulan April adalah Medicophilic Month. Exam Final tinggal 2 bulan lagi. Marilah kita menuju kejayaan.

IKLAN!
There will never be another you. Appreciate your life.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

4 thoughts on “Yang Buruk Juga Datang Dari ALLAH

  1. Inilah agaknya kesan tarbiyah secara tak langsung; tiap2 kelas tafaquh merakam pengajian yang disampaikan.. :)

  2. haha, bosannye dgn isu perpecahan ni…takde modal lain…lepas tu buat dalil sendiri ckp Allah plk yg memecahbelahkn, padahal sendiri yg timbulkn perkataan dan pemikiran pecah belah tu, btw ktorg tak gaduh pn :) sape nk gi sini pegi sape nk gi sane pegi, mane yg rase penting tu pegi la yg tu, then lg satu tak tau kt mane tempat tu, haha, lawak jgk, hafiz adam yg genius ni, takkaaan la tak tau, dh lame kot duduk mesir, be wise

    btw, jgn nk tafsir sendiri ayat tu kalau tak tau maksud yg sebenar, ever heard of if we fail to plan, we plan to fail? ya it’s the same like what we have done before, plan utk ummah, bkn duduk saje2 dan update blog tentang snsd dan sebagainye, n ini bkn kebetulan ini mmg suratan, mmg kami same2 plan utk program kami tu, tp takde lah cetek sgt smpi tibe2 nk panggil Dr. Harlina yg busy sgt tu semata2 nk gaduh program dgn ISMA, sooo absurd

  3. Maka kalau benar(ape maksud klu benar tu?) wujud 2 program ini sebagai perpecahan (tibe2 ade perpecahan, huh?), culprit sebenar adalah ALLAH. ALLAHlah yang ingin memecah belahkan manusia.

    Bukan setakat 2 program ini sahaja, tapi juga program-program yang lalu. ALLAHlah penjenayah yang merancang segalanya untuk memecah belahkan manusia (Kalau anda berpandangan program tersebut memecahkan kesatuan).

    Tambahan, manusia selalu guna ayat “They planned and Allah planned, and Allah is the best of planners.” Tapi tak ramai yang sedar bahawa perkataan “makara” (plan) dalam ayat tersebut membawa konotasi negatif, atau lebih tepat lagi, “conspiracy”.

    ni kenyataan paling bodoh yg pernah dibace, kpd all the juniors, jgn terpengaruh, n klu ko nk tahu, aku tak pro ISMA or IKRAM, dan ape yg plg panas skrg ni adalah ko memandai2 buat kesimpulan bodoh ni, dgn mengeluarkan ‘dalil’ bernas ko yg Allah yg memecahbelahkn(kononnye) antara due perkara ni, padahal BUKTI yg ckp perpecah belahan tu pn TAKDE, ade ko nmpk due pihak ni bertarik rambut or pukul-memukul ke?

    ini sesuatu yg memalukan, memalukn sekolah ko, memalukan mak ayah ko, memalukan university ko, memalukan kaum kerabat ko, memalukan cikgu2 yg pernah atau sedang ajar ko…malu, malu, tula suruh pegi blaja asas2 islam or tarbiyyah islamiyyah ke or buku2 yg mengangkat skit minda ko tu tak nk, sekarang ko buktikan la, mane ko dpt idea2 utk kesimpulan ko ni?
    atau NAFSU SEMATA!

    (p/s: cara kte berckp dgn seseeorg tu kene mengikut ‘level’ die la kn, atau cara die fikir)

Leave a Reply to intisardinCancel reply