Archives for July, 2012

image-1547

Celebrate Dengan Charity

Nampaknya untuk Anniversary Girls' Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls' Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini. Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin. Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan ...
Click here to read more »

image-1539

Malunya Tak Dapat Jayyid

Alhamdulillah keputusan akhir Tahun Empat telah diumumkan semalam. Bila banyak sangat ambil exam, kita jadi lupa result setiap tahun. Maka kalau orang tanya Tahun Dua dapat berapa memang takkan dijawab kerana dah lupa. Belum lagi orang tanya waktu mengulang Tahun Dua, exam Dur Tani subjek apa memang sawan on the spot sebab otak tak dapat memproses jawapan. Maka setiap kali result keluar kena buat post ringkas supaya boleh jadi rujukan nanti. Bila ada rujukan boleh nilai prestasi setiap tahun, boleh buat ...
Click here to read more »

image-1527

Kuasa Media

Lama blog ini tidak di-update. Tapi Twitter dan Facebook elok dikemaskini setiap hari. Maka kita akan penuhkan blog ini dengan rapuan tentang cerita-cerita yang ditonton sepanjang cuti ini hinggalah idea menulis datang kembali. Kita mulakan dengan filem Nobody to Watch Over Me ini :D Info Filem: AsianWiki Watak utama dalam filem ini adalah Koichi Sato (Katsuura) dan Shida Mirai (Saori). Shida Mirai memang actress favourite terutama selepas drama 14 Sai no Haha. Mula-mula kenal dalam drama Queen's Classroom bersama dengan Amami Yuki. Shida ...
Click here to read more »
image-1515

Tarbiah Membayar Hutang

Sistem pinjaman menurut Islam memang diketahui secara umum, lebih-lebih lagi sewaktu pergelutan kes PTPTN dan bayaran tambahan 4% yang dikenakan adakah menepati syariah atau tidak. Itu sebelum polemik pendidikan percuma dan debat-debat yang diadakan lanjutan daripada polemik tersebut. Antara yang ditekankan dalam sistem pinjaman menurut Islam adalah nilai bayaran balik pinjaman adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada nilai yang dipinjam. Secara kasarnya wajib dibayar begitu. Caj tambahan adalah riba jika ditetapkan sejak awal dan riba adalah haram. Namun begitu, sekiranya ...
Click here to read more »
image-1502

Abby, Politik dan Facebook

Tengah malam buta ni jalan-jalan baca Twitter, terjumpa satu link: Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi. Cerita politik yang menarik untuk dibaca adalah komen-komen di bawah sebenarnya. Finaz Yunus baru diserang dalam satu status dah deactivate Page beliau. Abby Abadi diserang maki hamun setiap hari di Facebook dan Twitter selamba kontrol macho. Agaknya inilah tarbiyyah hasil bergiat sebagai anak seni yang penuh mehnah dan tribulasi, membuatkan golongan artis adalah golongan yang kental dalam perjuangan. Bukan setakat tak ...
Click here to read more »
image-1491

Esok Hantar Buku Nota

Waktu belajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (PQS) dulu, Ustajah suruh buat buku nota. Buku nota tersebut saiz A4, ringkasan daripada perenggan-perenggan dalam buku teks dalam bentuk keyword penting. Kalau kreatif buat peta minda dan guna pen warna-warni lukis apa saja hiasan dalam buku tersebut. Tapi selalunya kalau siapkan buku nota tersebut, tak pernah dibaca pun waktu peperiksaan walaupun ianya ringkasan. Mungkin kerana jawi tulisan tangan dalam buku tersebut sangat hodoh tak mampu dibaca manusia maka lebih rela membaca perenggan demi perenggan ...
Click here to read more »