Celebrate Dengan Charity


Nampaknya untuk Anniversary Girls’ Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls’ Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini.

Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin.

Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan untuk menyumbang kepada gereja walaupun tujuannya baik.

Bab hukum kita tak berani nak kata kerana ADRA ditubuhkan untuk memberi bantuan kemanusiaan, bukan menyokong gereja. Cuma bila di bawah pihak gereja sudah tentulah paling kurang ada unsur-unsur mempromosikan Kristian di situ. Maka apa salahnya kalau kita mencari alternatif lain yang tidak menimbulkan keraguan, kan?

Cuma kali ini ingin membawa isu sambutan dengan cara mengadakan fundraising. Mungkin berguna jika anda ingin mengadakan Sambutan Jubli Emas persatuan atau organisasi, sebagai aktiviti kemasyarakatan.

Sebagai pelajar perubatan, kita tertarik dengan fundraising Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) untuk bantuan bencana alam. Sebagai badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana badan kerajaan, agama mahupun etnik, ia adalah pilihan yang sesuai bagi setiap orang (kononnya).

Maklumat lanjut mengenai fundraising boleh rujuk Fundraising FAQ. Untung-untung kalau PERUBATAN buat, bolehlah nama diabadikan dekat sini: Our Collaborations. Haha.

Kalau tidak mampu mengadakan fundraising dalam skala besar, boleh menderma secara perseorangan: Donate. Semua derma akan disalurkan ke: Where Donations Go.

Sebagai penutup, jika anda ahli MERCY Malaysia bolehlah memuji kita dalam Annual Grand Meeting kerana menolong mempromosikan MERCY. Dulu kan MERCY pernah datang Mesir, Dr Jemilah Mahmood siap bagi ceramah waktu tersebut :D

Akhir kata, lusa birthday Tiffany; Selamat ulang tahun, moga-moga diberi hidayah. Selalu quote ayat-ayat Bible, teruja juga kalau suatu hari nanti beliau quote ayat Quran pula kan?

5hb Ogos pula Anniversary SNSD, terima kasih kerana masih di sisi. Haha.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Celebrate Dengan Charity

Leave a Reply to Zahidah MaulidaCancel reply