Malunya Tak Dapat Jayyid

Alhamdulillah keputusan akhir Tahun Empat telah diumumkan semalam. Bila banyak sangat ambil exam, kita jadi lupa result setiap tahun. Maka kalau orang tanya Tahun Dua dapat berapa memang takkan dijawab kerana dah lupa. Belum lagi orang tanya waktu mengulang Tahun Dua, exam Dur Tani subjek apa memang sawan on the spot sebab otak tak dapat memproses jawapan.

Maka setiap kali result keluar kena buat post ringkas supaya boleh jadi rujukan nanti. Bila ada rujukan boleh nilai prestasi setiap tahun, boleh buat semangat, boleh jadi bahan bukti bercerita kepada anak-anak ayahmu ini tak cemerlang pun dulu waktu kecil. Haha.

Jujurnya sangat bersyukur dengan keputusan ini sebab rasa macam gagal lagi banyak lepas habis jawab setiap subjek. Rasa macam keputusan Maqbul (Lulus) itu tak layak dibandingkan dengan usaha.

Community Medicine dah lah tak ambil OSPE (Objectively Structured Performance Evaluation), hinggakan Head of Department, Dr. Maha melilau mencari nak tanya kenapa tak ambil. Kemudian boleh pula tersilap tarikh exam menyebabkan cuma study 2 hari sebelum Written, menghabiskan 2 biji buku berjumlah 1000 mukasurat.

Ophthal lagi kasar, cuma sempat baca setakat tajuk Sclera. Tajuk Sclera dalam buku teks boleh dikatakan tengah-tengah. Kiranya separuh buku tak baca, kemudian pergi exam dengan bodohnya. Separuh yang dibaca bukannya hafal pun.

ENT (Ear, Nose & Throat) pula dah berbelit tertukar fakta. Hinggakan dalam fikiran kalau Treatment kita bagi yang ganas-ganas; semua Otitis Media kita bagi Radical Mastoidectomy, semua Stridor kita bagi Total Laryngectomy.

Forensic pun sama, bahagian Toxicology memang tak hafal langsung walaupun sempat habiskan semua. Maka bila lihat soalan memang bahagian Toxic jadi blank. Bahagian Forensic pula markah 10 cuma jawab 2 baris. Expected lah failed kan?

Kalau kita jadi Dean Faculty memang akan gagalkan pelajar seperti ini; main-main dengan exam macam tak nak lulus. Malangnya yang bagi kita result adalah ALLAH yang Maha Pemurah. Lulus tiga subjek, bakal mengambil peperiksaan ulangan (Dur Tani) Forensic, September ini.

Mungkin ini berkat wali ALLAH di sekeliling yang sentiasa mendoakan. Dosa kita bertimbun-timbun, amalan pula tak seberapa. Mencarut hari-hari, puasa yang-yok, solat tenggelam timbul, al-Quran entah di mana, zakat malas nak keluar, haji belum pergi. Nak berdoa pun segan. Kita tak pernah bertegur sapa dengan seorang manusia tiba-tiba minta yang bukan-bukan, tak rasa malu? Maka sangat berterima kasih kepada wali-wali ALLAH yang mendoakan.

Bila dah berkali-kali gagal rasa macam tiada apa dah, Dur Tani adalah routine. Cuma kali ini rasa sedikit sedih bila ComMed semua orang dapat Jayyid (Baik), kita seorang sahaja yang Maqbul (Lulus). Nampak sangat kita tak cemerlang kan?

Marilah kita bertaubat. Moga-moga dapat Jayyid seperti mereka juga.

p/s: Nah baca tulisan wali ALLAH Ami Farhani, Tips Menghadapi Dur Tani bagi mereka yang first time kena Dur :D

IKLAN!
Sokong kontinjen Malaysia dalam Olimpik 2012 hukum dia harus kan?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain