Archives for August, 2012

Entry sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
Mak pernah pesan, 'Orang miskin kena buat cara miskin. Tak boleh ikut gaya hidup orang kaya.'
Ramai manusia berlagak kaya walaupun sebenarnya miskin. Orang lain ada gadget mahal, dia pun nak juga gadget mahal. Umpama kanak-kanak, bila mahukan sesuatu dia tak kisah mahal atau murah. Yang penting dapat.
Tapi kita sebagai dewasa, kita kena sesuaikan kehendak dengan kemampuan. Kena waras dalam membuat pilihan. Mana penting, mana tak penting.
Selaku orang miskin, maka banyaklah pakaian yang koyak rabak kita ...

Penulisan malam 27 Ramadan.
Keratan berita dari PERUBATANonline: Yahoo @ Beijing Beri 1001 Manfaat
Tertanya-tanya juga apa 1001 manfaat yang diperolehi? Kenapa 1001, bukan 1000 atau 1002? Adakah semua orang memperolehi 1001 manfaat tersebut?
Orang kata '1001 manfaat' di situ bermaksud betapa banyaknya manfaat yang diperolehi daripada program Yahoo @ Beijing. Tak kisahlah walaupun tak mencapai 1001 sekalipun. Mungkin juga manfaat yang diperolehi lebih daripada 1001, siapa tahu.
Sama juga dengan pernyataan 'Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan' dalam surah al-Qadr di bawah.
Kenapa ...

'Takut aku kucing ni, besar gila!'
'Aku pun geli nak pegang.'
'Buruknya, macam anjing muka dia.'
Semalam rumah kami Setinggan Ganglion Tibb menerima penyewa baru. Namanya Smokey. Ibunya outstation ke Malaysia hingga bulan September ini maka Smokey menyewa di rumah ini untuk sementara.
Smokey ada 2 ekor anak. Seekor putih seekor hitam. Tapi Ibu kata belum ada nama lagi.
Nama Smokey (asap) ni sebab muka dia hitam ke eh? =P Smokey payah nak sebut maka kita panggil Nurul Kie Key je la eh? Ibu tak ...

Nine Girls, Five Years, One Love.
Begitulah tema Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Generasi Akhawat yang kelima pada tahun ini.
5 years and still counting...
new TWTR.Widget({
version: 2,
type: 'search',
search: '#5thAnnivGirlsGeneration',
interval: 30000,
title: 'Girls Generation 5th Anniversary',
subject: '#5thAnnivGirlsGeneration',
width: 500,
height: 300,
theme: {
shell: {
background: '#f52888',
color: '#ffffff'
},
tweets: ...

Penyertaan kedua Nom Nom Nyam Nyam ini datangnya daripada adik Aini berasal dari Perak. Adik ini kata dia yang masak tapi kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mungkin emak masak, adik Aini tolong beli bahan, mana kita tahu.
Adik Aini menghantar DUA masakan untuk dinilai. Terima kasih kerana bersusah payah menghantar penyertaan dari jauh.
NAMA MASAKAN #1:
Agaknya adik Aini tahu rumah kita menerima penyewa baru bernama Smokey, maka beliau menghantar kuih ini yang dinamakan Kuih Terbakar.
Tapi kita lihat kuih ini tak hangus pun, adakah ...

Dah lama tidak menulis tentang buku. Bila tak menulis tentang buku bagaimana nak dapat komisen promosi kan? Haha.
Kali ini kita bercerita tentang koleksi cerpen. Jemari Seni agak menarik, menggunakan istilah Tiga Ceritera Dalam Sebuah __. Biasanya orang guna Antologi __. Cuma tak boleh dikatakan cerpen kerana panjang hingga beratus-ratus muka surat. Novel mini mungkin?
Kita mulakan dengan Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna. Koleksi ini memuatkan hasil karya Nazurah Aishah, Rnysa, dan Nasz. Kejian di bawah adalah mengikut suka hati, bukan susunan ...

Bosan pula rasa update di Facebook dan Twitter. Menggelepar di blog lagi best walaupun tiada orang baca.
Penyertaan Nom Nom Nyam Nyam kali ini daripada Wnha Ws dan Ami Farhani. Terima kasih kerana menghantar kepada kami untuk dinilai.
Nota: Kurma dan air dijual berasingan
NAMA MASAKAN:
Sewaktu disoal nama masakan ini, Ami Farhani menjawab 'Entah-Hadhirah-Masak-Apa-Entah'. Kita pun tidak tahu menahu tentang nama makanan maka tidak mahu menyebut sembarangan nanti salah kita yang malu.tapi ini nama dia Caramel Coffee kan?
'Karamel itu benda hangus yang ...