“Takut aku kucing ni, besar gila!”
“Aku pun geli nak pegang.”
“Buruknya, macam anjing muka dia.”


Semalam rumah kami Setinggan Ganglion Tibb menerima penyewa baru. Namanya Smokey. Ibunya outstation ke Malaysia hingga bulan September ini maka Smokey menyewa di rumah ini untuk sementara.

Smokey ada 2 ekor anak. Seekor putih seekor hitam. Tapi Ibu kata belum ada nama lagi.

Nama Smokey (asap) ni sebab muka dia hitam ke eh? =P Smokey payah nak sebut maka kita panggil Nurul Kie Key je la eh? Ibu tak marah kan? :)

Kasihan Key dulu duduk banglo besar villa mewah. Ada katil besar, ada swimming pool, ada chef terkenal, ada doktor peribadi, persekitaran nyaman dan bersih. Sekarang terpaksa duduk setinggan merempat, katil tiada, makan sisa manusia, tempat kotor berhabuk, kutu lipas pijat semut lipan kala jengking merayap.

Maaflah ya Key, kita tak kaya macam Ibu. Kalau kaya kita dah lama balik Malaysia. Tapi kita harap Key gembira temankan YoonA di sini :)

p/s: dulu ada YoonA (SNSD), sekarang Key (Shinee). kalau tiba-tiba datang nama 2 ekor anak tu Kyu (Super Junior) ke, Kai (EXO) ke, Krystal (Fx) ke, dah boleh jadi SMTown dah bilik kita ni XD