Penulisan malam 27 Ramadan.

Keratan berita dari PERUBATANonline: Yahoo @ Beijing Beri 1001 Manfaat

Tertanya-tanya juga apa 1001 manfaat yang diperolehi? Kenapa 1001, bukan 1000 atau 1002? Adakah semua orang memperolehi 1001 manfaat tersebut?

Orang kata “1001 manfaat” di situ bermaksud betapa banyaknya manfaat yang diperolehi daripada program Yahoo @ Beijing. Tak kisahlah walaupun tak mencapai 1001 sekalipun. Mungkin juga manfaat yang diperolehi lebih daripada 1001, siapa tahu.

Sama juga dengan pernyataan “Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan” dalam surah al-Qadr di bawah.

Kenapa mesti 1000? Bukan 99 atau 12 bulan?

Dalam tafsiran saintifik menggunakan angka-angka 83 tahun dan sebagainya, ramai terlepas pandang tafsiran falsafah – 1000 bulan menggambarkan keutamaan dan keagungan malam tersebut, bukanlah pahala malam tersebut bersamaan 1000 bulan. Mungkin sahaja ibadah malam tersebut diberi ganjaran pahala lebih 1000 tahun.

Maka persoalannya kenapa malam Lailatul Qadar diberi keutamaan sedemikian? Kenapa di hujung Ramadan 10 malam terakhir, bukan awal Ramadan waktu ramai manusia bersemangat memenuhkan masjid dengan terawih dan qiam?

Kalau Googletanda malam lailatul qadar” ramai juga terlepas pandang tanda ini:

Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

dek kerana asyiknya dengan tanda:

Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang.

Kalaulah awal Ramadan dianggap waktu membiasakan diri, melatih beribadah, maka bolehlah kita ibaratkan malam-malam yang terakhir sebagai malam melatih keikhlasan.


Mungkin sahaja malam penuh ketenangan yang dimaksudkan adalah malam yang dekat dengan Tuhan, maka bagaimana mahu dekat dekat Tuhan kalau tiada keikhlasan? Masih mengira-ngira bertaruh untung dan rugi dengan ibadah yang bakal dikerjakan.

Apakah ganjaran yang lebih baik selain daripada ibadat kita diterima di sisi ALLAH? Bukankah syarat diterima adalah ikhlas?

Kesimpulannya, malam Lailatul Qadar bukan untuk dicari tapi mesti dicipta sendiri #TeoriSongsang. Jom ikhlaskan diri menemui Tuhan, bukan Ramadan sahaja tapi bulan-bulan yang lain juga! ;)

IKLAN!
Soalan bonus: Apa erti Ramadan dan Aidilfitri kepada anda?