Bosan pula rasa update di Facebook dan Twitter. Menggelepar di blog lagi best walaupun tiada orang baca.

Penyertaan Nom Nom Nyam Nyam kali ini daripada Wnha Ws dan Ami Farhani. Terima kasih kerana menghantar kepada kami untuk dinilai.

Nota: Kurma dan air dijual berasingan


NAMA MASAKAN:

Sewaktu disoal nama masakan ini, Ami Farhani menjawab “Entah-Hadhirah-Masak-Apa-Entah“. Kita pun tidak tahu menahu tentang nama makanan maka tidak mahu menyebut sembarangan nanti salah kita yang malu.tapi ini nama dia Caramel Coffee kan?

“Karamel itu benda hangus yang sedap”
Karamel (Nasz) [Tiga Ceritera Dalam Satu Warna]-

KATA ORANG:

“Kurang manis, menyebabkan kurang muak” – Tambah 1 markah.

“Dipotong cantik” – Tambah 1 markah.

“Tapi waktu berbuka ni, air lagi sedap.” – Tolak 1 markah.

MARKAH:

7 / 9 akhawat SNSD

KESIMPULAN:

Layak dijadikan sajian petang untuk suami tercinta.


Waktu kita rajin masak di dapur barulah ada yang hantar makanan. Bagaimana mahu dihabiskan? Dah lah duduk seorang.

Untuk mendapatkan review tentang masakan anda boleh menghantar kepada kami di alamat Rumah Atas Basyandi, Tingkat 1, Mounira.