Server Transfer

Hari ini selesai pembayaran untuk pemindahan hosting PERUBATANonline ke syarikat yang lain. Proses seterusnya mungkin mengambil masa seminggu, atau kurang.

PERUBATANonline bermula pada Julai 2007 bersama Internet-Webhosting dengan bayaran serendah RM120. Setelah 5 tahun, kami membuat keputusan untuk berpindah ke Server Freak.

Ia bukan keputusan yang mudah. Setiap kali web dilanda masalah, setiap kali itulah akan ada perbincangan penyelesaian. Menukar hosting adalah salah satu cadangan.

3-4 tahun dahulu menukar hosting memang bukan penyelesaian. Tiada hosting yang sempurna di dunia ini. Pasti akan ada masalah pada suatu masa dan ketika. Maka idea ini ditolak mentah-mentah.

Tapi sekarang cadangan ini diterima setelah perbincangan kedai-kopi di Facebook dan carian review hosting di Google.

Internet-Webhosting bukan tidak bagus, malah untuk mereka yang memerlukan website secara kecil-kecilan atau blog peribadi, pakej Internet-Webhosting cukup memuaskan hati. Bayaran murah, ruang besar dan banyak fungsi yang membolehkan anda bereksperimen dan bermain dengan banyak perkara. Support Center juga sangat membantu tanpa sebarang kerenah. Aduan dijawab kurang dari sejam. Malah PERUBATANonline pernah ditambah bandwidth sebanyak 30GB tanpa bayaran tambahan.

Maka sangat berat hati untuk berpindah namun tetap optimis ia menjanjikan suatu pengalaman baru. Blog ini masih bersama Internet-Webhosting dan tidak bercadang untuk turut berpindah kerana tiada keperluan.

Image cropp dari http://www.100webhosting.com/web-hosting-types-comparison-infographic

5 tahun dahulu kami menyewa sebuah apartment di sebuah bangunan dengan 2 buah bilik. Waktu itu cuma ayah dan ibu serta anak sulung yang menginap di rumah tersebut.

Sekarang Acik, Angah, Ateh dan Usu masuk sekali tinggal bersama-sama. Maka apartment tersebut sudah tidak sesuai lagi untuk kami semua. Tambahan pula Along dan Angah sudah ingin berumah tangga.

Maka kami telah berpindah ke Apartment baru. Menurut first impression dan pandangan daripada orang ramai, apartment tersebut sesuai untuk kami semua. Tapi kami tidak akan tahu sehinggalah benar-benar duduk di situ untuk seketika waktu.

Apartment memang bukan untuk keluarga yang besar seperti kami. Maka untuk memiliki sebuah Detached House, kami memerlukan sumbangan kerana ia memakan kos beribu-ribu ringgit. Mereka yang berminat membantu walau RM50 setahun dialu-alukan untuk menghubungi emel [email protected]

Mesyuarat Agung Khas akan datang bakal membincangkan struktur Perlembagaan dan hal-hal berbangkit berkaitan Majlis Tertinggi PERUBATAN. Sudah tentu laman web terlibat sama. Harapan agar semuanya berjalan lancar.

Cahaya di hujung terowong sudah mula kelihatan. Sudah tiba masanya saya keluar dan menolak orang lain ke dalam terowong ini. Doakan.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain