Zaujah Ana

Ini pos sebelum kita bernikah. Selepas bernikah mungkin perasaan sewaktu pos ini ditulis akan berubah.

Bila akhawat dah berkahwin maka secara automatiknya akhawat tersebut mendapat gelaran baru – zaujah.

Secara umumnya, ada dua larangan ganjil apabila sudah bergelar zaujah.


1. Panggilan Nama

Haram hukumnya menyebut nama zaujah. Tak kisah siapa pun anda.

Suami mesti menyebut “zaujah ana” atau “orang rumah” atau hanya “zaujah“. Contoh ayat, “Zaujah waktu mengandung dulu selalu muntah.”

Orang lain mesti menyebut “zaujah enta” atau “orang rumah enta” atau “isteri Hafiz“. Contoh ayat, “Cuba tanya isteri Hafiz mengenai program esok.”

Maka tidak hairanlah kalau nama isteri rakan sendiri pun tak tahu. Kalau memang betul tak tahu, boleh dimaafkan tapi kalau sudah setahun berkahwin adalah sangat melampau tidak mengetahui nama isteri rakan serumah.

Nama adalah suatu panggilan yang mulia. Malah satu doa. Kenapa tak guna nama sebagai panggilan kata ganti diri? Ini adalah suatu keganjilan.

Tapi yalah, nak sebut nama mesti kena pada situasi. Semua bijak kan =)


2. Rumah Terbuka

Selepas kahwin, rakan kita sudah pasti akan berpindah ke rumah baru. Maka seperti biasa akan diadakan kenduri/majlis memanaskan rumah (house warming) dan diajak rakan-rakan bertandang menikmati juadah yang disediakan.

Malangnya yang ada di rumah cuma suami terkontang kanting melayan tetamu. Isteri samada keluar melepak di rumah rakan-rakan atau berkurung di dalam bilik. Maka kami pun tertanya-tanya ini rumah bujang atau rumah pengantin?

Kalau buat majlis memanaskan rumah, ajak isteri layan tetamu sekali. Bukan suruh dia suap nasi, tapi sekurang-kurangnya duduk di dapur kalau-kalau tetamu perlukan lauk tambah. Maklumlah lelaki kan kuat makan.

Nak lagi ganas, duduk sebelah suami sewaktu dia berborak dengan tetamu. Duduk senyap pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya tetamu akan behave =P

Saranan ini supaya suami boleh kenalkan, “Ini isteri aku” dan isteri boleh kenal, “Ini rakan baik abang”. Nak malu apa, bukannya suruh isteri menari depan lelaki ajnabi.

Jangan bicara soal ikhtilat di sini kerana zaujah enta tiap-tiap hari berikhtilat dengan lelaki di sekolah dan persatuan.


Keganjilan ini cuma perasaan sepanjang 7 tahun bergaul dalam masyarakat yang berkahwin beranak-pinak. Ini bukanlah generalization kerana ramai sudah tidak melakukan keganjilan ini. Bukan juga sesuatu yang absolute kerana ada manusia tidak merasakan ini adalah keganjilan.

Cuma kita selaku manusia yang sudah terbiasa dengan pergaulan orang tua sedikit sebanyak merasa ganjil bila bersama orang muda. Mungkin berbeza tarbiah.

Akhirnya, ini hanyalah perasaan peribadi. Terpulang. Di bawah kan ada ruang komen. XD


Kredit gambar: Fb Thuaibah Abd Ghani | Cinta25hb

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

6 thoughts on “Zaujah Ana

  1. student malaysia kat mesir ni memang bajet sikah selalu tak tentu pasal dan tak bertempat. menyampah! padahal kat malaysia buat lain, kat sini lain pulak. Apepun adab penting, kadang2 sikah tak bertempat sampai calarkan perasaan org sekeliling tu namanya tak de adab. tp diorg tak sedar sbb bajet buat benda ‘islamik’.

    1. sebab tu kita tegur.
      kita nak bawak pembaharuan kepada budaya asal, bukan bawak benda baru yang tak pernah diamalkan budaya asal. ada beza kat situ :)

  2. Mmg poyo org yg sembunyikan bini dari tetamu. Kdg2 siap tetamu tu kawan bini tu jgk. Tp ye lah, mgkn haram kot ikhtilat mcmtu. Lagi2 kat kawasan tertutup i.e dalam rumah. Tsk3~

  3. Setuju abang hafiz !!!
    Benda ni yang saya selalu terfikir.
    Tak boleh ke lepas kawen, kawan2 kepada isteri jadi kawan kepada suami.
    macam parent kita pegi rumah kawan dia. Sembang semeja. Tak lah krik2.

Leave a Reply to Hafiz AdamCancel reply