Pelajar Tidur Bertemankan Senjata

DSC02843

Mounira, 8 Julai – Bimbang dengan keadaan Mesir yang tidak menentu, pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah kini bersedia dengan apa jua cara demi keselamatan mereka. Sebelum ini mereka menyimpan parang dan pisau di bawah bantal namun kini ada yang membawa senjata api bersama-sama.

Penempatan mereka yang cuma 2km dari Dataran Tahrir, menambah lagi kegusaran. Baru-baru ini dilaporkan berlaku pertempuran di Manial, bersebelahan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah yang mengorbankan puluhan nyawa dan menghabiskan bergelen-gelen darah.

Beberapa pelajar yang ingin melarikan diri dengan pulang ke Malaysia juga menzahirkan kebimbangan kerana jalan-jalan utama di sekitar mereka ditutup dan pengangkutan awam tidak beroperasi.

Sumber: PERUBATAN-Today – Truth Doesnt Matter

DSC02844
Kami semua sedang bersuka ria di sini. Ibu bapa sanak saudara sepupu sepapat cicit piut di Malaysia tak perlu risau. Media Malaysia memang suka exaggerate. Kalau tidak, tak laku la akhbar mereka.

Budak-budak yang keluarkan kenyataan akhbar cerita bukan-bukan memang layak diberi kaki. Majlis Keselamatan Negara sendiri buat keputusan keadaan Mesir masih lampu hijau.

Mesir ni memang bahaya, tapi bahayanya cuma kalau tak ikut arahan. Ada yang pergi kawasan demonstrasi, ada yang jalan seorang diri, memang layak dipukul dan dirompak. Perempuan pula ada yang keluar malam, degil tak ikut cakap abang-abang, memang layak dirogol bertubi-tubi.

Mohon ibubapa ajar sikit anak-anak yang begini.

Jangan lupa dapatkan liputan terkini dan tepat mengenai situasi di Mesir hanya daripada pautan berikut:

IKLAN!
Anak-anak perantauan yang tak pulang beraya mesti klik iklan ini. Hantar ucapan maaf the awesome way. Interface dia comel gila.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain