Ah, Rupanya Inilah Realiti

Dah 2 kali exam klinikal. Sekali mid-round General, sekali end-round Special (Tropical).

Dua-dua exam pergi tanpa persediaan. Sampai di tempat exam baru terhegeh nak buka buku sambil dengar-dengar apa yang budak-budak bincang. Biasalah, moto kami adalah “Kalau study gila-gila pun bukannya cemerlang.” Haha.

Macam-macam ragam yang boleh lihat waktu exam, rasa perlu tulis supaya tak lupa. Sebab exam klinikal cerminan realiti nanti.
facebook-tm-akmalhakim
Ada orang dapat soalan mudah gila. “Examine the eye.” Tengok jaundice, tengok pallor. Selesai boleh balik. Samalah kita asyik fikir benda yang rare, payah, sukar, tapi hakikat dia kita akan jumpa kes common, mudah, yang biasanya kita selalu neglect. Vaccination schedule untuk Hepatitis B.

Ada orang dapat doktor baik gila. Panggil student ramai-ramai kemudian discuss tentang patient. Tiba-tiba waktu exam jadi seperti waktu kuliah. Rasa nervous, cuak, takut tadi terus hilang. Rupanya ada benda yang kita rasa susah, satu masa nanti bila kita berani berdepan terus jadi mudah.

Ada orang dapat doktor taraf malignant stage 4. Maki-maki, kutuk-kutuk, buat muka psiko. Memang kita rasa tak puas hati. Tapi, kalau hanya waktu exam kita jumpa manusia sebegini dah rasa stress, mampukah nanti kita hadapi manusia malignant lain setiap hari? Dr Muhammad Ibrahim baru abuse kepala sekali dah takut, bagaimana nak menghadap muka beliau lain hari?

Ada orang dapat patient langsung tak cooperative. Hasilnya kita nak buat arahan exam pun tak boleh. Agak-agak nanti kita akan jumpa tak patient sebegini yang tak compliant? Tak nak jumpa doktor bila sakit. Mudah percaya promosi karut air anai-anai yang makan 30 juzuk Quran. Agaknya bagaimana kita nak handle? Bayar patient? Haha

Ada orang tiba-tiba dapat soalan yang asalnya dikhabarkan cancelled dalam exam. Tak puas hati exam tak ikut rules. Baru kita sedar, kena well prepared untuk semua keadaan. Pesakit datang clinical picture benign, rupanya malignant. Masih banyak yang kita perlu belajar. Realiti bukan apa yang kita inginkan, tapi apa yang orang lain mahukan.

Ada orang tahu semua teori tapi bila suruh examine cranial nerves, kaku tak tahu nak mula dari mana. Buat pun salah. Ilmu kita rupanya belum cukup, masih banyak yang perlu dipelajari. Sejak tahun lepas rasa heart beat, masih belum tahu bagaimana perasaan hyperdynamic, slapping, atau heaving apex.

Ah, rupanya inilah realiti. Tak boleh dah jadi manja tak puas hati dengan semua benda. Sebab exam dicipta bukan untuk meluluskan, tapi untuk menggagalkan semua pelajar.
DSC02998
Tiap-tiap kali exam klinikal moga-moga saya akan terus ingat, “Tempat ini nama sahaja dewan exam, tapi sebenarnya tempat kita belajar sesuatu.”


Kredit gambar: FB Tuan Akmalhakim

IKLAN!
Game popular waktu kecik – cari perbezaan dua gambar.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Ah, Rupanya Inilah Realiti

  1. Setuju. Suka dengan ayat akhir tu. “Tempat ini nama sahaja dewan exam, tapi sebenarnya tempat kita belajar sesuatu.”

    Pada saya pun, fokus utama bukanlah soal kita boleh jawab atau tidak. Apa yang lebih penting, adakah kita belajar sesuatu atau tidak.

    Sepanjang oral dan clinical exam di Mesir, selalunya kalau bukan soalan yang mencabar, dapat pula doktor yang mencabar. Sampai menangis-nangis dan terbawa-bawa dalam mimpi pun ada. Alhamdulillah, pengalaman beginilah yang lebih banyak memberi pelajaran hidup.

    Memang kita nak dapat markah terbaik, tapi apalah gunanya jika sekadar itu sahaja yang kita dapat, kan?

Leave a Reply to AmiCancel reply