Sekarang sedang heboh isu doktor lelaki menyambut wanita bersalin. Hingga timbul petition online menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia membuat tindakan agresif menangani masalah ini.

Saya malas nak komen lebih sebab kita ada ramai sheikh-online dan ulama-jadian dalam isu ini. Doktor Harlina pun ada tulis di blog beliau, tulisan emosional kala PMS daripada doktor perempuan pun ada, tambah lagi dengan status Facebook bertimbun-timbun orang Share sampai saya lost count dan tak mampu nak cari balik untuk kongsi di sini.

Kawan-kawan doktor pun selalu tulis status pasal kerenah orang awam, maka saya cadangkan anda semua Follow Dr Leokid dan Dr Fahmi ini kerana mereka memang suka membebel. Seronok baca. Mungkin mereka perlu consider buka Fan Page selepas ini.

Fatwa Dar-Ifta Mesir tentang keharusan perempuan dirawat doktor lelaki sewaktu mengandung dan bersalin.

petition-kkm
Kali ini saya tertarik dengan soalan yang biasa diajukan tatkala puak pro-doktor-lelaki-tengok-vagina mempertahankan pendirian mereka, “Kalau isteri kau bersalin, kau nak doktor lelaki atau doktor perempuan sambut?”

Ok tak mengapa, kita pergi soalan yang lebih menyentuh jiwa, “Kalau kau ada syphilis, boleh tak kalau doktor perempuan periksa?” (Mungkin muka saya muka makan perempuan hingga terjangkit penyakit seksual. Mungkin.)

BOLEH TAK KALAU DOKTOR PEREMPUAN NAK TENGOK?

Secara umumnya saya kata boleh. Sebab saya sakit, dan beliau mempunyai kepakaran dalam sakit tersebut. Even if kena buka seluar.

Tidak auratkah? Definisi aurat adalah bahagian yang haram dilihat. Dalam keadaan sakit, bahagian tersebut tidak haram dilihat maka bukan aurat. Tak percaya cuba beritahu apakah aurat suami dan isteri? Tiada. Sebab tidak haram dilihat. Kalaupun tetap aurat, dengan sebab keperluan itu moga ALLAH ampunkan. Dosa pahala bukan hak kita.

Cuma kena faham, bila sebut ada keperluan, maka mesti sekadarnya. Keperluan maksudnya nak rawat atau nak belajar.

Sudah semestinya, ada perasaan malu. Tapi malu bukan aurat. Budak perempuan tak malu pakai pakaian ketat nampak breast, tetap mendedahkan aurat. Tak malu malah bangga tayang rambut lurus hitam ikal mayang, tetap mendedahkan aurat.

Cuma seperti biasa, perasaan malu akan bertambah kalau doktor wanita tersebut rakan sekerja kita. Biasalah kita lebih malu dengan orang yang kita kenal, dengan orang tak kenal memang kita tak malu. Lelaki atau perempuan, sama.

Dengan perempuan Melayu jarak kita 10 meter tak boleh dekat, dengan perempuan Arab kita tolak-tolak berhimpit-himpit raba-meraba. Itu benda biasa.

BOLEH TAK KALAU PELAJAR PERUBATAN NAK TENGOK?

Situasi ini lebih menyayat hati kerana selalunya dengan doktor bertugas, kita dalam ruang tertutup.

Bersama pelajar perubatan kita dalam ruang yang lebih terbuka. Situasinya 5 orang pelajar perempuan datang nak pegang testis, periksa spermatic cord. Sungguh reflexogenic.

Adatnya memang kita malu dan tak sanggup. Tapi kita semua lupa kita pernah melakukan perkara yang sama waktu belajar dahulu. Siap bayar lagi.

Sebabnya kita memang suka menjual ikan (selfish); suka memalukan orang lain tapi pantang dimalukan.

Pernah suatu ketika, kami ada patient perempuan (lupa kes apa, yang penting beliau kena dedahkan breast beliau ketika itu), beliau sudah letih sedangkan tak semua sudah lihat dan periksa beliau. Prof pada waktu tersebut pujuk, “Mereka ini pelajar-pelajar yang bakal jadi doktor hebat. Tapi nak jadi hebat kena lihat banyak kes. Kamu buat kerja yang mulia kerana bantu mereka belajar.” Kesudahannya beliau terus bertahan.

Rasa nak menangis sebab saya belum tentu boleh jadi doktor hebat dan mungkin bakal mensia-siakan pengorbanan mulia beliau.

Saya bawa kisah ini untuk buka minda, bahawa ALLAH yang bagi ganjaran. Kita bantu orang lain belajar, ALLAH bantu kita tutup aib. Siapa tahu.

KNOWLEDGE AND PRACTICE

dr-hussein-khairyDekan fakulti kami, Prof Dr Hussein Mahmoud Khairy cakap, “There’s a gap between knowledge and practice.” Maknanya tak sama antara pengetahuan dengan pengalaman.

Saranan supaya hanya doktor perempuan menyambut kelahiran memang suatu saranan yang mulia, namun bagi saya ini adalah pandangan singkat dan tidak menyeluruh serta pentingkan diri sendiri. (Peh, exaggerated gila ayat ini)

Pandang jauh ke taufan Filipina, gempa bumi Jepun, wilayah kemiskinan Sudan, agak-agak kawasan begitu hanya lelaki sahaja yang perlukan rawatan? Agak-agak waktu tersebut doktor perempuan boleh pergi ke sana untuk bantuan kecemasan? Haram suami nak benarkan. Tapi doktor lelaki yang tiada pengalaman bagaimana mahu buat keputusan? Atau mereka negara kafir tidak layak pertolongan doktor Islam?

Tidak kurang juga rungutan para suami bahawa isteri mereka terlalu sibuk di hospital. Belum sempat ejaculate, isteri dah kena pergi hospital ada panggilan emergency. Rata-rata kaki Islamis tahu keutamaan wanita untuk berada di rumah jaga suami dan anak-anak. Maka kemahuan untuk doktor perempuan berada di hospital sambut bayi hanya retorik. Mungkin juga ini alasan mereka untuk kahwin lagi sekali; isteri pertama jaga hospital, isteri kedua jaga rumah.

Solusinya? Kumpul duit pergi ke hospital swasta. Kalau tak mampu atau kecemasan, masing-masing kena hormat dua-dua pihak. Patient ada hak untuk minta supaya doktor perempuan attend isteri. Doktor lelaki pula kena minta izin nak periksa isteri. Suami duduk sekali tengok apa doktor lelaki tersebut buat, zikir “masyaALLAH” dapat tengok vagina atau doa “Allahumma nsurna” moga dipermudah segala urusan.

Tak puas hati nak bergaduh? Haha tak payahlah.

Baik kamu semua yang pro-doktor-lelaki-tengok-vagina jawab soalan; “Kalau isteri kau bersalin, boleh tak aku nak tengok?” Ruang komen ada di bawah.

IKLAN!
Like page kami untuk quote-quote best dan bermakna.