Main TikTok Rakam Perangai Gila

“Kamu datang hospital bawa dia kenapa?” Aku tanya abang pesakit.

Pesakit masuk ke zon kuning dengan tangan picit kepala. Seolah sedang sakit kepala maha kuat.

“Saya tengok perangai dia pelik hari ini.”

“Pelik macam mana ya?” Tanya lagi untuk gambaran lebih jelas.

“Saya ada ambil video.” Abang pesakit buka telefon letak atas meja.

Kami petugas kesihatan zon kuning ramai-ramai tonton. Thumbnail pesakit dengan earphone di telinga.

Habis sahaja video, kami pandang sama sendiri.

“Ini bukan tengah menari buat tiktok?”

Gelak syaitan ramai-ramai.

Begitulah tuan puan, main Tik Tok sama sahaja rupa seperti orang gila pada pandangan manusia normal. Bezanya orang gila tak rakam perangai gila dia tayang pada orang ramai di dunia maya.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain