Author Archives: Hafiz Adam - Page 4

image-2557

Origami: Jumping Frog

As seen in Prime Minister & I, starring Lee BumSoo and Im YoonA. I think this is the most accurate version to the one Nam DaJung (YoonA) taught Kwon ManSe, creating havoc when he made one using her marriage contract. Haha. Tutorial by Lachies. It is a bit difficult to follow so you can watch Tavin version. Both are the same, but in the drama they used A4 papers so I prefers Lachies version. There are some modification in step 11 and step ...
Click here to read more »

image-2535

Jangan Tunggu, Terus Berjalan

Pelajar di Mesir kalau pergi ke mana-mana, kalau tak jalan kaki mesti naik pengangkutan awam. Destinasi utama selalunya dihubungkan oleh Metro atau bas, manakala teksi bersepah-sepah atas jalan raya. Kalau seorang diri nak pergi ke mana-mana, sambil tunggu teksi atau bas memang akan berjalan (Kalau ramai-ramai tak buatlah kan). Setakat jalan kaki dari rumah ke bank Giza, atau ke Tahrir memang biasa. Dulu waktu Metro line Abbasiah belum siap, selalu juga jalan kaki dari stesen Ghamra menuju ke ARMA. Sesekali meroyan ...
Click here to read more »

image-2508

Mesej Kristianisasi Dari Maadi

Aktiviti budak-budak setiap kali habis exam - melantak. Saya pula memang pengikut setia, pernah satu kali kami keluar sedangkan esoknya saya exam Neurology. Kali ini tempat yang dituju adalah masakan Hindraf India, restoran Taj Maharaja bertempat di Maadi. Dekat dengan Metro. Geng melantak - Sayut, Jackster, Alfa. Usai makan, sambil menunggu ayam dan kambing tandoori, tikka, stew, masala - dan entah apa nama lagi - menuruni gastrointestinal tract, kami menyerbu salah satu kedai buku - Book Spot. Hajatnya cuma mahu cuci mata. ...
Click here to read more »
image-2503

Diagnosis Penyakit

Kelas klinikal pagi-pagi selalunya ada patient. Maka pelajar kena ambil history untuk tahu sejarah patient tersebut seterusnya boleh buat diagnosis dengan tepat. Namun begitu, selalunya bila masuk kelas kita akan tanya, 'Hari ini kes apa?' Sebab nak tahu spesifik apa yang perlu ditanya. Lebih kurang macam tahu jawapan terlebih dahulu, barulah kita kenal pasti ada ataupun tidak pada patient tersebut. Hari ini seperti biasa transfer cerita Jepun yang baru selesai download ke dalam hard disk, tergerak hati untuk buka episod 1 GM Odore ...
Click here to read more »
image-2500

Origami: Penguin

Balik mesyuarat Jabatan Penerbitan & Penerangan, sempat luangkan sikit masa untuk cari origami baru. Kebetulan Tadashi Mori baru release tutorial. Maka buatlah sekeping penguin, rekaan Fernando Gilgado. Tertarik nak buat sebab ada seorang manusia, jalan macam penguin, selalu minta drama daripada saya. (Haha) Buat guna lebihan kertas iklan, maka tak nampak beza warna. Hari ini hari lahir Siti Nurhaliza Tarudin, living legend dari Malaysia, trending hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza dekat Twitter. Maka jalan-jalan terjumpa persembahan Biarlah Rahsia (remix instrumental tradisional Jepun) dan Koibito Yo (lagu asal oleh ...
Click here to read more »
image-2485

“Hafez!”

Sejurus selepas meletak beg dalam Lecture Hall 8, saya lari-lari anak menuruni anak tangga bangunan Medical Education Development Center. Mahu turun ke Ground Floor bawah sekali. Tempat letaknya kedai-kedai buku dan kedai-kedai makan. 'Hafez!' Turun satu tingkat tiba-tiba ada suara panggil nama. Nada intonasi Arab selalunya budak Malaysia buat tak dengar, tapi entah kenapa rasa nak perasan dipanggil. Saya toleh ke belakang mencari-cari tuan suara. Nampak sahaja susuk tubuh tuan punya suara, 'Ah sudah.' Tangan kanan dah tekup muka. Hati menyumpah-nyumpah hikmah apakah ...
Click here to read more »
image-2482

Origami: Beruang Putih

Ini origami minggu lepas. Lupa nak post. Tapi minggu ini tak sempat nak layan origami maka ok lah, ganti. Tutorial dari TVHTOO. Masuk musim sejuk, banyak sungguh berhibernasi. Kalau tidur sehari tak cukup 12 jam memang tak sah. Macam beruang polar. IKLAN!NESCAFE + MILO + SUSU + GULA = aku tak paham kenapa orang pergi COSTACOFFEE haha
Click here to read more »
image-2468

Haiwan Dari Syurga

Tadi baru ambil hadiah tempat ketiga Pertandingan Reka Dialog Kreatif sempena Ultimate Family Outing 2013. Tak sangka boleh dapat hadiah, sebab buat pun last minute setelah gegirl tak sanggup untuk terus membaca dialog-dialog yang orang lain buat. Ilham datang sebab sengaja nak kutuk nama rumah UFO13 - Dragon, Pegasus, Kraken, Yeti, Chimera, Phoenix. Agak kejam di situ sebab kita kutuk dalam pertandingan terus. Haha. Saya memang minat cerita mitos, dewa-dewi, Cerberus, Hades, Ra, Bahamut, Ifrit, Shiva dsb sebab memang sejak kecil terdedah dengan ...
Click here to read more »
image-2458

Ah, Rupanya Inilah Realiti

Dah 2 kali exam klinikal. Sekali mid-round General, sekali end-round Special (Tropical). Dua-dua exam pergi tanpa persediaan. Sampai di tempat exam baru terhegeh nak buka buku sambil dengar-dengar apa yang budak-budak bincang. Biasalah, moto kami adalah 'Kalau study gila-gila pun bukannya cemerlang.' Haha. Macam-macam ragam yang boleh lihat waktu exam, rasa perlu tulis supaya tak lupa. Sebab exam klinikal cerminan realiti nanti. Ada orang dapat soalan mudah gila. 'Examine the eye.' Tengok jaundice, tengok pallor. Selesai boleh balik. Samalah kita asyik fikir benda ...
Click here to read more »
image-2441

Origami: Dragon Fus Ro Dah

Aktiviti zaman kanak-kanak dulu, antaranya menyepahkan rumah dengan kertas. Origami memang aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak develop coordination skills, di samping kepuasan bila dah siap bina satu model. Anak-anak zaman sekarang mungkin mencabar diri sendiri siapa paling tinggi score Candy Crush, tapi anak-anak zaman saya mencabar siapa dapat buat origami yang susah. Perasaan nak buat naga ini sempena Ultimate Family Outing PCK (walaupun tak turun pun main game, tidur sepanjang hari) - saya rumah hijau Dragon. FLYING DRAGON Origami paling mudah yang paling cantik ...
Click here to read more »
image-2429

Terlewatkah Cinta Kita

Telefilem Terlewatkah Cinta Kita ini bukan drama yang mesti tonton, tapi sengaja saya coretkan kali ini sebagai kajian kes. Haha. Sekali sekala perlu berlatih menulis. Lakonan Fahrin Ahmad (Razif) dan Eira Syazira (Balqis). Dibantu oleh Farahdhiya (Aina), Liza Abdullah, Catriana Ross, Khairil Anwar, dan Khaty Azian. Nama-nama yang saya kira cukup lama dalam bidang drama. Maka sedikit sebanyak menggamit memori bila nampak Khaty Azian dalam drama ini - mak Haliza Misbun dalam Cinderella. Mengisahkan Razif yang bertemu semula dengan kawan lama AKA ...
Click here to read more »
image-2403

Nak Tengok Boleh?

Sekarang sedang heboh isu doktor lelaki menyambut wanita bersalin. Hingga timbul petition online menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia membuat tindakan agresif menangani masalah ini. Saya malas nak komen lebih sebab kita ada ramai sheikh-online dan ulama-jadian dalam isu ini. Doktor Harlina pun ada tulis di blog beliau, tulisan emosional kala PMS daripada doktor perempuan pun ada, tambah lagi dengan status Facebook bertimbun-timbun orang Share sampai saya lost count dan tak mampu nak cari balik untuk kongsi di sini. Kawan-kawan doktor pun selalu tulis ...
Click here to read more »
image-2376

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Tonton banyak cerita Melayu, tapi jarang promosi. Namun disebabkan telefilem ini menggondol 8 pencalonan dalam Anugerah Skrin 2013 (Kategori Drama), rasa nak promosi. Kalau belum tonton, harap selepas ini sila cari. Secara ringkasnya Mawar Putih Tanda Perpisahan adalah kisah cinta. Mengisahkan Sudin (Rosyam Nor), lelaki berumur yang berkahwin dengan budak baru habis SPM, Dahlia (Nad Zainal) dan bagaimana cinta yang berputik antara mereka berakhir dengan tragedi. Ini bukan spoiler kerana tajuk dan OST sudah spoil - ada perkataan 'perpisahan' di situ. Maka ...
Click here to read more »
image-2356

Membazir Masa Pergi Kelas

Hari ini pergi kuliah seperti biasa di Cairo Universiti School of Medical Sciences (CUSMS). Kelas Cardio (Special) bincang tentang general examination, semua sign & symptoms untuk bahagian badan yang kita periksa. Seperti biasa juga cikgu mengajar dalam Bahasa Arab. Sejurus selepas kelas selesai, terdengar bunyi 'Hmm tak fahamlah cikgu cakap Bahasa Arab. Membazir datang kelas, baik study di rumah.' Saya pun tak pandai Bahasa Arab. Cikgu mengajar saya tak pernah faham 100%. Kalau cikgu tanya saya mungkin jawab faham 50%, tapi sebenarnya 25% ...
Click here to read more »
image-2333

Doktor Adalah Mufti

Dunia perubatan sebenarnya dunia yang unik. Unik dalam erti kata mempunyai ruang yang terasing daripada hukum dunia manusia biasa. Dalam mengenalpasti penyakit yang dihadapi manusia, proses pertama yang mesti dilalui adalah history taking. Kata mudahnya, history taking bermula apabila seorang doktor bertanya, 'Pakcik sakit apa?' Pensyarah universiti juga selalu menegaskan history taking yang cemerlang selalunya menyumbang 60-80% kepada diagnosis penyakit. Sentuh-sentuh dan x-ray kadang-kadang hanya menyumbang kepada confirmation, mengesahkan sangkaan yang dibuat. Dalam history taking, manusia perlu bercerita. Tiada rahsia antara manusia ...
Click here to read more »