Rasanya baru semalam tiket penerbangan KUL-CAI menjemput di depan pintu Ramadan. Rasanya juga baru semalam tayar pesawat Egypt Air melakukan pendaratan di Cairo International Airport. Rasanya juga baru semalam saya terhisap asam masin kulit limau sebaik sahaja tiba di Kaherah selepas Subuh; yang dibawa sebagai anti-emetic yang akhirnya tidak berguna disebabkan kereta bergerak ke KLIA di siang hari waktu puasa. Pejam celik pejam celik, akhirnya berjaya juga sampai ke sepertiga terakhir Ramadan. Nasib baik pejam dan celik. Kalau pejam tak celik-celik, ...
Click here to read more »