Tag archives for ceramah

Edisi khas Maulidur Rasul yang tidak akan anda tonton dalam televisyen.
Kuliah ini dianjurkan GEN11US, dan Ustat Don Daniyal menggunakan pendekatan yang lebih tinggi dan dalam kerana kumpulan sasarnya adalah pelajar perubatan di Mesir. Namun begitu, orang awam masih boleh memperoleh manfaat.

Ceramah Kitab Qawanin Baitul Muslim, karangan Sheikh Said Hawa. Disampaikan oleh Ustat Noorazam Bahador.
Secara peribadinya kitab ini sangat menarik kerana walaupun tajuknya berbunyi Bait Muslim, tapi kandungannya sangat menyimpang daripada apa yang tergambar dalam kotak fikiran. Pengisiannya menyentuh aspek teknikal dalam membina sebuah keluarga, bukan sekadar teori atau prinsip.
Malah mereka yang belum berkahwin juga boleh memperoleh manfaat daripada kitab ini. Sangat recommended.