Tag archives for cerpen

image-2633

Cerpen: Titik Hitam Pada Kertas Putih

Rahim guling-guling atas katil. Rambut serabai, muka masam. Bantal golek sudah atas lantai, ditendang-tendang waktu berguling tadi. Selimut sudah rupa kain buruk, berpintal-pintal di hujung katil. Amir yang sedang main Counter-Strike berpaling ke belakang. Geleng-geleng kepala melihat teman sebiliknya. 'Woi, engkau kenapa?' Dia boleh teka kenapa Rahim begitu, tapi sengaja mahu memulakan perbualan. Rahim duduk di birai katil. Bantal golek dicapai dari lantai, dicampak ke satu sudut. 'Aku kena reject lagi.' Amir ingin ketawa tapi ditahan dalam hati. Masuk kali ini sudah tiga kali nampaknya ...
Click here to read more »

image-1254

Cerpen: Gemersik Kalbu

“Morning.” “Morning,” balas Puan Zarina. Suffian mencium tangan ibunya lalu mengambil tempat di sebelah. “Ini ada kuih bingka roti dari Kampung Baru. Papa punya favourite,” ujar Suffian sambil meletakkan tupperware di atas atas meja. Dia tersenyum memandang Raihana. “Hai,” sapa Suffian. Raihana terkebil-kebil membisu. “Pagi-pagi lagi dah sampai. Selalunya susah nak bangun pagi,” Puan Zarina memerli anak lelakinya. “Eh, Ma. Kan kata Ana ada kelas pagi. Kalau saya sampai lambat nanti lambat pula dia masuk kelas,” balas Suffian. Dia menuang jus oren ke dalam gelas. “Betul ...
Click here to read more »
image-1056

Pena dan Kertas

Hari ini cerpen SPM saya - Kerana Semangkuk Bubur - disiarkan dalam laman web iLuvIslam. Ditulis pada pertengahan 2009, tangan saya gatal menghantar cerpen tersebut dalam tahun 2010 - saya sendiri sudah lupa bila. Maka apabila ia disiarkan, amat mengujakan ditambah pula dengan gaya bahasa yang tidak teratur dan tatabahasa yang salah. Penulisan merupakan satu cabang yang bagi saya, adalah sangat penting. Penulisan menggunakan kemahiran mengolah ilmu kepada bentuk imaginasi menggunakan kreativiti yang kita miliki. Tidak kiralah ilmu ada berbentuk ilmu ...
Click here to read more »
image-709

Cerpen: Hadiah Buat Ibu

Re-Publish balik karya tahun 2009 dulu. Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat. 'Assalamualaikum, Si Anak dah balik ni...' Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya. 'Kenapa muka mak pucat macam tu?' Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut. 'Dah pukul berapa ni? Si ...
Click here to read more »
image-126

Islam Kita Pada Nama?

Saya tidak tahu hendak dibuat tajuk apa. Tapi persoalan ini telah membelenggu saya sekian lama, dan setelah dihimpun-himpun barulah saya berselera untuk membuat satu entry. Persoalannya: Kenapa Mesti Wujud Perkataan Islam, Barulah Ramai Orang Berminat Pada Benda Tersebut? Situasi Satu: Persatuan, Pertubuhan, dan Parti. Saya hairan kenapa mesti wujud nama 'Islam' pada persatuan, pertubuhan atau parti. Lebih menghairankan, kebiasaannya pertubuhan yang mempunyai perkataan 'Islam' ini lebih mudah mendapat sokongan serta penglibatan daripada ahli. Biasanya pertubuhan yang mempunyai nama 'Islam' ini lebih mudah mendapat pengikut. ...
Click here to read more »