“Morning.” “Morning,” balas Puan Zarina. Suffian mencium tangan ibunya lalu mengambil tempat di sebelah. “Ini ada kuih bingka roti dari Kampung Baru. Papa punya favourite,” ujar Suffian sambil meletakkan tupperware di atas atas meja. Dia tersenyum memandang Raihana. “Hai,” sapa Suffian. Raihana terkebil-kebil membisu. “Pagi-pagi lagi dah sampai. Selalunya susah nak bangun pagi,” Puan Zarina memerli anak lelakinya. “Eh, Ma. Kan kata Ana ada kelas pagi. Kalau saya sampai lambat nanti lambat pula dia masuk kelas,” balas Suffian. Dia menuang jus oren ke dalam gelas. “Betul ...
Click here to read more »