Sekiranya anda peminat novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta Warkah Cinta Berbau Syurga yang berlatar belakangkan negara Arab, juga meminati karya thriller Ramlee Awang Murshid, juga meminati genre shounen-ai atau yaoi atau bahasa bakunya gay, dalam masa yang sama memiliki kesedaran agama yang tinggi, novel ini pastinya untuk anda. Sinergi, karya Hilal Asyraf merupakan hadiah daripada kak Siti Khairunnisa sewaktu pulang evakuasi dahulu. Mulanya saya sengaja memilih item yang mahal supaya beliau teragak-agak dan membatalkan hasrat untuk memberi saya ...
Click here to read more »