Tag archives for kahwin

image-2951

Takkan Henti Cari Jawapan

Sebelum peperiksaan selalunya kita akan kumpul soalan tahun-tahun lepas kemudian cari jawapan untuk soalan tersebut. Sewaktu peperiksaan pun ada kalanya kita ingat-ingat lupa, lantas ucap pelbagai zikir supaya ingat jawapan soalan peperiksaan tersebut. Keluar dari dewan peperiksaan pun kita belek kembali buku nak tengok jawapan untuk soalan yang kita jawab tadi. Semua ini kita lakukan demi sebuah keyakinan. Keyakinan berupa kebenaran. Samalah. Hidup ini pun ada benda yang kita takkan jumpa jawapan sekelip mata. Sekarang masih belajar, saya sedang mencari jawapan untuk satu persoalan yang ...
Click here to read more »

image-2633

Cerpen: Titik Hitam Pada Kertas Putih

Rahim guling-guling atas katil. Rambut serabai, muka masam. Bantal golek sudah atas lantai, ditendang-tendang waktu berguling tadi. Selimut sudah rupa kain buruk, berpintal-pintal di hujung katil. Amir yang sedang main Counter-Strike berpaling ke belakang. Geleng-geleng kepala melihat teman sebiliknya. 'Woi, engkau kenapa?' Dia boleh teka kenapa Rahim begitu, tapi sengaja mahu memulakan perbualan. Rahim duduk di birai katil. Bantal golek dicapai dari lantai, dicampak ke satu sudut. 'Aku kena reject lagi.' Amir ingin ketawa tapi ditahan dalam hati. Masuk kali ini sudah tiga kali nampaknya ...
Click here to read more »
image-2063

Kebarangkalian Dalam Perkahwinan

Dalam Facebook terlihat manusia post gambar ini: Selaku kaki Matematik waktu SPM dahulu maka saya menjadi geram. Kepada calon SPM sekalian, boleh cuba jawab soalan berikut: Aplikasi dalam kehidupan, tukarkan - bola kepada akhawat - bola hitam kepada akhawat spesifik Seterusnya kita buka untuk perbincangan dan ulasan. Komen di bawah, bukan di Facebook. Siapa nak baca komen kat sana grrr Boleh scan dan upload jalan kerja anda sendiri kalau jawapan di atas salah. Maklumlah, dah lama tinggal subjek matematik. Untuk generasi muda, Kebarangkalian adalah tajuk Probability. p/s: wah ...
Click here to read more »
image-1999

Persepsi Penyakit

Hari ini ponteng sebab belajar tajuk yang sama - otak dah tepu takleh nak dengar dah walaupun Dr best. Maka nampak pos ini dekat Newsfeed. Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita mengorek cerita tentang sakit yang dihadapi seseorang. Apatah lagi untuk tujuan penyebaran umum. Sebab itu kadang-kadang bila pesakit dah nazak baru kita terima khabar penyakit beliau. Kadang-kadang disuruh doa dan solat hajat tapi sakit apa tidak diketahui. Dulu-dulu hairan juga dengan situasi ini. Kenapa susah sangat nak bercerita tentang sakit kita kepada ...
Click here to read more »
image-1986

Ditutup Kepalanya, Kakinya Terbuka

Pertama kali dalam sejarah bulatan Perbidanan dan Sakit Puan, kita datang ke kelas awal. Apabila berjalan kaki awal pagi maka akan bertembung dengan gerombolan pelajar yang turut sama menuju ke fakulti. Lantas kita terlihat seorang akhawat yang sungguh ayu bertudung labo. Melihat beliau mendatangkan keinsafan kepada diri ini kerana teringat kisah seorang sahabat bernama Saidina Mus3ab bin Umair. Watak Mus3ab dalam Qamar Bani Hashim - digambarkan berubah dari seorang yang bermewah-mewah kepada seorang yang sangat dhaif. Kisah Saidina Mus3ab secara ringkasnya boleh ...
Click here to read more »
image-1956

Zaujah Ana

Ini pos sebelum kita bernikah. Selepas bernikah mungkin perasaan sewaktu pos ini ditulis akan berubah. Bila akhawat dah berkahwin maka secara automatiknya akhawat tersebut mendapat gelaran baru - zaujah. Secara umumnya, ada dua larangan ganjil apabila sudah bergelar zaujah. 1. Panggilan Nama Haram hukumnya menyebut nama zaujah. Tak kisah siapa pun anda. Suami mesti menyebut 'zaujah ana' atau 'orang rumah' atau hanya 'zaujah'. Contoh ayat, 'Zaujah waktu mengandung dulu selalu muntah.' Orang lain mesti menyebut 'zaujah enta' atau 'orang rumah enta' atau 'isteri Hafiz'. Contoh ayat, ...
Click here to read more »
image-1686

Seronok Tak Kahwin?

Soalan yang diajukan kepada Faeid saat beliau menjejak kaki di rumah kami semalam, maklumlah pengantin baru; 'Seronok tak kahwin?' Logiknya soalan tersebut tidak relevan diajukan kerana beliau baru seminggu menamatkan status bujang. Pengantin baru masih fresh sedang menikmati saat halal bercinta dengan pasangan sudah tentu segalanya indah-indah belaka. Hakikatnya dunia perkahwinan bukan sementara, dan bukan-sementara itu tidak selamanya disulami gembira. Ada mehnah dan tribulasinya. Ada badai gelora yang bakal melanda. Cuti summer ini sahaja ada 9 jemputan kahwin di pihak GEN6 yang diterima. Belum lagi ...
Click here to read more »
image-1479

Anak Dara Mahu Kahwin

Tiba-tiba video ini jadi VIRAL, 80 views dalam sehari. YoonA si kucing adalah penyewa di rumah kami. Maknanya makanan, toilet, baju, seluar, permainan semuanya disediakan ayahnya si Pemenang cuma YoonA menginap di sini kerana ada ramai manusia tidaklah dia kesunyian. Tapi kebelakangan ini YoonA sudah mula berperangai pelik. https://twitter.com/hafizadam/status/217475019004051456 Itulah, pantang kaki terjulur dari katil mulalah menggesel. Kita tengah tidur, dia menggesel di kepala. Bila tak bagi perhatian, keluar ke beranda mengiau. Panggil nama sikit, punggung terangkat. Tidur pula mengangkang, pertama kali melihat gaya ...
Click here to read more »
image-903

Kahwinilah Wanita Yang Subur

Musim exam adalah musim mengawan. Maka di sana sini orang bercerita tentang kahwin. Status Facebook pun jiwang-jiwang. Status Yahoo Messenger rindu-rinduan. Twitter pun mengekspresikan perasaan. Blog pula penuh dengan cerita tentang perkahwinan. Bercerita tentang kahwin, saya teringat satu hadis: Dari Anas Ibnu Malik R berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: 'Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.' (Riwayat Ahmad) - Hadits shahih menurut ...
Click here to read more »