'ALLAH sifatnya Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.' Ustat dalam satu ceramah memulakan satu topik berkaitan akidah. Di hadapannya murid-murid dari pengajian perubatan duduk bersila menadah telinga. Kelihatan seorang dua rancak menulis point-point yang disampaikan. 'Kenapa ALLAH tak jadikan hidung kita dekat tangan?' Ustat muda dari Universiti Azhar itu memulakan persoalan. 'Kalau hidung - salur pernafasan kita - dekat tangan, nescaya masa makan tersumbat dengan nasi. Lemas tersedut kuah sup,' sambung beliau. Cuba menyelitkan sedikit lawak jenaka. Agak berjaya bila melihat beberapa murid tersenyum ...
Click here to read more »