Tag archives for perubatan

Hari ini ponteng sebab belajar tajuk yang sama - otak dah tepu takleh nak dengar dah walaupun Dr best. Maka nampak pos ini dekat Newsfeed.
Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita mengorek cerita tentang sakit yang dihadapi seseorang. Apatah lagi untuk tujuan penyebaran umum.
Sebab itu kadang-kadang bila pesakit dah nazak baru kita terima khabar penyakit beliau. Kadang-kadang disuruh doa dan solat hajat tapi sakit apa tidak diketahui.
Dulu-dulu hairan juga dengan situasi ini. Kenapa susah sangat nak bercerita tentang sakit kita kepada ...

Pertama kali dalam sejarah bulatan Perbidanan dan Sakit Puan, kita datang ke kelas awal. Apabila berjalan kaki awal pagi maka akan bertembung dengan gerombolan pelajar yang turut sama menuju ke fakulti. Lantas kita terlihat seorang akhawat yang sungguh ayu bertudung labo.
Melihat beliau mendatangkan keinsafan kepada diri ini kerana teringat kisah seorang sahabat bernama Saidina Mus3ab bin Umair.
Watak Mus3ab dalam Qamar Bani Hashim - digambarkan berubah dari seorang yang bermewah-mewah kepada seorang yang sangat dhaif.
Kisah Saidina Mus3ab secara ringkasnya boleh ...

Akhirnya berakhir sesi Biro Penerbitan & Penerangan (BPP) bERUBATAN versi lama. Sekarang bermula perjuangan bERUBATAN versi baru (Kononnya, padahal setakat pemisahan kuasa supaya bidang kerja lebih jelas =P)
2013 bermakna genap 6 tahun BPP ditubuhkan (2007) dan genap 5 tahun jenama mediaPERUBATAN digunakan (2008).
Jujurnya BPP adalah biro yang paling dekat di hati kerana secara fitrahnya kita merupakan seorang yang tak suka akademik dan tazkirah. Sungguh memeningkan berbicara perkara soalan tahun lepas dan juga tafsir al-Quran. Memang bukan minat kita untuk buat ...

Tahun ini berkesempatan menjadi PESERTA Seminar 5 Star Muslim Professionals. Maka boleh fokus kepada pembentang dengan optimum. Sudah 5 tahun menunggu saat ini XD
Seminar tahun ini memang bukan seminar ilmiah. Lebih kepada perkongsian pengalaman. Boleh juga disebut motivasi kendiri.
Secara peribadi, kita bagi 7 daripada 9 bintang. Secara keseluruhan terpaksa dikurangkan kepada 5 bintang. Sebabnya akan diberitahu kemudian.
Gambar ihsan Hamada Hamdi
Slot yang tidak diwar-warkan dalam iklan memang superb - Leading Like a Boss (En Amin) dan Position or Influence (Ustat ...

Bila sebut tentang ekonomi, atau perkara-perkara yang memerlukan kutipan/carian wang, persoalan ini sering bermain di fikiran - kenapa dengan jumlah ahli yang ramai kita masih belum boleh mengumpul wang yang banyak?
Secara teorinya, ahli bERUBATAN ada 6500 (Data dari Projek Dana PERUBATAN 2012).
Kita andaikan ahli lebih kurang 5000 untuk memudahkan pengiraan. Kalau seorang ahli menyumbang sebanyak USD 100 setahun, berapa banyak kita boleh kumpul?
Lebih kurang USD 500,000. Atau LE 3,000,000. Atau RM 1,500,000.
Duit sebanyak itu agaknya apa kita boleh buat? Mungkin ...

KEMASKINI 28 NOV:
Untuk pengetahuan pembaca, pemilik blog ini mengamalkan dasar exaggeration yang melampau dalam setiap penulisan beliau. Maka blog ini tidak sesuai dibaca oleh mereka yang mudah terpengaruh, mudah tersinggung, tidak mempunyai akal, lurus bendul, mengulang tahun, alim terlajak atau yang seumpamanya.
Rentetan daripada post ini juga, Jawatankuasa Mesyuarat Agung Khas telah mengemaskini blog mereka dan telah membuat perubahan untuk menjelaskan lagi proses perjalanan mesyuarat yang akan diadakan. Maka beberapa fakta dalam post ini boleh dianggap invalid dengan perubahan yang telah ...

Hari ini selesai pembayaran untuk pemindahan hosting PERUBATANonline ke syarikat yang lain. Proses seterusnya mungkin mengambil masa seminggu, atau kurang.
PERUBATANonline bermula pada Julai 2007 bersama Internet-Webhosting dengan bayaran serendah RM120. Setelah 5 tahun, kami membuat keputusan untuk berpindah ke Server Freak.
Ia bukan keputusan yang mudah. Setiap kali web dilanda masalah, setiap kali itulah akan ada perbincangan penyelesaian. Menukar hosting adalah salah satu cadangan.
3-4 tahun dahulu menukar hosting memang bukan penyelesaian. Tiada hosting yang sempurna di dunia ini. Pasti akan ada ...

Antara bahagian yang kita suka dalam Star Life Theatre feat SNSD ini adalah waktu temuramah bagaimana mereka boleh masih ceria berusaha walaupun letih dengan jadual yang sangat packed.
Sedutan Star Life Theatre EP11.Klik untuk paparan lebih besar.
Bila rasa sangat malas selalu teringat rakan-rakan di sekeliling. Selalu menjadikan mereka sebagai kayu ukur dan semangat.
Bangun tidur rasa malas nak pergi kuliah, terngiang-ngiang 'Mesti AF pergi kuliah hari ni.'
Bila pergi kelas nampak AS di hujung jalan, 'Awalnya AS pergi kelas.'
Bila dalam kuliah, nampak ...

Nampaknya untuk Anniversary Girls' Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls' Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini.
Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin.
Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan ...

Kasihan melihat ahli yang masih tidak mengenali Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN yang baru (sesi 2012/2013). Jom kita main benda ni. Semua jawapan boleh diperolehi daripada laman web rasmi BERUBATAN.
Selamat menjawab.
EDIT: alaa baru perasan ada kotak yang terpotong. ini link alternatif.
p/s: Testing di blog sendiri sebelum dicadangkan untuk menjadi aktiviti mingguan di PERUBATANonline :)
IKLAN!Warung Mutiara Indonesia bakal dibuka tidak lama lagi di kawasan pelajar perubatan. Klik untuk melihat sendiri keindahan Indonesia!

Hai, bertemu lagi kita dalam rancangan Politik PERUBATAN.
Tidak lama lagi akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ke-8, secara ringkasnya MAT-8. Memandangkan kali terakhir kita bermesyuarat (MAT-7) adalah pada tahun 2010, maka suka untuk saya menceritakan kembali beberapa perkara. Sepatutnya MAT-8 diadakan pada tahun lepas (2011) tapi dibatalkan kerana Revolusi Mesir dan program Evakuasi Piramid. Maka saya menjangkakan mereka yang berpengalaman menghadiri MAT adalah Tahun 4 ke atas (2010 mereka berada di Tahun 2).
Mungkin Tahun 3 pernah menghadiri Mesyuarat Tahunan Kaherah ...

Sudah lama rasanya tidak mengomen tentang politik PERUBATAN maka sempena Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 saya merasa perlu untuk meng-highlight dua perkara yang saya kira terlepas pandang oleh semua pihak.
Sewaktu pulang evakuasi dahulu saya berkesempatan untuk berada di Universiti Islam Antarabangsa dan memerhati beberapa perkara tentang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar di sana. Sudah tentulah perkara yang menarik perhatian itu adalah perbezaan mereka dan kita yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam komuniti PERUBATAN untuk menjadi lebih baik.
Antaranya Motto dan Manifesto.
Saya teringat antara ...

Tahun ini banyak teori. Mungkin sebab sudah tua, fikiran sudah final year. Maka banyak peristiwa dalam hidup ini disimpulkan dalam teori-teori yang pelbagai. Antaranya Teori Konspirasi Universiti Kaherah yang pernah saya tulis dahulu.
Kenapa dinamakan Teori? Sebab belum dibuktikan. Kalau dibuktikan, namanya Hukum. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi teori lain.
Dulu-dulu waktu cerita Dunia Baru popular, selalu dengar ungkapan ini: Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN. Mak Adif yang sebut kan?
Waktu Tahun Satu dulu, biasalah masih kanak-kanak budak hingusan lagi. Senior-senior kata, masih ...

Sebab saya membuat post ini kerana:
1. Habuk sudah tebal seinci di blog ini. Lama tak update. Idea banyak muncul di kepala hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, tapi seperti biasa, apabila terjaga dari tidur, kita sudah lupa apa yang kita mimpikan ;)
2. Terbaca surat terbuka daripada Timbalan Exco Biro Penerbitan & Penerangan 2011/2012 yang kami semua segani.
Surat Terbuka Daripada Timbalan Exco BPP Kepada Kumpulan-kumpulan Perubatan di Mesir
Mungkin relevan dengan post saya yang lama ini: Redundancy#1
Tidak tahu kenapa ada #1, mungkin waktu ...

Alhamdulillah setelah sebulan akhirnya Video Pengenalan JAKSI selamat diselesaikan. Walaupun penggambaran tamat sebulan yang lalu, tapi baru berkesempatan merajinkan diri untuk menyelesaikan proses editing.
PENGENALAN
Program Sambutan Mahasiswa Baru biasanya mempunyai satu slot untuk JAKSI, dan sebelum ini pengenalan tentang JAKSI didahului dengan tayangan video Hisbah the Movie yang diterbitkan PERUBATAN Cawangan Mansurah kira-kira 2-3 tahun yang lalu (sekitar 2008-2009).
Disebabkan PERUBATAN memiliki jawatankuasa yang dinaiktaraf iaitu Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) maka menjadi satu keperluan kepada satu video baru supaya kekal ...