Tag archives for perubatan - Page 2

image-1712

Server Transfer

Hari ini selesai pembayaran untuk pemindahan hosting PERUBATANonline ke syarikat yang lain. Proses seterusnya mungkin mengambil masa seminggu, atau kurang. PERUBATANonline bermula pada Julai 2007 bersama Internet-Webhosting dengan bayaran serendah RM120. Setelah 5 tahun, kami membuat keputusan untuk berpindah ke Server Freak. Ia bukan keputusan yang mudah. Setiap kali web dilanda masalah, setiap kali itulah akan ada perbincangan penyelesaian. Menukar hosting adalah salah satu cadangan. 3-4 tahun dahulu menukar hosting memang bukan penyelesaian. Tiada hosting yang sempurna di dunia ini. Pasti akan ada ...
Click here to read more »

image-1696

V I T A M I N

Antara bahagian yang kita suka dalam Star Life Theatre feat SNSD ini adalah waktu temuramah bagaimana mereka boleh masih ceria berusaha walaupun letih dengan jadual yang sangat packed. Sedutan Star Life Theatre EP11.Klik untuk paparan lebih besar. Bila rasa sangat malas selalu teringat rakan-rakan di sekeliling. Selalu menjadikan mereka sebagai kayu ukur dan semangat. Bangun tidur rasa malas nak pergi kuliah, terngiang-ngiang 'Mesti AF pergi kuliah hari ni.' Bila pergi kelas nampak AS di hujung jalan, 'Awalnya AS pergi kelas.' Bila dalam kuliah, nampak ...
Click here to read more »

image-1547

Celebrate Dengan Charity

Nampaknya untuk Anniversary Girls' Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls' Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini. Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin. Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan ...
Click here to read more »
image-1329

Teka Silangkata AJKt

Kasihan melihat ahli yang masih tidak mengenali Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN yang baru (sesi 2012/2013). Jom kita main benda ni. Semua jawapan boleh diperolehi daripada laman web rasmi BERUBATAN. Selamat menjawab. EDIT: alaa baru perasan ada kotak yang terpotong. ini link alternatif. p/s: Testing di blog sendiri sebelum dicadangkan untuk menjadi aktiviti mingguan di PERUBATANonline :) IKLAN!Warung Mutiara Indonesia bakal dibuka tidak lama lagi di kawasan pelajar perubatan. Klik untuk melihat sendiri keindahan Indonesia!
Click here to read more »
image-1276

Ante-MAT ke 8

Hai, bertemu lagi kita dalam rancangan Politik PERUBATAN. Tidak lama lagi akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ke-8, secara ringkasnya MAT-8. Memandangkan kali terakhir kita bermesyuarat (MAT-7) adalah pada tahun 2010, maka suka untuk saya menceritakan kembali beberapa perkara. Sepatutnya MAT-8 diadakan pada tahun lepas (2011) tapi dibatalkan kerana Revolusi Mesir dan program Evakuasi Piramid. Maka saya menjangkakan mereka yang berpengalaman menghadiri MAT adalah Tahun 4 ke atas (2010 mereka berada di Tahun 2). Mungkin Tahun 3 pernah menghadiri Mesyuarat Tahunan Kaherah ...
Click here to read more »
image-1136

Manifesto atau Motto?

Sudah lama rasanya tidak mengomen tentang politik PERUBATAN maka sempena Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 saya merasa perlu untuk meng-highlight dua perkara yang saya kira terlepas pandang oleh semua pihak. Sewaktu pulang evakuasi dahulu saya berkesempatan untuk berada di Universiti Islam Antarabangsa dan memerhati beberapa perkara tentang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar di sana. Sudah tentulah perkara yang menarik perhatian itu adalah perbezaan mereka dan kita yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam komuniti PERUBATAN untuk menjadi lebih baik. Antaranya Motto dan Manifesto. Saya teringat antara ...
Click here to read more »
image-1103

Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun

Tahun ini banyak teori. Mungkin sebab sudah tua, fikiran sudah final year. Maka banyak peristiwa dalam hidup ini disimpulkan dalam teori-teori yang pelbagai. Antaranya Teori Konspirasi Universiti Kaherah yang pernah saya tulis dahulu. Kenapa dinamakan Teori? Sebab belum dibuktikan. Kalau dibuktikan, namanya Hukum. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi teori lain. Dulu-dulu waktu cerita Dunia Baru popular, selalu dengar ungkapan ini: Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN. Mak Adif yang sebut kan? Waktu Tahun Satu dulu, biasalah masih kanak-kanak budak hingusan lagi. Senior-senior kata, masih ...
Click here to read more »
image-1097

Redundancy

Sebab saya membuat post ini kerana: 1. Habuk sudah tebal seinci di blog ini. Lama tak update. Idea banyak muncul di kepala hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, tapi seperti biasa, apabila terjaga dari tidur, kita sudah lupa apa yang kita mimpikan ;) 2. Terbaca surat terbuka daripada Timbalan Exco Biro Penerbitan & Penerangan 2011/2012 yang kami semua segani. Surat Terbuka Daripada Timbalan Exco BPP Kepada Kumpulan-kumpulan Perubatan di Mesir Mungkin relevan dengan post saya yang lama ini: Redundancy#1 Tidak tahu kenapa ada #1, mungkin waktu ...
Click here to read more »
image-1072

Video: Kalau Kita Tak Jaga Akhawat Kita

Alhamdulillah setelah sebulan akhirnya Video Pengenalan JAKSI selamat diselesaikan. Walaupun penggambaran tamat sebulan yang lalu, tapi baru berkesempatan merajinkan diri untuk menyelesaikan proses editing. PENGENALAN Program Sambutan Mahasiswa Baru biasanya mempunyai satu slot untuk JAKSI, dan sebelum ini pengenalan tentang JAKSI didahului dengan tayangan video Hisbah the Movie yang diterbitkan PERUBATAN Cawangan Mansurah kira-kira 2-3 tahun yang lalu (sekitar 2008-2009). Disebabkan PERUBATAN memiliki jawatankuasa yang dinaiktaraf iaitu Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) maka menjadi satu keperluan kepada satu video baru supaya kekal ...
Click here to read more »
image-948

Video: Mari-mari Jadi Wartawan!

Tengah bosan-bosan menilik HDR-XR550E, baru perasan dah lama tak guna. Kali terakhir sewaktu Medicophilic Month April lalu. Ditambah pula dengan ketidak-ada-kerjaan sekarang, maka saya bermain kembali dengan Sony Vegas. Video ini walaupun promo untuk mediaPERUBATAN tapi lebih berkonsepkan iklan Jabatan Berita, maka dengan itu saya mengajak mereka yang berada di luar sana untuk bersama-sama membantu si budak kecik Atiqah meneruskan legasi kegemilangan Safwan Pemenang dan Puan Fathiyyah dengan menulis berita yang mantap. Kalau malu menulis berita event besar-besaran, tulislah berita tentang ...
Click here to read more »
image-401

Bimbang…

Ahah tiba-tiba rasa bimbang. 1. Bimbangkan keselamatan Kisah akhawat dicederakan, serta peringatan daripada kak Remi mengenai keselamatan akhawat sangat membimbangkan. Super senior akhawat dulu-dulu sangat ganas. Ingat lagi kak Battah yang diumpat kerana suara beliau (bukan saya tapi orang lain :P). Biasalah; mengumpat dan bercerita tentang orang adalah perkara yang best. Abang Hamdan pun sama. Dengan kami bercakap lemah lembut, tapi dengan Arab, macam menjerit dan menengking. Mungkin kerana zaman dulu duduk seorang diri. Orang kata kena pandai berdikari. Kena adapt dengan budaya ...
Click here to read more »
image-388

Di Manakah Semangat Kesatuan Itu?

Post ini masih lagi berkisar tentang politik PERUBATAN. Sila abaikan sekiranya anda tidak berkaitan. Maaf kepada pengunjung yang berterusan mengharapkan saya membuat post untuk bacaan setiap golongan dan peringkat manusia. Pagi ini saya melihat komen ini di Facebook mediaPERUBATAN. Saya tidak ingat sudah berapa banyak komen/cadangan/kritikan seperti ini KAMI terima. SEMANGAT KEBIROAN Apabila kita bergerak atas kapasiti Biro, jarang sekali kita cuba untuk bekerjasama dengan biro lain. Sebagai contoh: Iklan Biro Pembangunan Insan (BPI) kini tidak lagi disiarkan di PERUBATANonline kerana mereka menggunakan blog ...
Click here to read more »
12