Sejurus selepas meletak beg dalam Lecture Hall 8, saya lari-lari anak menuruni anak tangga bangunan Medical Education Development Center. Mahu turun ke Ground Floor bawah sekali. Tempat letaknya kedai-kedai buku dan kedai-kedai makan. 'Hafez!' Turun satu tingkat tiba-tiba ada suara panggil nama. Nada intonasi Arab selalunya budak Malaysia buat tak dengar, tapi entah kenapa rasa nak perasan dipanggil. Saya toleh ke belakang mencari-cari tuan suara. Nampak sahaja susuk tubuh tuan punya suara, 'Ah sudah.' Tangan kanan dah tekup muka. Hati menyumpah-nyumpah hikmah apakah ...
Click here to read more »