Tag archives for result

image-2283

Double Celebration

Petang 7 Ogos. Tiba-tiba selepas keputusan Tahun Empat diumumkan, menerima berita keputusan Tahun Lima. Menakjubkan. Lulus Paediatrics, walaupun bakal mengambil semula kertas Obstetrics & Gynaecology pada 24 Ogos ini. Perempuan memang makhluk yang sukar difahami. Ada dua minggu untuk - paling kurang - hafal separuh tentang mereka. Malam Gema Takbir di Markas Abu Risy. Muka-muka mereka yang bermalam raya di Mesir. Siap ada hashtag #sektokgogek di Facebook. Subuh 8 Ogos. Aktiviti wajib setiap pagi raya - mencari butang baju melayu. Menggeledah kekotak yang menyimpan khazanah waktu pindah ...
Click here to read more »

image-1539

Malunya Tak Dapat Jayyid

Alhamdulillah keputusan akhir Tahun Empat telah diumumkan semalam. Bila banyak sangat ambil exam, kita jadi lupa result setiap tahun. Maka kalau orang tanya Tahun Dua dapat berapa memang takkan dijawab kerana dah lupa. Belum lagi orang tanya waktu mengulang Tahun Dua, exam Dur Tani subjek apa memang sawan on the spot sebab otak tak dapat memproses jawapan. Maka setiap kali result keluar kena buat post ringkas supaya boleh jadi rujukan nanti. Bila ada rujukan boleh nilai prestasi setiap tahun, boleh buat ...
Click here to read more »

image-1020

Teori Konspirasi Universiti Kaherah

Hari ini eksperimen telah selesai maka masa untuk membentangkan hasil dan menentukan samada hipotesis dibuktikan benar atau tidak. PENGENALAN Kita sering mendengar istilah 'Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.' Kata motivasi ini ditujukan kepada mereka yang gagal, untuk meningkatkan motivasi diri seterusnya bangkit kembali pada masa akan datang. Namun begitu, sesetengah tempat tidak boleh dipraktikkan kata motivasi ini. Antaranya Universiti Kaherah. HIPOTESIS Mereka yang PERNAH mengulang tahun tidak akan cemerlang lagi pada masa akan datang. EKSPERIMEN Untuk membuktikan hipotesis ini, pemerhatian dijalankan terhadap batch Gen6 yang ...
Click here to read more »

Syafaat

Oh rupanya bulan Julai ini tidak banyak menulis. Ini entry terakhir sebelum puasa, mungkin. Malaysia tewas kepada Singapura. Orang kata Singapura menang dengan tidak bermaruah. Banyak drama. Buang masa. Tapi sebenarnya, yang penting Singapura tetap menang. Kita yang kalah hanya mampu bising-bising dalam Facebook dan blog. Dulu-dulu apabila keputusan peperiksaan keluar, adalah yang dapat B 78 markah, C 59 markah. (Sistem pemarkahan ini sudah tidak digunakan lagi kot). Kemudian mulalah kami semua yang pada ketika itu masih kanak-kanak membuat muka comel merayu ...
Click here to read more »
image-30

Perlu Bangkit Sekali Lagi

Keputusan peperiksaan Tahun Tiga, Universiti Kaherah telah diumumkan di website rasmi. Ah, masih lagi gagal menyental badi Dur Tani1. Sungguh hebat, kesemua 4 subjek gagal. Lebih hebat lagi, subjek yang mudah langsung tidak dapat ditangani dengan baik. Dingin malam itu, dirasakan sangat dingin. Rupanya membawa berita, buku teks perlu dihadap kembali. Saya sudah menyangka keputusan bakal ke Dur Tani, tetapi langsung tidak menyangka saya akan membawa kesemua 4 subjek. Benarlah, harapan itu sungguh menyeksakan jika ianya berkecai. Bak kata Amir Mukhlis2: Jangan terbang tinggi, ...
Click here to read more »