Tag archives for tuhan

image-2570

Kenapa Tuhan Cipta Begini?

'ALLAH sifatnya Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.' Ustat dalam satu ceramah memulakan satu topik berkaitan akidah. Di hadapannya murid-murid dari pengajian perubatan duduk bersila menadah telinga. Kelihatan seorang dua rancak menulis point-point yang disampaikan. 'Kenapa ALLAH tak jadikan hidung kita dekat tangan?' Ustat muda dari Universiti Azhar itu memulakan persoalan. 'Kalau hidung - salur pernafasan kita - dekat tangan, nescaya masa makan tersumbat dengan nasi. Lemas tersedut kuah sup,' sambung beliau. Cuba menyelitkan sedikit lawak jenaka. Agak berjaya bila melihat beberapa murid tersenyum ...
Click here to read more »

image-2175

Sujud di Celahan Kaki

Awal-awal tiba di Mesir 6-7 tahun dulu, masih mentah dengan budaya dan amalan masyarakat setempat. Maka banyak merasai pengalaman baru untuk kali pertama. Antaranya, suatu ketika selesai kelas Physiology, ingin solat Zohor di 'surau' berdekatan. Apabila masuk, rupanya telah penuh. Lebih menakjubkan, jarak antara saf rapat tidak seperti biasa kita solat jemaah. Cukup-cukup untuk meletak lutut ketika sujud. Rukuk sahaja kepala sudah menyentuh punggung jemaah di hadapan. Kehairanan bagaimana mereka sujud, rupanya ketika sujud kepala mereka masuk ke celah kaki jemaah hadapan! Kalau ...
Click here to read more »

image-2093

Tuhanmu Kau Serahkan Siapa?

Fungsi Share pada Facebook sangat berkesan dalam penyebaran bahan tapi bukan untuk simpanan, rekod dan dokumentasi. Maka sesekali kita kongsi di sini untuk rujukan pada masa akan datang. Terjemahan Bahasa Melayu dengan editing untuk pemahaman: Anak-anakmu kau sediakan bibik (untuk melayan dan mengasuh mereka), Isterimu kau sediakan pemandu (untuk membawanya ke hulu ke hilir), Dirimu kau sediakan setiausaha (untuk merancang perjalanan aktiviti bisnes), Tuhanmu kau sediakan siapa (untuk menyembah dan mentaatinya)? - Gus Mus (Mencari Bening Mata Air) Puisi ini sangat mendalam, terjemahan di atas cuma panduan. ...
Click here to read more »