Archives for Dialogue

image-3648

Dari Universiti ke Hospital

Panduan perjalanan ini saya tulis untuk rakan PENGULANG, rasa membazir terperap dalam Whatsapp. Panduan ini juga tidak akan memperincikan dokumen apa perlu dilampirkan kerana segalanya telah disediakan di laman web yang berkenaan dan mungkin berubah seiring masa. 1. Daftar MMC. Muat turun borang, isi dan hantar secara serahan tangan. Anda akan memperoleh Surat Layak Didaftar. Surat ini perlu untuk urusan SPA nanti. Klik: Guideline & Application Form for Provisional Registration Semua dokumen yang dilampirkan kepada MMC wajib disahkan. Graduan Mesir biasanya tidak mempunyai sijil ...
Click here to read more »

image-2982

Elak Peniaga Ambil Kesempatan Tipu Transaksi Matawang

Hari itu tukar USD dengan seorang manusia. USD 100 saya cuba jual EGP 750 namun ditolak. 'Mahalnya. Tukar dekat sorofah pun paling tinggi EGP 730.' (*sorofah: money changer) Tahukah anda? Jangan terlalu bergantung pada rate sorofah ataupun internet apabila melakukan transaksi dengan boyfriend, bestfriend, kenalan mahupun makhluk asing. Jika tidak anda mungkin ditipu dan mengalami kerugian. Saya berikan satu contoh situasi. Ali mempunyai USD manakala Abu memiliki EGP. Mereka ingin membuat transaksi antara satu sama lain. Mereka berlegar-legar di sekitar sorofah Sayeda dan Manyal dan mendapati ...
Click here to read more »
image-2570

Kenapa Tuhan Cipta Begini?

'ALLAH sifatnya Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.' Ustat dalam satu ceramah memulakan satu topik berkaitan akidah. Di hadapannya murid-murid dari pengajian perubatan duduk bersila menadah telinga. Kelihatan seorang dua rancak menulis point-point yang disampaikan. 'Kenapa ALLAH tak jadikan hidung kita dekat tangan?' Ustat muda dari Universiti Azhar itu memulakan persoalan. 'Kalau hidung - salur pernafasan kita - dekat tangan, nescaya masa makan tersumbat dengan nasi. Lemas tersedut kuah sup,' sambung beliau. Cuba menyelitkan sedikit lawak jenaka. Agak berjaya bila melihat beberapa murid tersenyum ...
Click here to read more »
image-2333

Doktor Adalah Mufti

Dunia perubatan sebenarnya dunia yang unik. Unik dalam erti kata mempunyai ruang yang terasing daripada hukum dunia manusia biasa. Dalam mengenalpasti penyakit yang dihadapi manusia, proses pertama yang mesti dilalui adalah history taking. Kata mudahnya, history taking bermula apabila seorang doktor bertanya, 'Pakcik sakit apa?' Pensyarah universiti juga selalu menegaskan history taking yang cemerlang selalunya menyumbang 60-80% kepada diagnosis penyakit. Sentuh-sentuh dan x-ray kadang-kadang hanya menyumbang kepada confirmation, mengesahkan sangkaan yang dibuat. Dalam history taking, manusia perlu bercerita. Tiada rahsia antara manusia ...
Click here to read more »
image-2331

Ubat Malas

Antara masalah terbesar seorang pelajar (mungkin juga semua manusia), adalah rasa malas. Malas nak buat kebajikan, malas nak belajar, malas nak bertanya, segalanya malas. Tapi makan minum berak rajin. Pernah juga sesi sembang-sembang bersama sahabat-sahabat, masuk topik ini. Memang bosan kan? Maknanya waktu tersebut kami dah kering idea mahu mengumpat siapa. Presiden mahu kahwin sudah, akhawat keluar malam tiada mushrif sudah, junior kurang diajar pun sudah. Selalunya penyelesaian yang diberi adalah mentaliti manusia yang perlu diubah. Mindset perlu diperbetul. Tujuan kita datang ...
Click here to read more »
image-2302

Selamanya Hanya Mampu Berdoa?

Menangis mendengar keadaan Mesir sekarang, pejuang ditangkap, penjenayah dibebaskan. Dengan keadaan Mesir yang menggila dan umat sedang sakit tenat, kita masih tergamak mahu futur? Jeles dengan mereka yang syahid di Medan Rab'ah, bilakah aku pula dapat bersama mereka? aku berdoa agar - semangat juang itu tetap mengalir dalam - setiap urat darah - hembus nafas - kata bicara - semuanya Jujurnya jauh dalam hati saya tak percaya dengan status-status sebegini. Sebabnya apabila dicampak ke medan juang, merekalah manusia pertama yang akan lari dari medan ...
Click here to read more »
image-2248

Beauty Is Not Subjective

Kita selalu dengar, 'Beauty lies in the eyes of the beholder.' Maksudnya kecantikan itu adalah subjektif. Bergantung pada siapa yang melihat dan dilihat. Tahukah anda kenyataan ini cuma untuk menyedapkan hati sahaja? Kecantikan adalah objektif walau di mana anda berada. BUKTI SAINTIFIK Cantik sebenarnya boleh diukur dan dibuktikan secara saintifik. Dalam matematik, ada istilah Golden Ratio (Phi - φ). Kajian menunjukkan bahawa apa yang kita tafsirkan sebagai cantik mempunyai nisbah yang tertentu. Maka Golden Ratio banyak digunakan dalam binaan bangunan, komposisi gambar, teknik rakaman ...
Click here to read more »