Archives for Dialogue - Page 2

Situasi 1:
Pernah tak dalam satu exam kita jawab dengan yakin. Jawapan bagi soalan tersebut terbayang-bayang dalam fikiran. Idea mengalir macam air. Waktu tersebut kita dah senang hati euphoria kerana berjaya menjawab dengan betul. Bersuka ria selepas tamat exam kerana yakin lulus. Bercerita 2-3 jam dengan kekasih hati berkongsi kegembiraan berjaya jawab dengan betul waktu exam.
Tapi bila keputusan keluar, kita didapati gagal.
Situasi 2:
Pernah tak dalam satu exam yang lain kita rasa nak menangis. Soalan tak pernah disoal tahun-tahun lepas. Jawapan pula ...

Dalam Facebook terlihat manusia post gambar ini:
Selaku kaki Matematik waktu SPM dahulu maka saya menjadi geram. Kepada calon SPM sekalian, boleh cuba jawab soalan berikut:
Aplikasi dalam kehidupan, tukarkan
- bola kepada akhawat
- bola hitam kepada akhawat spesifik
Seterusnya kita buka untuk perbincangan dan ulasan. Komen di bawah, bukan di Facebook. Siapa nak baca komen kat sana grrr
Boleh scan dan upload jalan kerja anda sendiri kalau jawapan di atas salah. Maklumlah, dah lama tinggal subjek matematik.
Untuk generasi muda, Kebarangkalian adalah tajuk Probability.
p/s: wah ...

Ketika sedang membelek laman web bERUBATAN, terlihat ini:
Salah satu sebab kenapa perlu menulis dengan FORMAT yang betul. Terutamanya berita dan laporan. Tajuk, isi, nama dsb kena tepat supaya PERUBATAN tak dimalukan sekali lagi.Agenda profesionalisme, ingat?
'... di samping memperlihatkan PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang mementingkan kualiti dan mencapai piawaian tertentu dalam semua aspek pengurusan dan gerak kerja.' (Ucapan Dasar Prsiden bERUBATAN 2013/2014)
BERITA
Biasanya fokus pada sebahagian kecil daripada peristiwa.
Tajuk: Mesti fokus pada isu yang ingin dibawa. Kadang-kadang dalam satu peristiwa ada banyak ...

Isu Musyrif adalah suatu isu yang lapuk. Bila sebut isu musyrif, akan terbayang di minda persoalan berikut:
Akhawat guna musyrif = bagus. Boleh buat zaujah nanti. Pandai jaga diri.
Akhawat tak guna musyrif = dah tak lama nanti kena rogol lah tu. Padan muka. Aku Cina tepuk tangan je lah.
Ikhwah liat nak jadi Musyrif, call tak angkat-angkat. Dah angkat buat suara mesin konon salah nombor.
Musyrif lewat, tunggu berjam-jam tak sampai-sampai. Bila dah sampai, buat muka tak bersalah.
Akhawat nak gerak lagi 5 minit ...

Senang kan kalau terus terang macam tu. PAS tak perlu berdolak-dalik, bercakap macam keling. Ini mesti pengaruh Karpal Singh. Bagi klu dan petunjuk mendorong rakyat buat kesimpulan mengkafirkan UMNO, tapi tak nak mengaku.
Dulu cuma berani bagi amanat:
Sekarang lebih melampau, mengeluarkan koleksi ucapan UMNO diakhiri dengan 'petunjuk' bahawa UMNO kafir. Kalau ditanya mesti bercakap macam keling, 'Kami tak sebut pun UMNO kafir.'
'Tak sebut' kepala engkau berjambul. Tunjuk penis kemudian tak mengaku lelaki.
Ramai orang nampak ini adalah koleksi Amanat UMNO, tapi tak ...

Bila sebut tentang ekonomi, atau perkara-perkara yang memerlukan kutipan/carian wang, persoalan ini sering bermain di fikiran - kenapa dengan jumlah ahli yang ramai kita masih belum boleh mengumpul wang yang banyak?
Secara teorinya, ahli bERUBATAN ada 6500 (Data dari Projek Dana PERUBATAN 2012).
Kita andaikan ahli lebih kurang 5000 untuk memudahkan pengiraan. Kalau seorang ahli menyumbang sebanyak USD 100 setahun, berapa banyak kita boleh kumpul?
Lebih kurang USD 500,000. Atau LE 3,000,000. Atau RM 1,500,000.
Duit sebanyak itu agaknya apa kita boleh buat? Mungkin ...

KEMASKINI 28 NOV:
Untuk pengetahuan pembaca, pemilik blog ini mengamalkan dasar exaggeration yang melampau dalam setiap penulisan beliau. Maka blog ini tidak sesuai dibaca oleh mereka yang mudah terpengaruh, mudah tersinggung, tidak mempunyai akal, lurus bendul, mengulang tahun, alim terlajak atau yang seumpamanya.
Rentetan daripada post ini juga, Jawatankuasa Mesyuarat Agung Khas telah mengemaskini blog mereka dan telah membuat perubahan untuk menjelaskan lagi proses perjalanan mesyuarat yang akan diadakan. Maka beberapa fakta dalam post ini boleh dianggap invalid dengan perubahan yang telah ...

Penulisan malam 27 Ramadan.
Keratan berita dari PERUBATANonline: Yahoo @ Beijing Beri 1001 Manfaat
Tertanya-tanya juga apa 1001 manfaat yang diperolehi? Kenapa 1001, bukan 1000 atau 1002? Adakah semua orang memperolehi 1001 manfaat tersebut?
Orang kata '1001 manfaat' di situ bermaksud betapa banyaknya manfaat yang diperolehi daripada program Yahoo @ Beijing. Tak kisahlah walaupun tak mencapai 1001 sekalipun. Mungkin juga manfaat yang diperolehi lebih daripada 1001, siapa tahu.
Sama juga dengan pernyataan 'Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan' dalam surah al-Qadr di bawah.
Kenapa ...

Nampaknya untuk Anniversary Girls' Generation yang Kelima Ogos ini, Soshified Malaysia telah mengumumkan projek Honorary Donation For Girls' Generation 5th Anniversary, kutipan derma bermula hari ini.
Ini perkara biasa, malah Soshified International sendiri pernah mengadakan Charity Event yang sama waktu Anniversary Ketiga dulu. Kalau tak silap ada juga projek Charity Well untuk membekalkan air bersih kepada negara miskin.
Cuma kali ini kita kurang berkenan kerana Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ditubuhkan oleh pihak gereja (Kristian). Maka selaku orang Islam kurang berkenan ...

Sistem pinjaman menurut Islam memang diketahui secara umum, lebih-lebih lagi sewaktu pergelutan kes PTPTN dan bayaran tambahan 4% yang dikenakan adakah menepati syariah atau tidak. Itu sebelum polemik pendidikan percuma dan debat-debat yang diadakan lanjutan daripada polemik tersebut.
Antara yang ditekankan dalam sistem pinjaman menurut Islam adalah nilai bayaran balik pinjaman adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada nilai yang dipinjam. Secara kasarnya wajib dibayar begitu. Caj tambahan adalah riba jika ditetapkan sejak awal dan riba adalah haram. Namun begitu, sekiranya ...

Tengah malam buta ni jalan-jalan baca Twitter, terjumpa satu link: Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi.
Cerita politik yang menarik untuk dibaca adalah komen-komen di bawah sebenarnya. Finaz Yunus baru diserang dalam satu status dah deactivate Page beliau. Abby Abadi diserang maki hamun setiap hari di Facebook dan Twitter selamba kontrol macho. Agaknya inilah tarbiyyah hasil bergiat sebagai anak seni yang penuh mehnah dan tribulasi, membuatkan golongan artis adalah golongan yang kental dalam perjuangan.
Bukan setakat tak ...

Dalam dunia teknologi maklumat ini, antara sistem yang mesti anda ketahui adalah wujudnya perkongsian fail bernama Torrent. Selaku pengguna Torrent selama berpuluh-puluh tahun, suka untuk kita kongsikan 5 nilai yang telah kita pelajari selama menggunakan teknik perkongsian fail ini.
Mudah-mudahan terbuka hati anda untuk belajar, seterusnya menggunakan Torrent sepanjang hayat.
1. Sabar
Nilai paling penting dalam Torrent adalah kesabaran. Sabar dalam pelbagai aspek. Ramai yang gagal melatih nilai ini lantas berputus asa dengan Torrent.
Kalau Seeder sedikit, Download Rate perlahan, kenalah sabar menunggu lama ...

Sedang memeriksa News Feed Facebook, terpandang hadis yang dikongsi salah seorang Friend:
Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah.'
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?'
Rasulullah SAW bersabda, 'Tidakkah kamu sedar jika ...

Terkedu semalam melihat Tweet kak Wardina (bajet umur dekat-dekat panggil akak :P)
https://twitter.com/WardinaSafiyyah/status/193906079439130626
Sebabnya kita memang sudah lupa nama sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh ALLAH.
Itulah, fakta-fakta yang kekal jarang diingati, berbanding Bintang Popular yang setiap tahun berubah menyebabkan manusia 'cakna' dan 'ambil tahu'.
Kalau ingat pun bukan semua. Mungkin kerana empat daripadanya adalah khalifah; Saidina Abu Bakar, Saidina 3Umar, Saidina 3Uthman dan Saidina 3Ali. Saidina 3Abdurrahman pula jutawan hebat, dan Saidina Sa3ad Abi Wa99as seorang pejuang yang ibunya berlapar saat beliau menerima Islam.
Maka ...

Hujung minggu ini akan ada 2 program; Seminar Agenda Umat (ISMA) dan STEP (IKRAM).
Kita bukanlah ingin mempromosikan program tersebut kerana kita pun belum pasti akan pergi salah satu. Sebabnya; Pertama, kita memang jenis malas pergi program. Kalaulah bukan kerana kita minat merekod, kelas tafaquh setiap minggu itu belum tentu akan dihadiri. Kedua, tajuknya tidak menarik minat dan bukan bidang yang kita gemari. Ketiga, tempatnya entah di mana entah. XD
Cuma post kali ini akan membincangkan sesuatu kerana berlegar-legar ayat 'IKRAM vs ...