Archives for Dialogue - Page 3

image-1318

Kuiz dan Fakta

Sesi ini saya bercadang nak jadi pemerhati dan sedaya-upaya menjadi pengkritik tegar dengan perkara di sekeliling. Maka mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Jabatan PERUBATANonline perlu bersedia untuk mendengarmembaca bebelan saya kepada mereka. Saya buka sesi kali ini dengan kritikan terhadap kuiz secara online sebagai satu muhasabah yang boleh dipertimbangkan oleh mereka yang ingin mengadakan kuiz berbentuk fakta pada masa akan datang. Kritikan ini bukannya timbul setelah Kempen Simbolik Cinta anjuran Mentor Council, tapi telah lama saya pendamkan ...
Click here to read more »

image-1276

Ante-MAT ke 8

Hai, bertemu lagi kita dalam rancangan Politik PERUBATAN. Tidak lama lagi akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ke-8, secara ringkasnya MAT-8. Memandangkan kali terakhir kita bermesyuarat (MAT-7) adalah pada tahun 2010, maka suka untuk saya menceritakan kembali beberapa perkara. Sepatutnya MAT-8 diadakan pada tahun lepas (2011) tapi dibatalkan kerana Revolusi Mesir dan program Evakuasi Piramid. Maka saya menjangkakan mereka yang berpengalaman menghadiri MAT adalah Tahun 4 ke atas (2010 mereka berada di Tahun 2). Mungkin Tahun 3 pernah menghadiri Mesyuarat Tahunan Kaherah ...
Click here to read more »

image-1183

Pasca Pemilihan

Analisis ini secara santai dan mungkin menggunakan bahasa gurauan kasar yang seharusnya tidak dipandang serius oleh mana-mana pihak. Saya sebenarnya kehilangan mood untuk menulis walaupun banyak idea hadir dalam fikiran. Ini disebabkan tiap kali saya menulis, baru 5 patah perkataan komputer dah hanged. Kemudian terpaksa menunggu 5 minit baru boleh menyambung semula ayat yang belum lengkap. Penghujung tahun 2011 disambut dengan pengumuman keputusan Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 yang menyaksikan kerusi Presiden dimenangi oleh Wan Ahmad Hafizi manakala kerusi Timbalan Presiden II dimenangi ...
Click here to read more »
image-1164

Meneruskan Legasi

Untuk Kempen Pencalonan ini, saya terasa ingin sebut semula perkara yang saya pernah luahkan dalam sesi promosi JPP2011 di Markas selepas kelas hari itu. Sebahagiannya saya dah sebut, tapi mungkin tidak proper sebab saya sudah lama tidak berbicara di depan khalayak ramai. Sudah 6 tahunkah? Maka sedikit blank dan merapu serta nervous breakdown di situ. Pertama sekali adalah bagaimana sistem Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN secara Pencalonan Sukarela ini menjadi satu medan untuk kita sebagai ahli PERUBATAN memupuk semangat sukarelawan dalam diri. Bukan sukarelawan ...
Click here to read more »
image-1152

Bina Ummah Dari Bawah

Bila tiada modal nak menulis maka kerja kita adalah membebel tentang benda di sekeliling seterusnya mempromosikan mereka :) Biasa kita dengar kalau nak bina bangunan kita kena mula dari tapak. Tapak yang kukuh boleh menanggung bangunan yang lebih besar. Sama juga kalau nak bina ummah kena mula dari benda-benda yang kecil terlebih dahulu; diri sendiri kemudian keluarga, kemudian jiran tetangga dan seterusnya. Selalu kalau berbicara tentang keluarga, topik perkahwinan, dengan keberadaan di Mesir mesti takkan lari dari istilah Unit Bait Muslim (UBM). ...
Click here to read more »
image-1136

Manifesto atau Motto?

Sudah lama rasanya tidak mengomen tentang politik PERUBATAN maka sempena Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013 saya merasa perlu untuk meng-highlight dua perkara yang saya kira terlepas pandang oleh semua pihak. Sewaktu pulang evakuasi dahulu saya berkesempatan untuk berada di Universiti Islam Antarabangsa dan memerhati beberapa perkara tentang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar di sana. Sudah tentulah perkara yang menarik perhatian itu adalah perbezaan mereka dan kita yang saya rasa boleh diaplikasikan dalam komuniti PERUBATAN untuk menjadi lebih baik. Antaranya Motto dan Manifesto. Saya teringat antara ...
Click here to read more »
image-1123

Kenapa Nama Saya Tiada A Di Depan?

Kes pertama: Saya dan junior-junior saya. Soalannya, kenapa nama junior saya Nadirah (Nadie) ada K di depan tapi nama saya tiada A di depan? Kes kedua: Saya dan junior-junior saya. Soalannya, kenapa nama junior saya Radin ada K di depan tapi nama saya tiada A di depan? Soalan yang sejak dulu lagi saya pelik dan hairan. Biasanya jawapan yang saya perolehi adalah; 'A itu khusus untuk suami.' tapi elok pula panggil Tuan Guru walaupun Nik Aziz bukan guru mereka! Ini bukan A standalone, ini A ...
Click here to read more »
image-1097

Redundancy

Sebab saya membuat post ini kerana: 1. Habuk sudah tebal seinci di blog ini. Lama tak update. Idea banyak muncul di kepala hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi, tapi seperti biasa, apabila terjaga dari tidur, kita sudah lupa apa yang kita mimpikan ;) 2. Terbaca surat terbuka daripada Timbalan Exco Biro Penerbitan & Penerangan 2011/2012 yang kami semua segani. Surat Terbuka Daripada Timbalan Exco BPP Kepada Kumpulan-kumpulan Perubatan di Mesir Mungkin relevan dengan post saya yang lama ini: Redundancy#1 Tidak tahu kenapa ada #1, mungkin waktu ...
Click here to read more »
image-1056

Pena dan Kertas

Hari ini cerpen SPM saya - Kerana Semangkuk Bubur - disiarkan dalam laman web iLuvIslam. Ditulis pada pertengahan 2009, tangan saya gatal menghantar cerpen tersebut dalam tahun 2010 - saya sendiri sudah lupa bila. Maka apabila ia disiarkan, amat mengujakan ditambah pula dengan gaya bahasa yang tidak teratur dan tatabahasa yang salah. Penulisan merupakan satu cabang yang bagi saya, adalah sangat penting. Penulisan menggunakan kemahiran mengolah ilmu kepada bentuk imaginasi menggunakan kreativiti yang kita miliki. Tidak kiralah ilmu ada berbentuk ilmu ...
Click here to read more »
image-1006

Bodohnya Awak!

Puasa ini seperti biasa, akan wujud mesej-mesej viral yang di-copy-paste dalam laman Facebook. Antaranya: Ali : Awak puasa? Minah : Yela.. Ali : Kenapa awak puasa? Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la.. Ali : Kenapa tak tutup aurat? Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2.. Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat Sekali baca macam 'waw halusnya Ali sindir Minah, nak Like banyak2, I Loike' Tapi kan, kalau dah Minah tu tukar jawapan jadi camni: Ali : Awak puasa? Minah : Yela.. Ali : Kenapa ...
Click here to read more »
image-963

Penyiaran Bukan Bidang Perempuan

'terlalu cair melihat vid ni. tak sesuai untuk tayangan umum.' -Anon01 'bahaya jugak kalo ikhwah tengok ni' -Anon02 'chup yang kiri tak pakai purdah' -Anon03 'comel kan? comel kan?' -Anon03 'ala..nape xnk ltak name2 yg terlibat... kan da payah nak takdim' -Anon04 'subhanallah, cantiknya akhawat ni.' -Anon03 Komen di atas adalah rentetan daripada penyiaran video promosi terbaru sempena program ADINDA 2011 - program mega pertama saya rasa, hanya melibatkan akhawat. Ditambah pula dengan suasana Mesir yang sedikit konservatif, video ini pastinya mengundang sedikit kontroversi. Kebanyakan komen tersebut ...
Click here to read more »
image-716

Tahniah BWF!

Alhamdulillah di saat kemelut nilai moral manusia pada zaman ini, Badminton World Federation (BWF) berjaya mengimplementasikan nilai peradaban manusia ke dalam peraturan permainan badminton wanita. Bermula 1 Jun 2011, semua pemain wanita di kejohanan peringkat 1-3 diwajibkan memakai skirt. Walaupun alasan yang diberikan agak kurang logik, namun BWF berjaya mempertimbangkan situasi dan melihat dari sudut semua golongan pemain seterusnya menerapkan unsur Islam secara senyap. KENAPA ADA PIHAK MEMBANTAH PEMAKAIAN SKIRT? GENERAL COMPETITION REGULATION - 19.2 'In order to ensure attractive presentation of ...
Click here to read more »
image-695

Projek Destiny

Waktu itu dunia sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, walaupun nilai dan akhlak semakin hilang nilai terpuji. Rompak rogol rasuah merata-riti, manakala teknologi sudah mencapai tahap mampu menentukan genetik bayi. Di tengah-tengah kemelut ini, muncul seorang manusia dengan misi yang suci; membersihkan manusia daripada terus mencemarkan dunia ini. Rancangannya: Menghapuskan semua manusia dan melahirkan manusia yang baru dengan menentukan genetik tertentu supaya sesuai dengan matlamat manusia itu dilahirkan. Seorang bayi yang dilahirkan untuk menjadi guru diberikan genetik kemahiran mengajar, manakala ...
Click here to read more »
image-674

Ini Bebelan Juri

Adakah anda merasakan menjadi juri itu satu pekerjaan yang mudah? Duduk lepak tengok persembahan kemudian bagi markah. Sebenarnya menjadi juri itu sangat sukar. Seseorang juri bakal menentukan hidup mati untung nasib seseorang, dan berada dalam dilema antara fakta, perasaan, kebenaran dan kejujuran. Juri di mahkamah yang mengetahui kejahatan seseorang terpaksa melepaskan seorang penjenayah kerana tiada bukti kukuh, manakala juri sesebuah pertandingan terpaksa memberi kemenangan kepada peserta yang cikai kerana peserta tersebut mematuhi kriteria dan tidak melakukan kesilapan. Kali ini, saya beserta 3 ...
Click here to read more »
image-656

Paranoid

Asalnya ingin bercerita tentang drama Dong Yi, serta Yi San. Tetapi masyarakat sekarang menyebabkan saya ingin membebel tentang fenomena paranoid. 1. Freemason Dulu heboh dengan Freemason. Mentang-mentang ada dokumentari The Arrival, semua benda akhirnya dikaitkan dengan Freemason; secret cult yang bertujuan menguasai dunia. Kotak hitam putih, piramid satu mata, gadis baju merah blablabla dsb etc. Maksud saya; Apa kesannya kita tahu semua benda tu? Murtadkah? Oh design kotak-kotak hitam putih ni merupakan unsur Freemason maka kita mesti tukar jadi belang-belang kelabu tahi anjing. Bumbung rumah ...
Click here to read more »