Archives for Entertainment

image-3541

Bravo, Bravo Lima

Bagi mereka yang pernah menonton Qadr, mungkin terasa persamaan mereka. Sebuah cerita yang dalamnya ada banyak cerita. Filem patriotik Bravo Lima ini mengisahkan lima komando Regimen Gerak Khas yang ditugaskan mengesan gerila komunis di dalam hutan. Setelah berjaya membebaskan tawanan dan mengebom markas komunis, mereka bertemu musuh berkali-kali sewaktu berundur. Radio yang rosak memburukkan keadaan sebelum akhirnya diperangkap sewaktu di sebuah kampung. Dipetik daripada kisah benar, filem ini cuba membawa penonton mengenali lima komando tersebut dan merasai pengorbanan mereka demi memenuhi ...
Click here to read more »

image-3508

Kenapa Tak Boleh Kacau Isteri Orang – Lukisan Takdir

Dulu pernah baca, isteri berkerjaya punca keruntuhan rumah tangga umat Islam. Ini disebabkan perempuan apabila pergi ke tempat kerja, berhias berlebih-lebihan dan gagal menjaga batas pergaulan di pejabat. Masalah rumah tangga pula dibawa ke pejabat dan dikongsi bersama rakan sekerja lain yang biasanya tidak memberi penyelesaian masalah. Mungkin ada logiknya. Cereka Ahad semalam bertajuk Lukisan Takdir, mengisahkan Rita - seorang isteri berkerjaya - yang dilanda masalah rumah tangga dan cuba untuk kekal setia, namun mula berubah setelah bertemu bosnya, Razif yang mempunyai ...
Click here to read more »

image-3480

Bila Cinderella Lari Dari Rumah

Ada dua sebab kenapa Cik Puan Sinderella masuk dalam senarai tonton - Ummi Nazeera dan Eenaz Mokhtar. Ummi Nazeera, tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem Penanggal, sebelum tampil berhijab. Apabila beliau berhijrah, ada sedikit kerisauan kerana kebiasaannya pelakon wanita berhijab kurang muncul di kaca TV sekaligus hampir membunuh bakat sedia ada. Keadaan ini bukan salah hijab, tapi sukar untuk mencari pengarah atau cerita yang betul-betul dapat menonjolkan bakat sesuai dengan penampilan seorang Muslimah bertudung. Maka ...
Click here to read more »
image-3470

Nyawa Taruhan Ibu Malihah

Slot Cerekarama TV3 rupanya berubah siaran ke hari Ahad. Nama pun berubah jadi Cereka Ahad. Slot ini dirasmikan dengan tajuk Malihah, gandingan mantap Sherlie Merlis, Yus Waisar dan Adik Yuyun. Jujurnya perasaan bercampur baur ketika menonton cerita ini. Drama Malihah bukanlah terlalu buruk untuk dikeji, tetap mempunyai sisi-sisi yang menyebabkan kita rasa 'wow'. Namun begitu drama ini mungkin terlalu mencuba untuk jadi melodrama yang dipenuhi babak-babak sebak yang memendam air mata. Premisnya mudah dan tipikal namun mempunyai potensi. Cerita kasih seorang ibu terhadap ...
Click here to read more »
image-3385

AlHijrah Media Sedia Kandungan Mendidik Ummah

Laman Tonton.Com.My mungkin lebih sinonim dengan rakyat Malaysia memandangkan Media Prima boleh dianggap gergasi dalam bidang penyiaran Malaysia, walaupun Radio Televisyen Malaysia mempunyai saluran digital mereka sendiri menerusi MyKlik RTM. Permintaan terhadap arkib siaran melalui internet menyaksikan TV AlHijrah tampil membuat pembaharuan lalu terhasillah AlHijrahMedia.Com Peminat rancangan keilmuan pasti teruja dengan kandungan yang disediakan. 30 Minit Ustaz Don, Assalamualaikum, Fattabiouni, Dengan Basikal Aku Menjelajah, Malam Cinta Rasul, Bicara, merupakan nama-nama yang selama ini hanya mampu terliur apabila menonton promo di YouTube. ...
Click here to read more »
image-3314

Bercinta Dalam Mimpi

'Aku memang dah lama tak tengok drama Melayu sebab terlalu sampah.' Dik, nak jadi haterz tegar kena tonton semua cerita Melayu. Kalau setakat boleh sebut nama cerita TV3 dengan ASTRO maka mohon buang komen sampah tersebut jauh-jauh. Baru sahaja selesai menonton Lembayung Kasihmu yang ditayangkan di TV2 tahun lepas. Adaptasi novel karangan Ummu Wafa. Cerita ini tentang seorang gadis bernama Maira yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Setelah diganggu bos besar di pejabat, dia berhenti kerja dan memohon menjadi pembantu rumah. Apatah lagi dia ...
Click here to read more »
image-2600

Ketentuan Itu Pasti

Belek-belek laman Facebook Zahiril Adzim, ternampak poster telefilem ini. Terus cari trailer promo di Youtube. Jumpa. Awal-awal lagi penonton dihidangkan dengan alunan ayat suci al-Quran daripada khatib solat Jumaat - al-Hujurat:12 - disusuli dengan babak mengumpat yang begitu ironi dengan ceramah khatib tersebut. Just... Speechless. Membaca senarai nama pada poster sahaja sudah cukup mengujakan; Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, dan pengarah Faisal Ishak. Boleh jangka cerita ini memang ada kelainan. Turut serta Shera Ayob, Zain Hamid, Kismah Johar, Puteri Chichi dan ramai lagi. (Baby ...
Click here to read more »
image-2429

Terlewatkah Cinta Kita

Telefilem Terlewatkah Cinta Kita ini bukan drama yang mesti tonton, tapi sengaja saya coretkan kali ini sebagai kajian kes. Haha. Sekali sekala perlu berlatih menulis. Lakonan Fahrin Ahmad (Razif) dan Eira Syazira (Balqis). Dibantu oleh Farahdhiya (Aina), Liza Abdullah, Catriana Ross, Khairil Anwar, dan Khaty Azian. Nama-nama yang saya kira cukup lama dalam bidang drama. Maka sedikit sebanyak menggamit memori bila nampak Khaty Azian dalam drama ini - mak Haliza Misbun dalam Cinderella. Mengisahkan Razif yang bertemu semula dengan kawan lama AKA ...
Click here to read more »
image-2376

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Tonton banyak cerita Melayu, tapi jarang promosi. Namun disebabkan telefilem ini menggondol 8 pencalonan dalam Anugerah Skrin 2013 (Kategori Drama), rasa nak promosi. Kalau belum tonton, harap selepas ini sila cari. Secara ringkasnya Mawar Putih Tanda Perpisahan adalah kisah cinta. Mengisahkan Sudin (Rosyam Nor), lelaki berumur yang berkahwin dengan budak baru habis SPM, Dahlia (Nad Zainal) dan bagaimana cinta yang berputik antara mereka berakhir dengan tragedi. Ini bukan spoiler kerana tajuk dan OST sudah spoil - ada perkataan 'perpisahan' di situ. Maka ...
Click here to read more »
image-2076

Of Running Man and Family Outing

Petang itu Nurin berkunjung ke bilik Fifie untuk menyalin drama Korea. Lalu terjadi perbualan lagho berikut. 'General Hospital 2 ni siapa berlakon?' tanya Nurin. Dia memerhati senarai drama dalam komputer sahabatnya. 'Cha Tae-hyun. Ala pernah masuk Family Outing,' Fifie menjawab sambil menggerakkan cursor membuka salah satu episod. 'Aku tak tonton Family Outing. Tapi aku kenal la; Speedy Scandal, Sassy Girl, Lover's Concerto semua dia berlakon.' Tetikus di tangan Fifie beralih ke tangan Nurin. 'Serius tak? Running Man kau tonton?' Soal Fifie sambil menyebut satu ...
Click here to read more »
image-1659

Melihat Sejarah Dengan Positif

Drama ini baru 35 episod selesai ditonton, namun dek keterujaan menyebabkan kita mesti menulis review ini secepat mungkin. Mungkin sesuai diabadikan sempena Hari Malaysia 16 September. Post ini berkisar drama Atsu-hime, dan kenapa anda mesti cuba untuk cari dan tonton. Miyazaki Aoi sebagai Atsu-hime. Info: Dramawiki Wikipedia Drama Atsu-hime mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Atsu, sejak kecil hinggalah dewasa dan perubahan politik Jepun yang berlaku di sekeliling beliau. Menurut Wikipedia, beliau merupakan antara figur penting dalam peristiwa penyerahan diri istana Edo ke tangan penyokong ...
Click here to read more »
12